Posts

Showing posts from January, 2020

Maut ditikam

Di antara laporan berita yang menarik perhatian aku pada hari ini ialah berkenaan KANAK-KANAK PEREMPUAN 3 TAHUN MAUT DI TIKAM DI DADA OLEH BAPA SAUDARA .  Bagi aku laporan sedemikian sangat menyanyat hati, tergamak seorang bapa saudara menikam anak saudaranya yang masih kecil, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif mengambil pil kuda. Mungkin laporan berita sebegini tidak begitu menarik perhatian berbanding laporan berhubung penularan wabak Korononvirus ketika ini, akan tetapi sedar atau tidak wabak virus penagihan dadah terlalu lama membunuh masyarakat Malaysia secara perlahan-lahan. Kes pembunuhan melibatkan suspek yang berada dalam pengaruh dadah sering saja terjadi, walaupun suspek berjaya diberkas tetapi virus yang mempengaruhi suspek bertindak terus merebak.  Bahkan jika kita melihat sejarah berhubung rampasan demi rampasan dadah yang bernilai ratusan ribu ringgit sehingga jutaan ringgit di Malaysia, ia seperti tidak pernah terhenti, bahkan ada sahaja us

KORONAN / WUHAN VIRUS MENGGONCANG DUNIA

KORONAN / WUHAN VIRUS MENGGONCANG DUNIA Ketika ini, topik yang hangat diperkatakan oleh seluruh dunia ialah berkaitan dengan Koronan / Wuhan Virus. Wabak yang kini semakin merebak walaupun nisbah pesakit yang positif boleh dikatakan terkawal pada pandangan peribadi aku. Malaysia turut menjadi salah sebuah negara yang tersenarai bagi negara yang mempunyai pesakit atau pembawa yang positif Koronan / Wuhan Virus. Walaupun bilangan pesakit yang positif amat rendah tetapi ia menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia kerana polisi kerajaan ketika ini yang membenarkan kehadiran Pelancong dari China memasuki negara tanpa memiliki VISA. Benar, sejarah membuktikan bahawa Malaysia pernah diuji dengan wabak atau virus yang membahaya sebelum ini, membuatkan pakar-pakar kesihatan negara yakin mampu menangani sebarang konflik kesihatan yang bakal terjadi. Namun, selaku rakyat yang dikatakan MALAS, semoleknya langkah pencegahan drastik harus diambil sebelum ada nyawa yang melayang.

Kepercayaan Syirik

Jika melihat peradaban masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam, telah wujud pelbagai fahaman atau kepercayaan yang tahyul dalam masyarakat Melayu. Mungkin disebabkan itu, masyarakat Melayu sangat mempercayai kepada bomoh, pawang atau apa sahaja gelaran yang diberikan kepada individu yang dipercayai mempunyai kebolehan mengubati pesakit. Kepercayaan terhadap bomoh bukan hanya wujud dalam masyarakat Melayu semata-mata tetapi ia turut wujud dalam masyarakat kaum lain.  Jika dilihat secara terperinci, mungkin ada sedikit perbezaan dari segi ritual rawatan seorang bomoh atau pawang. Aku tinggal di Kelantan, sebuah negeri yang diberi gelaran "Serambi Mekah" . Gelaran yang sudah menggambarkan dasar pemerintahan di negeri itu sendiri. Namun masih wujud segelintir individu yang mempercayai perkara khurafat seperti bomoh. Dalam keluarga aku sendiri, masih menebal kepercayaan terhadap kebolehan individu bergelar bomoh.  Aku tidak berniat membuka aib keluarga sendiri, hanya ingin me

Kisah Budaya Bodek

Aku yakin ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan BODEK , satu perkataan yang menunjukan perbuatan seseorang seperti mengampu, memuji atau menyanjung seseorang dengan niat mendapat hasil yang baik dari perbuatan yang dilakukan .  Aku amat pasti bahawa semua orang pasti pernah melakukan perbuatan tersebut sejak dari kanak-kanak lagi. Ketika itu, ibubapalah antara insan yang dibodek oleh anak-anak untuk mendapatkan sesuatu. Pernahkah aku membodek?, adakah aku seorang kaki bodek?. Walaupun umur aku kini memasuki 37 tahun, sepanjang ingatan aku, amat jarang aku melakukan perbuatan bodek terutama ketika waktu bekerja di mana-mana organisasi. Aku pernah membodek ketika waktu kanak-kanak, membodek abah atau ma untuk mendapatkan sesuatu tetapi kebiasaan gagal kerana kehidupan kami dari dahulu sehingga sekarang masih sama iaitu berada dalam kelompok B40. Di peringkat sekolah pula seingat aku tiada kepentingan untuk membodek pada waktu ini, kalau pelajar perempuan aku tidak tahulah se

