Posts

Showing posts with the label COMMUNITY

Flood Disaster Relief

 After waiting for such a long time, we feel that there is no hope for us to get help in the form of money from the federal government as promised before. Suddenly we were informed that the state government will hold a ceremony for flood victims to receive payment as promised before. We are grateful for the unexpected. Money of RM1000 given to each family of flood victims, is able to ease the burden of flood victims who are almost all in the B40 category. Most importantly, the money can be used to pay off anything that was previously overdue. I represented the mother to receive the financial assistance. Fortunately, the secretariat allowed me to represent my mother to receive the donation. I'm afraid to imagine if I have to bring my mother to the event that involves many flood victims.

Air Kelantan Part-6

  Di antara isu-isu yang sering kali melibatkan negeri Kelantan, semestinya masalah bekalan air paipnya yang sehingga sekarang. Masih tidak mampu diselesaikan secara total oleh pihak yang bertanggungjawab. Disebabkan aku dan keluarga, tidak mampu bersabar mengharungi cabaran berkaitan dengan bekalan air di Kelantan. Berbekalkan wang simpanan yang ada, kami membuat tangki simpanan air yang lebih besar dan di letakkan di atas tanah. Kami juga terpaksa memasang enjin air untuk membekalkan bekalan air yang ditadahkan ke tangki simpanan air yang terletak di atas bumbung rumah. Kos yang kami berhabis hampir mencecah RM2000.00 sahaja. Kami mempunyai 2 pilihan, membuat tangki simpanan air atau memasang telaga tiub. Kos di antara pilihan tersebut hampir sama sahaja cuma, air yang diperolehi melalui telaga tiub lebih berbau dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Alhamdulillah, aku dan keluarga tidak perlu lagi memikirkan masalah bekalan air. Tangki simpanan kami, lebih dari cukup untuk kegu...

Menu Rahmah

  Ketika kos bahan mentah makanan semakin meningkat harganya diperingkat GLOCAL . Rakyat Malaysia tiba-tiba diperkenalkan dengan set makanan yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan terutama bagi rakyat Malaysia dalam kelompok B40, Ia adalah set   Menu Rahmah . Difahamkan bahawa set menu ini merupakan satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) . Apa yang menarik berkenaan dengan Menu Rahmah ialah harga yang ditawarkan pada satu set hanya RM5.00 sahaja . Jika dilihat pada jenis makanan yang ditawarkan, pasti ada yang tertanya. Berbaloikah pengusaha atau penjual menjual Menu Rahmah dengan harga RM5.00? . Pada pendapat aku, jika melihat kepada sudut keuntungan yang besar, mungkin tidak. Jika ada bertanya, apakah tujuan pihak KPDN dengan kerjasama pengusaha-pengusaha premis makanan menawarkan Menu Rahmah .  Ia hanya salah satu usaha membantu rakyat Malaysia dalam kategori B40, satu usaha yang aku sangat sokong. Ia berdasarkan...

Garbage

The word garbage refers to waste material that is not wanted by humans after undergoing a process. Garbage is a man-made product and is often dumped in the wrong place and with the wrong disposal method in my opinion.. I was interested in writing an article about Garbage because from childhood to adulthood, I felt that the local residents of my residential area did not manage domestic Garbage properly.. I live in the suburbs of Kota Bharu. Never a single day, I see my living area clean without G arbage . Especially when the night market, and the visitors who come to the night market, have an attitude of throwing garbage everywhere, then it causes pollute the scenery of the local environment. I often hear and see about the condition of a country or state whose environment is clean of garbage .  Countries that are usually synonymous with cleanliness such as Singapore and Japan. While the cleanest state is Melaka. I have never been to Singapore or Japan, but I have been to the state...

