Posts

Showing posts from July, 2022

Bekerja atau Belajar?.

 Dari kecil aku telah diberi gambaran bahawa salah satu tanda seseorang itu berjaya dalam hidupnya adalah apabila berjaya dalam pelajaran, dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga Universiti. Seseorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, pasti disanjung oleh keluarga dan masyarakat sekeliling. Adakah konsep itu masih relevan dengan situasi terkini negara?. Aku seorang lulusan Universiti tetapi aku secara peribadi melihat rakan-rakan yang lebih memilih bekerja berbanding belajar, lebih berjaya mencapai matlamat hidup mereka. Berbanding aku ketika ini. Disebabkan itu, aku lebih suka menyarankan generasi muda sekarang terutama lepasan SPM untuk memohon pekerjaan berbanding memohon melanjutkan pelajaran. Alasan aku mudah, setiap tahun, beribu graduan universiti menamatkan pengajian tetapi bukan semua pasti mendapat pekerjaan. Bukan semua berjaya mendapat kelulusan kelas pertama. Maka PTPTN harus di bayar selepas 6 bulan tamat pengajian. Disebabkan itu, aku sarankan sepu

Value of Purchase

  Any country right now must be faced an increase in the inflation rate. It can be considered as a benchmark for the economy of a country. Does the rising rate of inflation mean that the economy of a country is getting stronger?. Everyone has known the effects of inflation on the economy and finances of a country. Has the government done what it should have done in ensuring that the inflation rate drops?. In my opinion, let those who specialize in economics figure out how to manage national inflation. For people like me, think more about the value of money at this time, especially when the world is squeezed by various crises. In the past 10 years, I think that the difference in the value of money, based on the ability to buy necessities, is very noticeable. The value of RM50 in 10 years is bigger than now. Only RM50, able to buy 50%-70% of household items before compared to now only being able to buy 20% - 40% of items. Although the government provides financial assistance to low-incom

Apa Itu Inflasi?

Aku bukan seorang yang pandai dalam hal ekonomi dan sangat tidak berminat untuk berbicara tentangnya tetapi apabila laporan demi laporan berkenaan ekonomi di siarkan. Ia harus diberi perhatian kerana ekonomi negara berhubung rapat dengan ekonomi setiap rakyat Malaysia. Apabila menyentuh soal ekonomi, pasti menyentuh soal inflasi . Apa itu inflasi ?, mengapa ia sangat mempengaruhi keadaan ekonomi sesebuah negara?. Apa yang aku faham, inflasi  merujuk kepada kenaikan harga barang tertentu dan servis dalam tempoh dari semasa ke semasa. Namun wujud dua situasi menyebabkan berlakunya inflasi iaitu inflasi tarikan permintaan , ia merujuk kepada permintaan melebihi penawaran terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia menyebabkan harga barang atau perkhidmatan naik dan berlakunya inflasi . Kemudian inflasi kos atau harga yang merujuk kepada situasi peningkatan nilai kos yang dikeluarkan dalam penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan. Peningkatan nilai kos seterusnya mempengaruhi pening

Story of Barber Shop

 What’s interesting about a barber shop ?, it’s probably just a shop that provides barber services to its customers. Then the customer pays for the service at a reasonable price. I believe that each of us has a story of who was the first barber in our life. My father was the first barber in my life, as long as I was in elementary school. Dad who has always been my barber. It's just that the haircut service provided by my father took a long time compared to the barber shop. Why did dad become a barber ?. Maybe a dad kind of likes his son’s haircut more than at the barber shop. In this town, many barbershops are opened. It gives people a choice. For me, there are 2 barbershops that are an option every time I cut my hair, the first is a barber shop next to the Ketereh Fire Station and the other is near the district Mosque. The barbershop next to the Fire Station is the shop that has cut my hair since I was in school. As for the other barbershop, I started cutting hair since I came bac

I'm an Introvert

What is an introvert ? It can be understood as a person who likes to hide his feelings and concentrate on himself, does not like to mix in society or the outside world. Introverts like calm situations, like to be alone, usually impressed by what they do.  I'm an introvert , I just realized that after I tried to understand the characteristics of an introvert . Of course, from childhood to adulthood, I was still an introvert. It's just that the people around me don't know the meaning behind my behavior. From childhood until now, I didn't have many friends. Maybe because of that, I like to be alone and quiet, especially when I'm in crowded areas. Maybe this introverted nature exists because I am often alone at home apart from mom and dad. There are times, when I'm bored. I like to go to the shopping mall alone even though the distance from my house to the shopping mall is quite far. I will wander around the shopping mall several times without buying anything, then

Sifat Amanah Hilang.

