Posts

Showing posts from April, 2020

HARI KE-2 RAMADHAN

PENGISIAN HARI KE-2 RAMADHAN 1441 HIJRAH DAN 2020 MASIHI Memasuki hari ke-2 dalam bulan Ramadhan, keadaan lebih baik tambahan pula keadaan cuaca yang agak redup berbanding hari biasa membuatkan rasa lebih selesa. Hari ini, menu masakan pada awalnya ingatkan sekadar mungkin, ikan tenggiri masak kuning, kena pula dengan sambal belacan, sememangnya membuka selera. Cuma apa yang aku perasan, keinginan berbuka pada kali ini lebih kepada menikmati minuman yang menyejukan tekak. Hari ini sahaja, kos membeli air untuk berbuka mencecah RM21 ringgit bagi 7 bungkus air. Aku order carot susu sebanyak 3 bungkus, bandung cincau air, sebungkus, milo ais cincau sebungkus, teh o ais limau sebungkus & sirap limau ais sebungkus. 3 bungkus carrot susu itu untuk diberikan kepada saudara-mara terdekat bagi buka puasa. Manakala menu untuk makanan pula, abang beli di kedai, ayam masak pedas 3 ketul, daging, ayam masak paprik. Menjadikan sajian dari ala kadar kepada sajian sangat meriah seda

Aku Join Hari Belia Negara

Salah satu program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ialah Hari Belia Negara (HBN) . Hari untuk meraikan warga belia yang diadakan setiap tahun dengan pelbagai pengisian yang menarik.  Pada tahun 2014, selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Aku berkesempatan untuk terlibat dengan segmen Pameran Badan Beruniform, salah satu segmen yang menarik perhatian ramai pengunjung Hari Belia Negara. Aku dilantik sebagai pegawai perhubungan bagi Jabatan Penjara Malaysia. Satu peluang untuk aku mendapat pengalaman yang sangat berharga.  Segala urusan melibatkan KBS dan Jabatan Penjara , aku akan uruskan terutama dari segi keperluan pihak jabatan sepanjang HBN berlangsung. Melalui segmen badan uniform yang disertai oleh Jabatan Penjara Malaysia, para pengunjung dapat mengetahui pelbagai maklumat berkenaan dengan Jabatan tersebut. Terutama dari segi peralatan yang digunakan selain bahan-bahan pameran yang pasti menarik.  Bagi aku, di antara bahan pameran yang menarik bagi Jabatan Penjara ialah

Ramadhan di Universiti

Image
Di antara kenangan yang manis sepanjang aku bergelar pelajar universiti adalah ketika tiba bulan Ramadhan. Semestinya suasana berpuasa bersama kawan-kawan di universiti tidak sama seperti berpuasa bersama keluarga di kampung.  Sebelum aku berjaya memasuki Universiti, kebiasaan bila tiba bulan puasa. Aku berbuka ditemani abah, ma dan abang. Aku hanya ada 2 orang adik-beradik. Kebiasaan, ma akan memasak apa yang sesuai dengan selera abah bila berbuka nanti.  Di bulan Ramadhan, waktu yang menarik perhatian ketika di Universiti adalah waktu bersahur. Bagi kolej kediaman ke-7, kami bersahur di dewan makan. Dewan makan dibuka untuk para pelajar muslim bersahur adalah pada pukul 3.00 pagi. Ada pelajar yang makan di dewan makan, ada yang bungkus makan dalam bekas untuk bersahur lewat sikit dari masa di dewan makan. Pukul 4.00 pagi, dewan makan akan ditutup. Jika ada pelajar yang bangun lewat, memang bersahur dengan air kosong atau dengan makanan yang di bilik tidur. Cuma ada waktunya ada pe

Ramadhan Dalam Norma Baru

Alhamdulillah, sahur pertama di bulan Ramadhan pada tahun ini, ketika situasi semasa masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan. Di temani, ma, abang & firman (cousin). Makanan pula ala kadar sahaja, maklumlah sahur pertama, selera masih agak terbantut ketika waktu menunjukkan pukul 4.30 pagi. Ramadhan kali semestinya sangat besar perbezaannya berbanding sebelumnya. Tiada Baazar Ramadhan untuk para Umat Islam tertumpu untuk mencari juada berbuka. Apa lagi minuman pilihan yang hanya berjumpa di bulan Ramadhan sahaja. Di pantai timur, keadaan cuaca sangat panas, sehinggakan ada yang sanggup mandi sehingga 10 kali sehari demi menghilangkan bahang kepanasan tersebut. Manakala di pantai barat pula, cuaca sangat mendung dengan hujan yang sangat kerap turun sehingga berlakunya banjir kilat di kawasan tertentu. Mak cik aku yang tinggal di rumah pusaka arwah atuk, sebelum zohor telah menyiapkan menu masakan untuk berbuka. Aku & ma pula hanya mula siapkan menu masakan sel