The International Affairs Unit

The International Affairs Unit was the last branch I was assigned to before my contract with the National Youth and Sports Department (JBSN) ended at the end of December 2015. Due to the lack of staff in the International Affairs Unit, I was transferred from another Branch by the Deputy Director General of the Youth Development Division.   The organization chart of this unit at that time, was led by a Director, his Deputy, 2 Assistant Directors and an assistant youth and sports officer. I am a contract staff, so permanent staff who need help, can ask me to be their assistant.  Therefore, I do whatever tasks are asked by the staff in the Unit.  Unit receives many assignments related to the international youth exchange program which is the main task. The implementation period of each program is very short with each other, starting with the Malaysia-Korea International Youth Exchange program, Malaysia-Indonesia international youth exchange, Malaysia-India international youth exchange pro

BICARA SOAL INFLUENZA

Situasi ketika ini, status penyakit INFLUENZA di Malaysia semakin merebak, hari demi hari ada sahaja pesakit baru yang dikesan. Kebanyakannya melibatkan kanak-kanak yang sangat mudah dijangkiti terutama dari kawan-kawan di Sekolah, tadika atau pusat asuhan. Anak-anak cousin aku yang tinggal di Brunei turut terkena jangkitan Influenza, anak kedua dan bongsu. Kini sedang dikuaritin di Hospital. Rata-rata pesakit yang di kesan berada di kawasan negeri di pantai barat dan selatan. Tidak mustahil bakal merebak ke kawasan pantai timur & utara kerana berdasarkan cara penyebaran penyakit tersebut iaitu melalui udara. Sangat mudah untuk sesiapa sahaja dijangkiti. Orang-ramai harus sentiasa berwaspada terhadap tanda-tanda yang dialami oleh pesakit Influenza seperti yang dikongsikan di media sosial atau di kaca televisyen iaitu : a) demam b) seleseman c) sakit tekak d) batuk e) sakit kepala f) sakit badan g) sukar bernafas h) cirit birit. Seandainya mempunyai tanda-tanda

Youth Delegation to Melaka

In 2016, I had the opportunity to visit Melaka, accompany Youth Delegation from Indonesia. Visited on official business, how very different situation than by visited in person. We were provided with very comfortable accommodation and various activities were specially planned for the delegates during their stay in the state of Melaka.  We were given the opportunity to climb the Taming Sari tower. See the beauty of Melaka City at night.  We were taken to taste grilled fish that was very appetizing. alhamdulillah, sustenance throughout the program in Melaka. Participants were seen eating a menu served with full appetite. The delegation visited several places of interest, between Hang Tuah's Well, the sample villages in the Age of the Malacca Sultanate and more.  The participants also had the opportunity to attend a friendly session with the then Chief Minister of Melaka, a great appreciation in my opinion.  After a session with the chief minister of Melaka. The participants with the

ASEAN Ministers & KLIA

One of the most meaningful memories while worked at the Ministry of Youth and Sports Malaysia was the opportunity to be a member of the logistics committee for the ASEAN Sports Ministers Meeting in 2015 . The ASEAN Sports Ministers' Meeting lasted for a week. so for a week team logistics had to work at KLIA , thank you to the KLIA management for providing us with an operating room.  While from a welfare point of view always awake, food will be delivered on time. On this task, there was something that interested me, which was the formal attire of each stewardess which was different according to the corporate color of the respective airline.  Most importantly, it's all beautiful. A week at the airport, we had to wear formal clothes, namely shirts, blazers, slacks and black shoes. It makes us considered like MAHB company staff, especially when foreign tourists have problems in the luggage. When the last delegation of ASEAN countries has arrived that day, our team will return t

Iktibar Kisah Cinta

Setiap makhluk di atas muka bumi pasti menjalani satu proses yang dipanggil hubungan. Semestinya ia melibat lelaki dan perempuan. Bagaimana ia terjadi?. Ianya adalah takdir dari Allah SWT jua, cuma adakah ia terbina kerana Ilahi atau nafsu semata-mata. Aku bukan ingin membuka aib sesiapa, cuma berkongsi rasa apabila berhadapan dengan situasi yang sangat menyedihkan apabila ia terjadi terhadap seorang lelaki dan sejujurnya aku sendiri pernah mengalaminya. Mungkin situasi ini bukan hanya melibatkan wanita semata-mata tetapi termasuk lelaki juga. Betapa mudah hati berubah dan memaafkan cuma pada aku situasinya sahaja yang tidak kena kerana ada yang menjadi korban atas nama kebahagiaan. Sejujurnya aku adalah seorang lelaki yang nakal terutama berkaitan dengan wanita. Namun masih wujud di kalangan masyarakat kita, lelaki yang sangat baik dan amat susah untuk berbicara tidak baik tentang soal wanita. Kebanyakan mereka merupakan lulusan pendidikan Islam atau bahasa mudah Ustaz. Aku mengenali

