Posts

Showing posts from 2020

Kahwin & Mati

Setiap dari kita, pasti akan merasai kematian. Proses perpisahan di antara kita dengan dunia dan segala isinya termasuk keluarga tercinta.  Mahu tidak mahu, itu yang kita bakal tempuhi.  Apabila selesai sahaja, jasad kita dikembalikan ke tanah, maka semuanya yang mengiringi akan pulang dan menjalani aktiviti harian seperti biasa walaupun kita telah tiada bersama mereka. Namun, kisah hidup orang yang kita sayang, mungkin sedikit berbeza. Laluan mungkin sama namun dugaan pasti sangat berbeza. Aku terfikir sendirian, bagaimana kisah kehidupan keluarga poligami?, terutama apabila sang suami yang selama ini menjadi nakhkoda kepada 2 atau 3 atau 4 kapal berbeza anak-anak kapalnya. Apabila berbicara soal poligami, sememang ia dituntut dalam Islam seandainya si suami mampu adil dan memenuhi syarat yang ditetapkan, berpoligami pada aku, turut bergantung kepada niat. Adakah ia berlaku kerana Allah SWT atau nafsu?. Maklumlah, cerita mulut orang, wanita yang memegang tittle janda ini, seringkali d

Nafas Baru Politik Negara

Hakikat yang kita perlu terima bahawa segalanya yang wujud di dunia ini amat berkaitan dengan politik.  Bermula dari keluarga, sekolah atau universiti sehingga dunia pekerjaan. Skop paling besar ialah politik kepimpinan negara merujuk 222 kerusi Dewan Rakyat Malaysia yang akan ditentukan setiap 5 tahun sekali. Kemerdekaan Malaysia kini memasuki usia ke 63 tahun, pelbagai sejarah telah tercatat sepanjang tempoh tersebut terutama era sebelum kemerdekaan. Bagaimana tertubuh pertubuhan parti politik tanahair yang kita semua mengetahui bahawa dipelopori oleh Parti UMNO yang bermula di Johor. Cuma ada sesuatu yang sedikit mendukacitakan apabila ada kelompok pemimpin politik seolah-olah ingin memegang kuasa atau kepimpinan politik sampai bila-bila.  Ada yang menjadi Ketua Bahagian ketika aku masih kecil sehingga aku meningkat dewasa. Persoalan mula bermain difikiran aku, Masih relevankah mereka sebagai pemimpin negara?. Apabila ada pemimpin muda bergelar Ahli Parlimen, cuba berbahas secara pr

ISU DAGING HARAM BEKU

Isu kartel daging haram yang memasuki pasaran Malaysia merupakan isu yang sangat berat pada aku kerana ia melibatkan hukum.  Islam sangat menekankan soal hukum merujuk halal atau haram apabila berkaitan dengan makanan. Setiap apa yang umat Islam makan, bakal menentukan sifat dan sikap umat Islam selepas itu. Halal yang dimakan, in sha Allah eloklah perjalanan hidupnya, haram yang di makan, nescaya banyak dugaan dan cabarannya. Sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila mengetahui bahawa daging sejuk beku yang selama ini diimport dan dikatakan halal rupanya sebaliknya. Walaupun di Kelantan, bekalan daging mentah sentiasa ada, di bahagian kiri dan kanan jalan sentiasa ada gazebo kecil tempat menjual daging yang baru disembelih.  Masih ada permintaan terhadap daging sejuk beku kerana faktor harga yang lebih murah, kebanyakannya adalah untuk perniagaan makanan berasaskan daging. Seingat aku, sejak dari di bangku sekolah rendah lagi, telah wujud penjualan daging sejuk beku sehingga sekaran