Bila Ramadhan Sangat Hampir

Hari ini, ma berhajat untuk memasak ikan siakap tempoyak. Awal  - awal pagi lagi, aku pergi ke pasar basah pekan Ketereh untuk mendapatkan ikan yang dihajati oleh ma. Jam di tangan menunjukan waktu 7.30 pagi. Pagi ini, keadaan pasar basah ikan segar, agak lengang, aku cuba melihat jenis-jenis ikan segar yang ada pagi ini. Sejujurnya, sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini, aku baru belajar mengenal ikan dengan lebih fokus lagi. Ikan siakap sekilo dalam anggaran harga RM19.00 untuk 2 ekor, manakala sekilo sotong, dengan harga hampir mencecah RM30.00. Total harga keseluruhan hampir mencecah nilai RM50.00. Ikan-ikan ini kebiasaan akan menjadi lauk dalam sehari - dua sahaja. Bukan hanya ikan harus aku beli pagi ini, tetapi harus sama membeli sambal daging, makanan kering yang bakal menjadi kegemaran untuk bersahur nanti. Balik rumah, ingatkan ma boleh bersihkan ikan siakap yang dibeli, rupanya tak, mujur achik sanggup bersihkan kerana ikan siakap kulitnya lebih

AIR KELANTAN PART 1

Di antara masalah yang kita sentiasa cuba elakkan adalah masalah gangguan bekalan air paip. Kebiasaan, laporan berita berkaitan dengan masalah sebegini sering melibatkan negeri-negeri kawasan pantai barat. Namun itu tidak bermakna di kawasan negeri pantai timur seperti Kelantan, tidak menghadapi masalah gangguan bekalan. Sejak kelmarin, di kawasan kediaman dan sekitar mengalami masalah gangguan bekalan air. Cuma aku & keluarga masih bernasib baik kerana walaupun berlaku gangguan ia lebih kepada tekanan. Ada sesetengah kawasan yang aku difahamkan, tiada langsung bekalan air ke premis atau kediaman pelanggan syarikat bekalan air di Kelantan. Aku berharap keadaan di kawasan kediaman semakin baik, bukan sebaliknya. Lagi 4 hari, kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan, bermulalah ibadah puasa dan aktiviti bersahur serta berbuka yang memerlukan penggunaan air yang lebih dari biasa. Ditambah pula status negara ketika ini yang masih melaksanakan Perintah Kawalan Perg

My Thesis

To qualify me to graduate and receive a Bachelor's Degree at the Convocation. I must complete the thesis writing that is required for every student who is in the final semester. To be honest, I am a student who has problems in matters related to writing. This is a problem I have faced since I was in high school. My own teacher when I was in high school knew my weaknesses. It is a weakness that I myself must try to overcome. My main problem in the thesis writing process is the time flow I should follow. Start from make a proposal and constantly updating the progress to my supervisor lecture. Each student is required to complete a proposal for the thesis to be produced, the proposal will be evaluated by a supervisor who has been appointed by the Department.  Why should students prepare a proposal first before start to write a thesis?. It is for supervisors to understand the direction of writing. I failed to follow the set rules. A failure that I did myself and I can't forgive mys

Temuduga di KWAP

Pada tahun 2007, aku mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga di Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) Kuala Lumpur. Ketika itu, aku sedang menjalani kursus di MAHB, tarikh tamat latihan semakin hampir, semakin banyak permohonan terbuka yang aku hantar. Aku tidak dimaklumkan sebarang maklumat yang perlu diketahui sebelum sesi temuduga bermula. Hanya satu panggilan telefon yang meminta aku menghadiri temuduga pada tarikh dan waktu yang dinyatakan. Selain aku, ada beberapa orang calon yang turut sama menanti giliran untuk ditemuduga.  Aku merasakan bahawa semua calon yang menghadiri temuduga tersebut merupakan lepasan Universiti seperti aku pada ketika itu. Mencuba peluang ada demi mencapai impian yang diimpikan. Mungkin pada pemikiran aku waktu itu. Sesi temuduga bermula, nama aku di panggil, ketika memasuki ruangan temuduga, tiba-tiba aku terasa suhu sekeliling semakin meningkat, dihadapan aku kini ada 5 panel penemuduga yang sangat berkarisma pada pemerhatian aku. Aku