  Perkataan   Amanah dalam Islam boleh difahamkan membawa maksud sebagai menunaikan janji . Seorang Muslim sejati yang beramanah akan berusaha untuk menunaikan dasar, kod etika, undang-undang dan janji-janji yang diungkapkan.  Mereka yang melanggar amanah yang diberikan boleh dianggap sebagai  orang kafir atau munafik. Aku melihat semakin ramai dikalangan kita iaitu Umat Islam itu sendiri yang hilang sifat amanah yang diterapkan selama ini. Hakikat yang semakin dilupakan pada pemahaman aku, bahawa kita semua sebenarnya mempunyai amanah yang harus dilaksanakan, bermula semenjak kita lahir di atas dunia ini.  Di antara kita yang memikul amanah ini, ramai yang telah melanggar atau kehilangan sifat amanah dalam diri. Berdasarkan laman web JHEAINS , Amanah itu berat, Islam amat mementingkan perkara-perkara amanah terutama dalam kehidupan seharian kita. Namun, aku melihat ketika ini, manusia mula hilang sifat amanah tanpa rasa apa-apa. Walaupun tahu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada m

Rich or Poor

  It became my routine to sit and chat with my aunts in the evenings at my grandfather's house. At my age now, it is more difficult to find peers who can hang out together. Among the topics discussed, I was interested in sharing about the topic of rich vs. poor. Especially involving family members. I must realize that it is human nature to judge a person on his wealth. It creates different human attitudes or behaviors based on other people’s wealth. Often happens in today’s society, if a person is rich. surely many claim to be family members but otherwise if one is poor. Surely many stay away from it. For example, the current era is the era of technology, so chatting is not necessarily face to face, just over the phone. Therefore, many family member chat channels are created in the phone chat application Technological advances have led to the younger generation beginning to get to know their previously, unknown family members. When chatting through a chat channel, everyone looks ni

Aidiladha 2022

  Alhamdulillah, aku dan keluarga menyambut Hari Raya Haji dengan penuh kesederhanaan. Abang balik di saat akhir dan itu sangat mengembirakan ma, anak-anak ada di depan matanya. Alhamdulillah, kami dapat merasa nasi minyak yang dimasak oleh mak saudara kami sebelah rumah, selain itu, kami dapat merasa nasi dagang yang di masak oleh mak sepupu ma. Walaupun tiada yang datang beraya ke rumah pada tahun ini, aku tetap bersyukur dengan pelbagai rezeki yang Allah SWT kurniakan ke atas kami. Alhamdulillah seperti biasa, walaupun kami tidak melakukan ibadah korban. Rezeki kami menerima daging korban dari jiran tetangga yang melakukan ibadah tersebut. Manakala hari raya haji ke-2, kami menerima banyak jemputan beraya. Aku dan abang menjadi wakil keluarga kami beraya rumah besan mak sepupu kami, kemudian pak cik kami dan akhir sekali rumah mak saudara sebelah abah. Hakikat sambutan hari raya haji di Kelantan masih sama seperti dahulu iaitu meriah. Sambil melapah daging lembu, jamuan makan keci-k

Apa itu OPR?

  Sejak kebelakangan ini, aku sering mendengar perkataan OPR yang sering dikaitkan dengan sektor pembankan dalam negara. Banyak laporan kenaikan nilai OPR:  Sinar  atau  utusan . Apakah itu OPR?, apakah hubungan OPR dengan sektor bank di Malaysia?.  OPR secara umumnya di fahami sebagai Overnight Policy Rate, ia merupakan satu kadar yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana bagi seluruh bank di Malaysia. Namun, aku masih tidak faham terutama apakah peranan yang dimainkan oleh OPR?. Bila aku membaca info berkaitan dengan OPR, baru aku faham sedikit iaitu OPR berkaitan dengan pinjaman. Apabila dilaporkan berlaku kenaikan OPR, pihak yang paling terkesan adalah mereka yang membuat pinjaman dengan pihak bank. Peminjam akan berada pada dua situasi iaitu tempoh pembayaran pinjaman di panjangkan atau kadar pembayaran semakin meningkat. Aku tidak pasti adakah kenaikan OPR itu memberi kelebihan buat rakyat Malaysia atau sebaliknya atau bergantung kepada situasi semasa.