Rempit di Kelantan

  Negeri   Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang istimewa. Apa sahaja laporan berkaitan dengan Negeri Kelantan, pasti mendapat perhatian banyak pihak terutama dari luar Kelantan. Perhatian yang diberikan, adakah disebabkan parti PAS yang mentadbir atau ada sebab lain?.  Di antara laporan yang mendapat perhatian orang-ramai adalah peningkatan  Kes Mat Rempit . Laporan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM , menyatakan bahawa berlaku peningkatan jumlah tangkapan melibatkan mat rempit di Kelantan .  Maka berlumba-lumba netizen  membuat kritikan di sosial media di atas laporan yang disiarkan, seolah-olah di kawasan atau negeri lain tiada masalah mat rempit .  Aku ada membaca komen-komen yang diberikan berkenaan isu terbabit, rata-rata mereka memberi komen seolah-olah meletakkan masalah mat rempit ini berpunca dari kegagalan pemimpin negeri. Bagaimana mereka boleh berfikiran sedemikian?. Padahal, di antara faktor yang mendorong berlakunya peningkatan jum...

Konsert Hiburan D Kelantan II

Karnival riuh sokmo yang di adakan di mini stadium, daerah Ketereh sempena sambutan Hari Malaysia yang lalu telah berakhir. Karnival tersebut diserikan lagi dengan konsert nyanyian artis terkenal tanahair seperti Faizal Tahir, Ramli Sarip, kumpulan Wings dan ramai lagi. Bagaikan telah menduga, karnival atau konsert yang diadakan mengundang pelbagai reaksi terutama mereka dari gelanggang politik tanahair. Kehadiran pengunjung seramai 20 ribu orang pada malam konsert wings menambah lagi kritikan umum. Semua disebabkan Kelantan selama ini mengamalkan pendirian tegas terhadap sebarang hiburan di negeri tersebut. Sehinggakan pawagam sama sekali tidak dibenarkan diwujudkan di negeri ini atas alasan mengundang maksiat dan kemurkaan Allah SWT. Walaupun pihak penganjur karnival berusaha mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti pengasingan pengunjung lelaki dan perempuan ketika konsert. Tiada konsert nyanyian pada hari Jumaat serta tiada penyanyi wanita terlibat. Oleh itu, mengapa masih ada p...

Artist and Hijab

  Referring to the Wikipedia portal, an artist means a person who is creative or skilled in a certain field of art or produces art in a specific scope. While Hijab can be understood as a cloth that covers a woman's private parts. The law of covering the private parts for women, especially Muslims, is mandatory regardless of the reasons given based on information on portals such as   muftiwp . Although wearing hijab is obligatory on any Muslim woman. However, in this country, Muslim women are still given the freedom to make their own choices, whether they want to wear the hijab or not. When there is a story of an artist who wears hijab. it became an attraction to the public, especially the artist's fan community. Many female artists who are Muslim, at first did not wear hijab and then changed to wearing hijab. The change is a good thing, even some of the artists, take the opportunity to sell clothes such as capes or hijabs . It's just a matter of regret when there are artist...

Karnival Riuh Sokmo

  Aku berkesempatan berkunjung ke Karnival Riuh Sokmo anjuran Kementerian Komunikasi yang diadakan di stadium mini,ketereh. Karnival tersebut dianjurkan selama 3 hari, bermula 16hb hingga 18hb September 2022. Aku berkunjung ke Karnival terbabit sekitar pukul 5 petang, suasana di luar stadium sangat sesak. Para pengunjung bukan hanya dari pekan Ketereh semata-mata tetapi turut datang dari pelbagai daerah sekitar negeri Kelantan. Berdasarkan pemerhatian, aku secara peribadi berpendapat bahawa golongan belia di Kelantan sememangnya inginkan hiburan sebagaimana yang dirasai oleh belia-belia di negeri lain. Aku dengar karnival tersebut mendapat bantahan segelintir pihak dengan alasan, hiburan mengundang maksiat atau hiburan itu melalaikan. Pada aku, itu pandangan yang kolot. Masalah sosial tetap wujud di kalangan belia di Kelantan walaupun semua jenis hiburan di larangan diadakan di Kelantan termasuk pawagam. Hakikat hiburan itu boleh jika tahu bagaimana untuk mengawalnya atau berusaha ...