Tanggapan Masyarakat

  Pandemik COVid19 akan menjadi salah satu topik perbincangan masyarakat dunia pada tempoh yang lama, walaupun beberapa buah negara telah berjaya mengeluarkan vaksin pencegahan pandemik tersebut. Kesan pandemik tersebut, sangat mendalam dan membebankan bukan hanya orang-ramai tetapi turut mengheret negara. Selain itu, ada perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh kita semua, ia berkaitan dengan tanggapan masyarakat terhadap pandemik terbabit selepas ini terutama dari segi mereka yang pernah dijangkiti atau mereka yang tinggal di kawasan berstatus ZON MERAH. Dari bacaan atau rakaman yang dikongsikan termasuk pengalaman individu tertentu, aku dapat memberi kesimpulan ringkas iaitu tanggapan segelintir masyarakat terhadap pengidap, bekas atau mereka yang tinggal di kawasan ZON MERAH  adalah sangat negatif. Seharusnya kita sedar dan peka bahawa tiada siapa mahukan diri dijangkiti oleh penyakit yang mampu membawa maut ini. Seorang bekas pesakit, dikatakan sedang berurusan di kaunter, ti

AKU DAN SCAMMER

Di Malaysia, aktiviti penipuan atau scammer dilihat sentiasa telah lama wujud dan sentiasa berjaya memperdayakan rakyat Malaysia dengan nilai kerugian yang sangat besar.  Pihak berkuasa pula dilihat, sentiasa mengadakan kempen kesedaran terhadap bentuk penipuan atau scammer yang sering berlaku agar rakyat Malaysia berwaspada namun masih sahaja ada mereka yang menjadi mangsa. Salah siapa?, persoalan yang pasti timbul apabila berlaku kes penipuan wang orang ramai. Kita mengetahui bahawa pelbagai bentuk penipuan yang dilakukan termasuk penipuan melalui panggilan telefon dengan menyamar sebagai pegawai penguatkuasa. Situasi penipuan ini atau scammer bukan hanya terjadi di Malaysia tetapi turut melibatkan negara-negara lain seperti Indonesia. Berdasarkan pengalaman aku, hampir menjadi skim atau penipuan seperti scammer. Di antaranya pada tahun 2007, aku pernah dibawa oleh rakan-rakan Universiti untuk melawat pejabat mereka, di kawasan Petaling Jaya.  Ketika aku sampai di kawasan tersebut, a

Human nature - Cut the Queue

Humans are beings with natures and attitudes that are sometimes seen as very complex. There are always unexpected circumstances. Perhaps this trait is influenced by the race or locality in which humans live. The nature of those who live in rural areas is very different from those who live in urban areas. Among the human attitudes that in my opinion are very sad and disgusting is against rules or laws. The simplest situation to describe how this complex human negative attitude is is to like to cut lines in any situation. If animals have their own rules of life, so do humans in my opinion. Queuing is a very simple and easy rule, but not all people are able to follow the rule. Many like to follow their own lusts or attitudes that cause dissatisfaction in others. Even this nature regardless of age. I used to meet people who like to cut lines when buying food. Clearly visible selfish attitude when guiltless cut the line. While others patiently wait their turn to facilitate a process. Most o

KITA MEMBUAT PILIHAN

SEGALANYA TELAH TERLEWAT Dalam hidup yang singkat ini, setiap apa yang terjadi merupakan pilihan yang kita sendiri pilih, adakah ia pilihan terbaik atau sebaliknya, segalanya terpulang kepada penilaian diri kita sendiri. Orang lain tidak dapat memaksa sekiranya pilihan telah dibuat sepenuh hati. Aku percaya setiap orang ingin hidup senang atau mewah, mampu memiliki segala yang dihajati. Namun bukan semua mampu mencapai keinginan tersebut sekiranya usaha yang dibuat tidak seberapa. Itu merupakan pilihan yang tersedia buat kita memilih yang mana satu. Paling mendukacitakan sekiranya ada dikalangan kita kenali memilih pilihan yang salah atas nama ingin kesenangan atau kemewahan dengan jalan singkat. Di Malaysia, ada banyak pilihan untuk mendapatkan keinginan dengan cara singkat, antara pilihan yang tersedia ialah terlibat dalam urusan jual-beli benda yang terlarang. Aku bukan ingin mengaibkan sesiapa, cuma berkongsi rasa sedih apabila ia terjadi, bukan saudara, bukan sahabat, cuma kenalan