Intern MAHB Part 1

After I finished my studies in 2006, I had the opportunity to participate in a program organized by Khazanah Nasional , specifically for graduates who have finished their studies. The training period is for 12 months which is the first 2 months participants must enter training classes and the remaining 10 months undergo training at GLC under Khazanah Nasional Berhad . After taking a screening test to determine which GLC is suitable for me to undergo 10 months of training. Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) was designated as my training location along with 3 other program participants. I reported to  Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).   MAHB's headquarters at that time was located at Terminal 2, Subang Airport . I rented an apartment in Subang Bestari which is next to the airport. My main transport at the beginning was the bus before my father sent a motorcycle from the village. On the first day of reporting to MAHB , I and other participants gathered at the human reso

ANAK PASTI DIPUJI IBUBAPA

ANAK PASTI DIPUJI IBUBAPA WALAUPUN APAPUN KEADAANNYA Setiap pasangan yang bergelar ibubapa pasti menyayangi anak-anak mereka. Salah satu tugas yang sentiasa cuba dilaksanakan ialah melindungi anak-anak dari sebarang ancaman. Namun ada satu perkara yang menarik perhatian aku ialah setiap ibubapa, pasti mempunyai elemen memuji anak mereka dihadapan orang lain. Aku faham ia adalah sifat semulajadi ibubapa untuk memuji anak-anak mereka. Walaupun pernah melakukan kesalahan atau jenayah, tetap mengatakan anak mereka yang terbaik. Ianya sedikit merisaukan aku sebenarnya, bimbang jika ibu memuji anak-anaknya di hadapan orang lain, bimbang takut ianya menimbulkan rasa kurang selesa pada orang yang mendengarnya. Anak-anak pula kadangkala tidak memikirkan perihal ibubapa mereka terutama ketika melakukan sesuatu perkara terutama yang menyalahi undang-undang. Anak baru menduduki ujian tapisan tapi ibubapa dah mencanang bahawa anaknya berjaya untuk ditemuduga. Anak baru

Bola Sepak Kedai Kopi

Semacam tabiat baru pada diri ini, apabila suka bersarapan di kedai makan, hakikatnya aku jenis yang susah untuk melepak jika tiada sebab yang khusus. Bercakap soal bersarapan di kedai, salah satu aktiviti yang wajib semestinya bersembang dalam apa sahaja isu yang dianggap relevan untuk diperkatakan.  Kebetulan owner warung, port baru aku suka lepak merupakan salah seorang Jurulatih Bola Sepak Tempatan, jadi isu bola sepak menjadi antara topik yang disembangkan. Aku baru sahaja tahu bahawa di kawasan Pekan kecil ini telah wujud Akademik Bola Sepak, khusus untuk anak-anak muda yang berminat dalam sukan tersebut. Jumlah penglibatan bukan kaleng-kaleng, boleh dikatakan 70 - 80% golongan belia terlibat secara langsung. Aku baru tahu dan faham tentang liga bola sepak peringkat daerah atau negeri. Rasa malu pula diri ini apabila tidak terdedah dengan perkembangan sedemikian sedangkan ia berkaitan dengan daerah aku sendiri. Dari satu sudut, aku tumpang bangga di atas pencapaian yang ditunjuk

Bila Orang Tua Biadap

Apabila berbicara tentang soal ADAB, semestinya kita mengetahui bahawa kebiasaan orang muda yang harus menghormati & menjaga ADAB terhadap orang yang lebih tua. Bagaimana jika keadaan sebaliknya iaitu orang tua pula yang bersikap biadap terhadap orang muda?, adakah boleh dimaafkan dengan alasan mereka adalah orang tua?. Mengapa aku ingin menulis berkaitan dengan ADAB & ORANG TUA kali ini?, hal ini kerana terlalu kerap aku sendiri terpaksa melayan karenah sikap orang tua yang agak keterlaluan. Apabila terjadi sesuatu perkara atau situasi yang tidak sepatutnya, amat jarang untuk masyarakat meletak kesalahan kepada orang tua walaupun hakikat salah mereka. Aku seorang yang mudah beremosi tapi arwah abah sentiasa mengajar aku untuk bersabar dan mengikuti peraturan walau apapun keadaan.  Walaubagaimanapun apabila berdepan dengan orang tua yang biadap & tidak tahu menghormati orang lain termasuk orang muda. Aku kadangkala hilang sabar. Apabila kita tegur, mula ingin tunjuk samsen