Concert in Kelantan

I saw many canopy tents that were ready to be set up in the Ketereh District Council field . Not only that, what caught my attention was the huge main stage structure in the middle of the field..  Apparently I missed the current news. That is on Malaysia Day which is on 16 September, this Friday. a carnival or concert will be held for 3 days. The concert will feature many famous artists such as Faizal Tahir and many others. To be honest I was excited and surprised. The state of Kelantan, which has rarely seen entertainment concerts for its people, will hold an entertainment show in Ketereh. The state of Kelantan is known as a strict state with any entertainment activities including concerts. Therefore, when hearing about the upcoming concert, it was a surprising thing. Some argue that the reason for this concert is to attract the attention of young people who like entertainment, especially when the country is preparing to hold the 15th General Election soon. There is an opinion tha...

Nightclub vs Concert

Malaysia is one of the countries that often organize concerts involving local artists or from abroad. With a few months left for the year 2022, there are several concerts to be organized in Malaysia. Usually when there is a concert that is going to be held in Malaysia. Surely there are those who want to stand out by disagreeing or protesting the concert. Their reason that is often used is that the concert contradicts the Islamic religion in this country.  It's just that I feel strange, concerts are protested but the nightclubs in big cities like Kuala Lumpur, there are no complaints. Are these night clubs, not visited by Muslims in this country?. When it comes to nightclubs, many people must know what it's like. If you object to the concert being held then you should object to the nightclubs that exist in this country. Social problems in today's society are not new, but they have been around for a long time. Not just because of concerts or nightclubs. There are many differe...

Konflik Harta & Keluarga

  Harta atau keluarga merupakan 2 perkara yang berbeza tapi mempunyai kaitan di antaranya. Sering berlaku konflik yang melibatkan ahli keluarga disebabkan oleh harta. Sesuatu yang memalukan apabila ia berlaku dalam masyarakat kita ketika ini. Aku tertarik satu artikel  kosmo , berkaitan dengan konflik harta pusaka yang melibatkan adik-beradik sehinggakan berlaku pembunuhan. Aku percaya kejadian perebutan harta di antara keluarga sering berlaku. Kebiasaan, konflik berlaku apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka yang dibuat. Walaupun pembahagian dilakukan mengikut saluran dan peraturan yang sepatutnya. Ada yang sanggup hilang saudara demi memastikan diri mendapatkan harta. Ia sangat mendukacitakan, aku masih ingat perkongsian kisah pegawai di pejabat tanah yang menguruskan urusan tanah pusaka. Kebiasaan, sebelum memulakan perbicaraan di pejabat tanah, waris yang berkaitan terlebih dahulu berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama berhubung pembah...

Setia Seorang Isteri

  Aku percaya kita sering mendengar kisah atau laporan berkenaan konflik rumah tangga. Hampir kebanyakannya berkaitan dengan penderaan. Namun paling menyedihkan pada aku, bila si suami terbabit dengan aktiviti tidak bermoral seperti penagihan dadah atau judi. Kebanyakan suami yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini, tiada pendapatan tetap. Aku tertarik untuk menulis tentang konflik keluarga sebegini kerana ia terjadi dalam masyarakat sekeliling aku. Kelompok masyarakat sekeliling aku, hampir menjadi sesuatu yang normal melihat suami terlibat dengan kes dadah atau judi seterusnya menjadi kaki pukul terhadap isteri dan anak-anak. Walaupun didera, hampir semua si isteri yang menjadi mangsa tetap setia terhadap suami mereka. Sanggup setia terhadap suami yang masyarakat mengetahui terlibat dengan aktiviti tidak bermoral. Mengapa?, adakah kerana sayang?. Aku masih tidak faham melihat konflik yang berlaku di depan mata. Adakah kesetiaan itu mampu mengubah suami sepenuhnya?. Malah...

Kos Meninggal Dunia Naik

 Ketika ini, kita mengeluh tentang berlaku kenaikan harga pada hampir semua barangan. Bukan hanya barang keperluan asas semata-mata. Nilai wang juga terasa seperti semakin menurun. Namun ada satu perkara turut mengalami kenaikan iaitu kos bagi pengebumian jenazah. Mengapa aku ingin menyentuh perkara berkaitan kenaikan kos pengebumian jenazah terutama bagi orang Islam. Ia disebabkan aku takut, kelak ada waris yang tidak mampu untuk menyempurnakan pengebumian saudara-mara yang meninggal dunia. Aku cuba memetik beberapa buah artikel yang berkaitan dengan kenaikan kos pengebumian. Di antaranya KOSMO , SOSCILI . Berdasarkan artikel tersebut, apa yang aku faham. Kos bagi urusan pengebumian kini mencecah ribuan ringgit. Walaupun menurut Islam, menguruskan saudara seagama yang meninggal dunia itu merupakan Fardu Kifayah tapi masih memerlukan wang bagi kelancaran segala urusan bermula dari mandikan jenazah sehingga selesai di kebumikan di tanah perkuburan. Salah seorang bapa saudara aku, me...