BELANJAWAN 2021 LULUS

Image
  DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT Dewan Rakyat telah meluluskan belanjawan bagi tahun 2021 dengan undian belah bahagi, dengan jumlah 111 yang menyokong, 108 yang menolak dan seorang yang tidak hadir. Alhamdulillah, pada aku walaupun ada banyak kekurangan yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang, namun masih ada kelebihan terutama untuk rakyat ketika dunia terus dihimpit oleh Pandemik yang masih menular dibeberapa buah negara termasuk Malaysia. Kini, diharapkan pihak kerajaan lebih fokus dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan Pandemik seperti diperkatakan sebelumnya. Soal politik atau keyakinan rakyat terhadap blok kerajaan ketika ini, diharapkan diwujudkan tempoh bertenang. Apabila saat PRU ke-15 semakin hampir, pada pendapat aku, ketika itu barulah masing-masing berbahas atau melakukan apa sahaja dalam mempersiapkan blok atau parti masing-masing demi mendapatkan sokongan rakyat dan membentuk kerajaan yang lebih kukuh berbanding sekarang. Paling penting, menjadi harapan aku dan mu

KLUSTER GENTING

Apabila kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa segala aktiviti rentas negeri dibenarkan termasuk di kawasan PKPB. Aku ketika itu merasakan tindakan tersebut tidak sesuai pada waktunya, namun pihak kerajaan melalui MKN  lebih tahu segalanya. Maka bermula 7 Disember sehingga sekarang, aktiviti rentas negeri dilaporkan meningkat terutama dari kawasan pantai barat menuju ke pantai timur. Merujuk negeri Kelantan dan Terengganu yang masih dalam proses saringan kes-kes terdahulu. Laporan dari salah satu akhbar online iaitu  SinarHarian , melaporkan punca kewujudan Kluster Genting disebabkan kes Indeks yang merentas negeri dari Selangor ke Genting Highlands sehingga menyebabkan pihak kerajaan mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan PKPD di kawasan Apartment Amber Court, Ampartment Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut, Bentong. Sejujurnya aku berharap tidak terjadi sesuatu yang telah dijangka apabila aktiviti rentas dibenarkan. Ketika ini sahaja, berdasarkan pemerhatian aku. Jumlah ken

Kisah Motorsikal Merah

Rutin pagi aku masih seperti biasa setakat ini, selepas solat Subuh, kembali baring di atas katil bujang sambil menantikan waktu menuju ke arah pukul 7.00 pagi. Kemudian baru aku bangun mempersiapkan diri sekadarnya untuk pergi keluar mencari kuih atau sarapan untuk ibu dan aku sendiri. Di dalam perjalanan singkat aku, terserempak dengan penunggang legenda kawasan Ketereh ketika ini. Penunggang motorsikal berwarna Merah yang  begitu ghairah menunjukan aksi yang membahayakan bukan setakat pada dirinya tetapi pada orang lain juga. Sepanjang tahun 2020, jika nampak kelibatnya pasti menunjukan aksi yang menyakitkan mata terutama aksi stun yang membahayakan. Bagaimanakah ibubapa budak ini mendidik?, seolah-olah tiada rasa malu atau menghormati orang lain. Aku bimbang pada satu ketika nanti, penunggang EX5 Merah akan meragut nyawa orang yang tidak bersalah, sekiranya hanya dia sahaja terlibat kemalangan, tidak menjadi sebarang isu tetapi jika melibatkan orang lain.  Sangat mendukacitakan wal

Ekonomi atau Kesihatan?