KISAH SEBUAH SUMBANGAN

KISAH SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 MALAYSIA 2020 Aku bukan berniat ingin memburukan sesiapa atau mana-mana pihak berkenaan, sekadar berkongsi apa yang aku rasa apabila berlaku situasi yang tidak aku gemari. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan di Malaysia, banyak NGO atau pihak termasuk Parti Politik memberi sumbangan barangan keperluan buat rakyat Malaysia yang memerlukan terutama bagi mereka yang terputus sumber pendapatan. Alhamdulillah, walaupun keluarga aku dalam kategori B40, namun kami masih mampu membeli barangan keperluan asas sepanjang PKP dilaksanakan. Kiranya kami tidak akan berada dalam situasi kebuluran. Aku tidak ambil kisah sangat soal sumbangan barang keperluan asas oleh mana-mana pihak, aku tahu masih ramai yang dalam keadaan susah apabila PKP dilaksanakan kerana hilang sumber pendapatan harian keluarga. Aku sejujurnya tidak kisah jika keluarga aku tidak menerima sebarang sumb

Retrenched Experience

When it comes to the journey of life, of course each of us has a very different journey. There are times we will feel happy and there are times we will feel very sad especially when the test comes suddenly. I’m not sure, how many people have ever experienced a situation of being laid off while showing excellent performance. The fact is that it is always the case though undesirable, even I myself was a victim of circumstances. unable to do anything due to the fact that as a subordinate, can be trampled on at any time. My first experience of being fired or terminated was when I worked as a Tele-Marketing at one of the IPTS in the city. The reason I was terminated was because the college management claimed that the performance I showed during the probationary period was very disappointing. The fact that I was a victim during that period, my salary payments were put into someone else’s account. Then the management paid my salary like giving alms to a beggar. I fell victim to political

RAMADHAN 2020

Jika dihitungkan rasanya tinggal 20 hari lagi untuk seluruh Umat Islam di dunia, termasuk Malaysia memasuki bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, bulan pengampunan, bulan kerahmatan.  Semestinya kita mengetahui bahawa apabila tibanya Ramadhan, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa di siang hari dan disarankan menunaikan solat sunat terawih di malam hari. Cuma Ramadhan kali ini, pasti memberi suasana sayu atau sedih dihati kita semua. Kita sedia maklum bahawa di antara yang menarik apabila berada di bulan Ramadhan adalah kemeriahan Baazar Ramadhannya.  Disebabkan, kita ketika ini sedang mengharungi ujian Pandemik COVid19, ketetapan telah dibuat di beberapa buah negeri iaitu tiada penganjuran Baazar Ramadhan pada tahun ini demi mengelak berlaku penularan Pandemik COVid19. Bahkan berkemungkinan besar, tiada solat sunat terawih di Masjid sekiranya penularan Pandemik COVid19 masih gagal dihentikan di Malaysia. Walaupun ia sangat mendukacita namun kita harus sama-sama kuat me

PRIHATIN RAKYAT

  BANTUAN  Sesungguhnya masa berlalu begitu pantas, kini kita memasuki bulan April bagi tahun 2020. Pelbagai kisah telah tercatat di bulan March. Malah ada kesinambungan hingga bulan ini iaitu isu glocal yang sedang melanda dunia, isu pandemik COVid19 yang telah meragut ribuan nyawa, bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Demi memastikan ekonomi negara terus dalam keadaan baik, pihak kerajaan telah menyuntik dana pakej rangsangan ekonomi sebanyak 250 billion, satu jumlah yang sangat besar memandangkan kerajaan terdahulu sering menyatakan bahawa kewangan negara agak kritikal dengan hutang. Apa yang pasti, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sangat menggembirakan rakyat secara keseluruhan kerana pakej tersebut menyentuh kepentingan kumpulan B40 & M40. Malah skim bantuan prihatin rakyat yang diberi secara one-0ff sangat tepat ketika rakyat sangat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sedang berada di fasa ke-2 iaitu dari 1 April sehingg