Keluhan Rakyat Kecil

  Hari demi hari, semakin terasa apa yang berlaku ketika ini. Peningkatan kos terhadap barangan keperluan, menyebabkan semakin ramai yang mula berbelanja dengan berhemat. Di Pekan Ketereh ini, majoriti penduduknya orang Melayu, majoriti penduduknya dalam kelompok pendapatan B40. Aktiviti utama di Pekan ini semestinya perniagaan. Ada penduduknya yang berniaga kecil-kecilan seperti menjual kuih atau nasi siap bungkus seperti nasi lemak. Kuantiti kuih atau nasi siap di bungkus tidak sebanyak mana. Jika jualan habis dijual, hasil jualan sekitar RM20 - RM50 sehari. Jika sehari tidak menjual kuih atau nasi siap bungkus, maka tiada pendapatan untuk hari tersebut. Tiada sumber pendapatan lain pula. Sejak kebelakangan ini, ramai peniaga kecil kuih dan nasi siap bungkus mula mengeluh. Hasil jualan mereka semakin kurang. Setiap hari banyak kuih yang tidak terjual, sama seperti nasi siap bungkus. Kebiasaan kuih atau nasi siap bungkus di hantar ke warung atau gerai kuih seawal 8 pagi setiap har...

Suami Penagih Dadah

Aku tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan keadaan yang berlaku dalam masyarakat ketika ini. Dari kecil sehingga dewasa, aku membesar di daerah yang sama dengan isu atau masalah sosial yang sama.  Aku bukan ingin memalukan sesiapa atau daerah sendiri, cuma berkongsi rasa apa yang berlaku disekeliling. Kata orang, lain padang lain belalang. Diharapkan apa yang elok dijadikan panduan, buruk dijadikan sempadan. Masalah sosial yang aku maksudkan ialah penagihan dadah. Adakah ia kritikal?, mungkin. Aku tidak tahu bagaimana untuk menentukan adakah masalah penagihan dadah di daerah aku, kritikal atau tidak.  Di Malaysia semestinya masalah penagihan dadah merupakan masalah yang tidak pernah selesai. Walaupun pelbagai usaha dijalankan, ada sahaja rakyat Malaysia yang terlibat dengan penagihan dadah. Bahkan ada ibubapa yang dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan masalah itu jika ia berlaku pada anak-anak mereka. Bahkan ada yang mula terlibat dengan penagihan dadah dari bangku sekolah...

Sayang & Tanggungjawab

  Semestinya setiap pasangan yang berkahwin, sayang pada pasangan masing-masing. Cuma kasih sayang yang wujud, sebolehnya tidak menyebabkan bebanan pada orang lain. Aku merujuk kebanyakan pasangan muda yang berkahwin. Kematangan atau kesediaan mereka dalam meniti kehidupan sebagai pasangan suami-isteri jelas berbeza dengan pasangan dahulu. Suami atau isteri seharusnya telah mengetahui tanggungjawab masing-masing apabila selamat dinikahkan. Perkahwinan itu, bukan hanya ibadah atau sebagai tanda cinta di antara pasangan tetapi merupakan tanda kesediaan suami atau isteri untuk memikul tanggungjawab. Pada aku, sebab itu wujud satu tempoh dipanggil pertunangan. Tempoh untuk setiap pasangan yang bakal berkahwin, membincangkan tentang peranan masing-masing apabila berkahwin nanti. Terutama tanggungjawab pada ahli keluarga pasangan masing-masing.  Jika wujud perasaan terbeban dengan tanggungjawab yang ada dalam sebuah perkahwinan, pada aku. Baik bakal suami atau isteri harus memikirka...

Bekerja atau Belajar?.