Memasuki hari ke-6 . Pihak kerajaan membenarkan rakyat Malaysia melakukan aktiviti rentas negeri termasuk kawasan yang dikategorikan merah atau kuning bermula 7 Disember 2020. Satu keputusan yang berani pada pendapat peribadi aku telah di ambil oleh pihak kerajaan. Kebenaran yang diumumkan semestinya menggembirakan, tidak perlu tunggu lama, aktiviti rentas negeri mula dirasai apabila bilangan kenderaan di neegri Kelantan ketika ini, jelas menunjukan peningkatan berbanding sebelumnya. Adakah Malaysia telah berada di penghujung penularan?, adakah laporan yang disiarkan setiap hari berkenaan jumlah rakyat yang positif dijangkiti hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja?. Benarkah tiada lagi risiko penularan baru apabila berlakunya aktiviti rentas daerah atau negeri?. Dari segi ekonomi, ia sangat menggembirakan para peniaga apabila aktiviti ekonomi kembali berjalan dan hasil jualan kembali meningkat setelah kepulangan anak-anak perantau. Kebiasaannya di pasar malam Pekan Ketereh ini, bilan

THE PEOPLE OR POWER?

 A POLITICAL GOALS The year 2020 is coming to an end. Various stories have been recorded. Among the most striking, of course, the Pandemic outbreak that affected the global economy and caused the deaths of millions of lives. However, it does not affect world politics at all. When it comes to politics, I often ask myself. Are those who join this political world, aiming to help the people or gain the power they will have ?. I personally see that most of those who join politics are aiming for the power they will have. The people hope that every political leader who before gaining power, promises various things but in the end the promise is given a lie. Have we ever met a successful politician, living in poverty ?. Arguably, almost 100% of successful politicians live in very comfortable conditions compared to the people. Something strange when I think back, but it may be commonplace in today's political world. The situation of politicians is almost the same all over the world. They liv

Boleh Balik Kampung

Apabila kerajaan mengumumkan bahawa tiada sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa apabila seluruh rakyat Malaysia dibenarkan melakukan aktiviti rentas negeri termasuk kawasan PKPB. Secara logiknya ia adalah "lampu hijau" untuk seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal diperantauan untuk pulang ke kampung menghabiskan cuti akhir tahun seperti dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya. Maka tidak perlulah berkata apa-apa lagi kerana pihak yang berkuasa telah memberi kebenaran. Seandainya berlaku sebarang gelombang baru penularan pandemik seperti sebelum ini. Pada aku, kerajaan mungkin telah bersedia untuk mengharungi sekali lagi, logiknya ketika  penularan masih berlaku walaupun dalam radiusnya berselerak tetapi risikonya masih ada. Jadi apabila kebenaran diberikan, jangan salahkan sesiapa kerana pintu telah dibuka, mengapa harus tengok sahaja?. Jom balik kampung,menghabiskan sisa-sisa cuti penghujung tahun bersama keluarga tercinta. Andai ada jangkitan baru, biarkan sahaja kera

JOM LAYAN DRAMA

EPISOD BARU POLITIK MALAYSIA  Ketika rakyat sedang dihidangkan drama perbahasan Dewan Rakyat berkenaan Belanjawan 2021. Tiba-tiba muncul pula episod baru drama politik tanahair dan kali ini, latar cerita di Perak. Sejujurnya, dari sudut pandang selaku rakyat bawahan, merasa mual dengan soal politik tanahair yang tidak pernah selesai ketika rakyat dilanda musibah kesan dari pandemik dunia. Pada aku, tahun 2020 merupakan tahun drama politik Malaysia. Dari awal  sehingga akhir tahun, ada sahaja kisah yang dihidangkan kepada rakyat walaupun bukan ini yang diinginkan. Pada aku, pelbagai hikmah yang jelas kelihatan dari apa yang berlaku, cuma diharapkan orang-ramai dapat melihat dan menilai seperti mana aku lihat dan nilai. Jangan taksud dengan imej luaran atau tutur bicara kerana dalaman hanya Allah SWT Maha mengetahui. Berkawan dengan orang lain, bercinta dengan orang lain. Aku berharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan secepat mungkin, pelbagai kemungkinan pasti terjadi. Perkara bia