KISAH AWAL TAHUN 2020

PERISTIWA TERCATAT BULAN JANUARI Hari ke-7 untuk tahun 2020, aku percaya seluruh dunia masih dalam keadaan mood bersemangat sempena tahun baru yang begitu istimewa jika dilihat pada nombornya iaitu 2020. Walaupun baru memasuki hari ke-7, pelbagai kisah telah tercatat dalam diari kehidupan manusia sejagat.  Bagi dalam negara, semestinya berkenaan Pilihan Raya Kecil Kimanis. Pertembungan di antara calon Parti Komponen BN dengan Calon Parti Warisan Sabah yang sebelum ini, kerusi Kimanis adalah milik Parti BN. Ketika ini, aku menjangkakan para pemimpin dari kedua belah pihak yang bertanding, berkampung di Parlimen Kimanis. Alhamdulillah, rezeki pengundi Kimanis barangkali apabila setiap Menteri mengumumkan projek pembangunan khusus buat warga Kimanis.  Aku berdoa semoga janji tertunai jika warga Kimanis memilih calon BN untuk menduduki kerusi di Dewan Rakyat kelak. Seterus kisah berkisar pengumuman Menteri Kewangan berkenaan pembayaran pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) bag

Kisah Kedai Ketereh

Bagi setiap dari kita, pasti mengharapkan melakukan sesuatu yang berbeza berlaku dalam hidup setiap hari, setiap waktu. Perkara yang ada suka dan ada yang tidak ialah bila berlaku sesuatu kejutan. Kali ini, aku ingin menulis tentang tempat tinggal aku dan family iaitu Kedai Ketereh. Di bawah Parlimen Ketereh, wujud Kedai Ketereh, Kedai Kok Lanas, Kedai Melor dan Kedai Kadok. Kedai Ketereh dan Kok Lanas di letak bawah satu Dun iaitu Dun Kok Lanas, manakala selebihnya Dun Melor dan Dun Kadok. Topik yang menarik perhatian ketika ini ialah Pengumuman Dividen ASB. Di bawah kerajaan baru, pemerhati cuba melihat adakah sama seperti sebelumnya, adakah lebih rendah atau lebih tinggi. Di Kedai Ketereh ini, jika ingin menambah atau mengeluarkan pelaburan ASB, hanya ada 2 lokasi tumpuan iaitu pejabat Pos atau RHB Bank  kerana bank yang lain berada di Kedai Kok Lanas. Pejabat Pos atau bank, kedua-duanya sentiasa dipenuhi pelanggan setiap kali Dividen diumumkan kerana ingin mengeluarkan  dividen ya

Bicara Masa dan Manusia

Hari ini mengikut Kalendar Masihi, kita telah melangkah 5 hari dalam bulan Januari tahun 2020. Masa berputar semakin pantas sehingga tidak terasa perubahan yang berlaku di sekeliling kita selama ini, masih terasa seolah-olah baru semalam kita menyambut Tahun baru. Tahun ini, alhamdulillah aku berusia 37 tahun, seharusnya pada peringkat usia ini, aku memiliki keluarga sendiri dengan kerjaya yang lebih baik namun hanya Allah SWT juga yang Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh aku pada saat ini.  Bohong jika aku tidak cemburu melihat kehidupan orang lain terutama mereka yang sebaya dengan aku. Aku ingin berkongsi pandangan tentang masa dalam kehidupan seharian kita semua. Adakah kita sedar atau tidak iaitu masa tidak pernah menunggu kita terutama untuk berubah. Ia terus putar tanpa henti. Dari sesaat, seminit, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya. Bercakap soal masa, Islam telah membina acuan yang sempurna pada Umatnya, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"

KONFLIK AMERIKA SYARIKAT - IRAN

KONFLIK AMERIKA SYARIKAT - IRAN Tahun 2020 baru memasuki hari ke-4, akan tetapi telah banyak catatan telah tertulis & semuanya mendukacitakan atau merisaukan. Terbaru krisis di antara 2 Negara Nuklear bertambah serius apabila Amerika Syarikat melakukan serangan sehingga mengorbankan Pegawai Kanan Tentera Iran di Iraq. Sejurus melakukan serangan & mengetahui yang menjadi korban adalah pegawai kanan tentera Iran, Amerika Syarikat terus mengeluarkan arahan mengeluarkan seluruh rakyatnya yang tinggal di Iraq. Iran sebuah negara Nuklear yang menyembunyikan kekuatan sebenar ketenteraannya & kemampuan walaupun sentiasa di tekan oleh Amerika Syarikat melalui pelbagai sekatan. Jika peperangan Iran-Amerika Syarikat tidak dapat dielakkan lagi. Bagaimana kesannya terhadap dunia?. Adakah benar Peperangan Dunia Ke-3 akan meletus?. Kita dapat mengagak bahawa Amerika Syarikat & Iran, masing-masing mempunyai Sekutu yang sama kuat. Jika Perang meletus, semestinya