 Dari kecil aku telah diberi gambaran bahawa salah satu tanda seseorang itu berjaya dalam hidupnya adalah apabila berjaya dalam pelajaran, dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga Universiti. Seseorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, pasti disanjung oleh keluarga dan masyarakat sekeliling. Adakah konsep itu masih relevan dengan situasi terkini negara?. Aku seorang lulusan Universiti tetapi aku secara peribadi melihat rakan-rakan yang lebih memilih bekerja berbanding belajar, lebih berjaya mencapai matlamat hidup mereka. Berbanding aku ketika ini. Disebabkan itu, aku lebih suka menyarankan generasi muda sekarang terutama lepasan SPM untuk memohon pekerjaan berbanding memohon melanjutkan pelajaran. Alasan aku mudah, setiap tahun, beribu graduan universiti menamatkan pengajian tetapi bukan semua pasti mendapat pekerjaan. Bukan semua berjaya mendapat kelulusan kelas pertama. Maka PTPTN harus di bayar selepas 6 bulan tamat pengajian. Disebabkan itu, aku sarankan ...

Rich or Poor

  It became my routine to sit and chat with my aunts in the evenings at my grandfather's house. At my age now, it is more difficult to find peers who can hang out together. Among the topics discussed, I was interested in sharing about the topic of rich vs. poor. Especially involving family members. I must realize that it is human nature to judge a person on his wealth. It creates different human attitudes or behaviors based on other people’s wealth. Often happens in today’s society, if a person is rich. surely many claim to be family members but otherwise if one is poor. Surely many stay away from it. For example, the current era is the era of technology, so chatting is not necessarily face to face, just over the phone. Therefore, many family member chat channels are created in the phone chat application Technological advances have led to the younger generation beginning to get to know their previously, unknown family members. When chatting through a chat channel, everyone looks ni...

Family Sendiri

 Aku terpaku sendirian bila membaca laporan berita tentang seorang lelaki yang sanggup mengelar isteri dan anaknya yang baru lahir. Suspek di dapati negatif dadah, kejadian berlaku di Johor menurut laporan awani , sinar dan hmetro . Kemudian, aku mengikuti laporan berita tentang anak menikam ibu kandung sendiri di Melaka seperti dilaporkan oleh Awani , Sinar dan Mhi . Apa yang sedang berlaku sebenarnya?, jenayah bunuh sesama ahli keluarga seperti semakin kerap terjadi. Di tambah lagi laporan berikut bharian dan mymetro . Suspek turut disyaki merupakan ahli keluarga mangsa.  Aku faham kes bunuh sentiasa wujud dalam masyarakat Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Cuma bila pembunuhan melibatkan ahli keluarga sendiri, ia amat mendukacitakan. Apabila ahli keluarga sendiri berisiko menjadi pembunuh dan kita berisiko menjadi mangsa. Pada siapa lagi kita boleh bergantung harap?.  Jika kita selusuri kes-kes sebelum ini, telah banyak kes yang berlaku melibatkan ahli keluarg...

Harga Barang Naik

Secara rasmi barang keperluan seperti minyak masak, telur dan ayam mengalami kenaikan harga. Walaupun pada asas hanya 3 barang yang diumumkan kenaikan harga.  Bila aku buat tinjauan di pasaraya atau kedai runcit yang berdekatan. Aku dapati hampir semua barang keperluan naik harga. Sehinggakan aiskrim pun naik harga. Paling menyakitkan hati ialah ketiadaan minyak masak bersubsidi 1KG, aku ingin merujuk kawasan Pekan Ketereh untuk menunjukan kesan kenaikan harga barangan keperluan. Logik akal yang waras, rakyat masih boleh memilih jika ayam atau telur ayam naik harga mendadak di pasaran tempatan. Hanya minyak masak sahaja yang rakyat tiada pilihan kecuali harus membelinya walaupun terasa tidak berbaloi untuk membelinya. Aku cuba mencari minyak masak peket di kawasan Pekan Ketereh ini, ia amat sukar diperolehi buat masa ini. Malah tidak keterlaluan untuk aku katakan mendapatkan bekalan bahan terlarang lebih mudah berbanding minyak masak peket. Jika ada, pasti sekejap sahaja habis kera...