Kebenaran Rentas

Aku keliru dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan Malaysia berhubung kebenaran aktiviti rentas negeri atau daerah bermula 7 Disember 2020.  Menurut pemahaman aku, pihak kerajaan membenarkan sebarang aktiviti rentas negeri atau daerah di semua kawasan termasuk kawasan dikenakan PKPB kecuali kawasan di kenakan PKPD. Apa fungsi PKPB sekiranya aktiviti rentas daerah dibenarkan?. Aku berharap pihak kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia benar-benar melihat risiko dari pelbagai sudut berhubung kebenaran rentas negeri dan daerah termasuk kawasan PKPB.  Sekiranya terjadi gelombang baru penularan, maka jangan salahkan rakyat yang sememangnya amat payah mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan. Aku lebih suka merujuk kawasan Kota Bharu kerana Ketereh merupakan jajahan di bawah Kota Bharu. Penularan yang berlaku di daerah ini, kemungkinan besar dari individu yang telah dijangkiti yang pulang ke kampung dan seterus menjangkiti ahli keluarga atau kenalan. Di Ketereh

Bunuh Diri

Salah tindakan yang tidak masuk akal tetapi sering dilakukan oleh manusia ketika ini adalah tindakan bunuh diri.  Pelbagai faktor boleh mempengaruhi seseorang itu sehingga sanggup untuk bertindak sedemikian. Paling asas atau dominan mempengaruhi seseorang itu untuk mengambil tindakan membunuh diri ialah TEKANAN PERASAAN sehingga menghilangkan KEWARASAN AKAL . Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam, namun itu bukan bermakna tiada kes yang dicatatkan berhubung kejadian atau cubaan membunuh diri.  Ada yang berjaya diselamatkan dan ada yang gagal sehingga membawa kematian yang sangat memilukan. Menurut laporan portal berita sinar harian , sebanyak 465 kes dicatatkan berkenaan cubaan bunuh diri yang dikesan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Satu nilai angka yang sangat menakutkan pada aku, mungkin ia masih rendah berbanding negara-negara lain tetapi itu bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Menurut malaysiadateline  pula, sumber dari PDRM Malay

PELBAGAI KISAH SIDANG DEWAN RAKYAT

Image
  MP LAMA VS MUDA Pada PRU ke-14 yang lalu, kita menyaksikan Pakatan Harapan telah membawa perubahan dengan meletakkan beberapa orang calon muda yang berusia lingkungan bawah 40 tahun. Kita menyaksikan bahawa strategik tersebut berjaya dengan menyaksikan penyandang kerusi Parlimen sebelumnya kecundang. Apabila Dewan Rakyat bersidang, pasti wujud situasi usik-mengusik di antara MP Veteran dan Muda. Kebiasaannya aku melihat, MP Muar yang sering menjadi MP yang di usik oleh MP Veteran yang lain. Usikan yang diperkatakan lebih merujuk nama panggilan terhadap YB Muar. Pada aku, walaupun nama panggilan yang digunakan terhadap MP Muda sebagai usikan oleh MP Veteran, ia masih sesuatu yang mendukacitakan kerana jelas kelihatan kematangan ketika persidangan sedang berlangsung. Bukan ingin mencipta polemik atau retorik, cuma cuba membawa satu isu yang sebenarnya sentiasa terjadi bukan sahaja merujuk situasi Dewan Rakyat tetapi merujuk kepada sektor pekerjaan. Aku pasti ketika ini, masih ada orang

