Posts

Showing posts from August, 2019

Sikap Masyarakat

Aku mengikuti laporan berita yang berkenaan kejadian penduduk setempat yang mencuri susu dari lokasi berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah treler pengangkut barang yang terbalik. Dilaporkan bahawa orang-ramai yang berpusu-pusu ke lokasi kejadian bukan untuk menolong mangsa kemalangan tetapi mengambil kesempatan pula di atas kesulitan yang dihadapi.  Persoalannya ialah adakah ini yang diajar oleh Islam?. Hal ini kerana hampir kesemua individu yang disyaki terbabit adalah beragama Islam. Siapa yang ingin ditimpa musibah? atau sebarang kecelakaan?. Begitu pada pemandu lori tersebut yang difahamkan ketika kejadian membawa muatan 1500 karton susu, selepas selesai proses pembersihan lokasi kemalangan, jumlah muatan yang berbaki 149 karton dan 11 tin susu sahaja manakala selebihnya hilang tanpa dapat dikesan. Malaysia akan memasuki tahun 2020, tahun yang mana mantan Perdana Menteri ke-4 meletakkan target Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang berstatus negara maju. Apabila kejadian s