Penularan Di Kelantan

Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan  bilangan pesakit yang positif sentiasa bertambah setiap hari berdasarkan laporan harian. PKPB di Kelantan, akan berakhir pada 6 Disember 2020.  Adakah Kelantan berjaya memutuskan rantaian penularan Pandemik sebelum 6 Disember 2020?. Pada pendapat aku, ia bergantung kepada nilai jangkitan rakyat Kelantan setiap hari.  Sekiranya grafnya menaik, in sha Allah ada harapan untuk PKPB di Kelantan di lanjutkan. Begitu juga sebaliknya, ia bergantung kepada kerjasama rakyat Kelantan itu sendiri dalam memastikan usaha memutuskan rantaian itu berhasil. Harus diingatkan bahawa selagi vaksin belum secara rasmi dikeluarkan. Rakyat Malaysia harus sentiasa berwaspada, jangan mengambil sikap sambil lewa. Tidak mustahil untuk terjadinya penularan gelombang ke-4 di Malaysia. Pada pendapat aku, di antara situasi yang mengakibatkan bilangan pesakit di Kelantan adalah terjadinya aktiviti rentas nege

Pembelajaran dan Liputan Internet

Kita sedia maklum bahawa tahun 2020 menjadi tahun yang penuh cabaran buat negara dan rakyat Malaysia.  Ramai terkesan dengan Pandemik yang masih lagi menular seluruh dunia, ramai yang kehilangan pekerjaan kerana ketidak mampuan organisasi atau syarikat menampung kos pengurusan sedangkan keuntungan tidak mampu dihasilkan seperti biasa. Dalam tempoh Mac sehingga sekarang.  Penularan masih terus berlaku, kluster demi kluster terus muncul dengan radius jangkitan luar jangka.  Rakyat pula diminta membiasakan diri dengan kehidupan norma baru yang semestinya berbeza dengan kehidupan sebelum ini. Di antara sektor yang terkesan akibat Pandemik semestinya sektor pendidikan. Sesi persekolahan terpaksa ditutup, para pelajar boleh menghitung dengan jari sahaja untuk hari yang mereka hadir ke sekolah.  Sesi persekolahan boleh dikatakan hampir 80% - 90% dilakukan secara atas talian bermula bulan Mac yang lalu. Namun isu lain mula timbul apabila sistem pembelajaran atas talian di laksanakan sepenuhnya

Character of a reporter

I am a graduate in Media Studies, University of Malaya. Of course when people listen to Media Studies, surely the first impression playing in the mind is the career of a journalist. However, I am not very interested in career as a journalist due to my weakness in the field of writing.  I have to admit that many of the alumni of the Department of Media Studies, work as journalists. Some of them now held the position as editor of the newspaper or magazine. Although I am not interested in the career of a journalist but like to see the character or ethics held by a journalist. Since childhood, through drama or Malay film tells the story of a journalist, especially in the era of British colonial rule in Malaya. It makes me respect the career of a journalist.  The image of a journalist is often portrayed as a writer who constantly smokes while writing in order to find inspiration to report on news or something that uses language that is easily understood by the reader. Journalism is a very e

Kluster Chengal

Ketika ini, kawasan Pekan Ketereh dikategorikan sebagai Zon Merah kerana termasuk dalam jajahan Kota Bharu. Pada waktu yang sama, wujudnya Kluster Chengal menyebabkan risiko ledakan penularan semakin tinggi dan membimbangkan.  Sejak kluster chengal diumumkan secara rasmi oleh KKM. Pelbagai kisah tersebar di kalangan komuniti di sini. Namun kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana berita yang disampaikan hanya dari mulut ke mulut. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh  MOH , setakat 26 November 2020, seramai 15 orang disahkan positif hasil dari saringan yang dilakukan oleh pihak KKM.  Aku percaya bahawa bilangan pesakit dibawah Kluster Chengal akan terus meningkat berdasarkan lokaliti dan sikap komuniti setempat yang sehingga sekarang masih tidak mematuhi peraturan SOP sepenuhnya terutama apabila berada di premis. Menjadi persoalan aku ialah radius penularan yang terhasil oleh Kluster Chengal . Komuniti di sini sedia maklum bahawa Kluster Chengal wujud dari Majlis Kenduri yang dia