Family Sendiri

 Aku terpaku sendirian bila membaca laporan berita tentang seorang lelaki yang sanggup mengelar isteri dan anaknya yang baru lahir. Suspek di dapati negatif dadah, kejadian berlaku di Johor menurut laporan awani , sinar dan hmetro . Kemudian, aku mengikuti laporan berita tentang anak menikam ibu kandung sendiri di Melaka seperti dilaporkan oleh Awani , Sinar dan Mhi . Apa yang sedang berlaku sebenarnya?, jenayah bunuh sesama ahli keluarga seperti semakin kerap terjadi. Di tambah lagi laporan berikut bharian dan mymetro . Suspek turut disyaki merupakan ahli keluarga mangsa.  Aku faham kes bunuh sentiasa wujud dalam masyarakat Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Cuma bila pembunuhan melibatkan ahli keluarga sendiri, ia amat mendukacitakan. Apabila ahli keluarga sendiri berisiko menjadi pembunuh dan kita berisiko menjadi mangsa. Pada siapa lagi kita boleh bergantung harap?.  Jika kita selusuri kes-kes sebelum ini, telah banyak kes yang berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri. Aku

Harga Barang Naik

Secara rasmi barang keperluan seperti minyak masak, telur dan ayam mengalami kenaikan harga. Walaupun pada asas hanya 3 barang yang diumumkan kenaikan harga.  Bila aku buat tinjauan di pasaraya atau kedai runcit yang berdekatan. Aku dapati hampir semua barang keperluan naik harga. Sehinggakan aiskrim pun naik harga. Paling menyakitkan hati ialah ketiadaan minyak masak bersubsidi 1KG, aku ingin merujuk kawasan Pekan Ketereh untuk menunjukan kesan kenaikan harga barangan keperluan. Logik akal yang waras, rakyat masih boleh memilih jika ayam atau telur ayam naik harga mendadak di pasaran tempatan. Hanya minyak masak sahaja yang rakyat tiada pilihan kecuali harus membelinya walaupun terasa tidak berbaloi untuk membelinya. Aku cuba mencari minyak masak peket di kawasan Pekan Ketereh ini, ia amat sukar diperolehi buat masa ini. Malah tidak keterlaluan untuk aku katakan mendapatkan bekalan bahan terlarang lebih mudah berbanding minyak masak peket. Jika ada, pasti sekejap sahaja habis kerana d

Premis Beroperasi Kembali?

  Kelmarin, premis yang kawasan Pekan Ketereh telah serbu oleh pihak polis, premis tersebut disyaki menjalankan aktiviti urusan transaksi judi atas talian. Ketika Serbuan yang dilakukan, ia berlaku depan mata aku. Terasa seperti menonton program 999. Setelah diserbu, aku fikir mungkin premis tersebut akan ditutup sementara waktu. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Pada hari berikutnya, aku melihat premis terbabit seperti telah beroperasi kembali. Aku benar-benar terkejut bila melihat situasi tersebut. Adakah mereka yang terlibat tidak takut dengan undang-undang atau kerana mereka ada wang?. Aku faham, mereka yang terlibat berani meneruskan operasi disebabkan ada permintaan tinggi dikalangan penduduk tempatan yang menjadi pelanggan tetap mereka, semestinya 99% orang Melayu dan beragama Islam. Bila melihat situasi ini semua, pada aku tidak guna berasa megah dengan kisah pahlawan dahulu kala, kisah hari ini dan esok belum tentu elok buat anak bangsa. Aku hanya bercakap setelah meli

Menemani Ibu

 Di antara rutin harian aku adalah menemani ma ketika waktu. Ia disebabkan ma mudah tercekik makanan ketika makan. Jadi aku yang akan menolong ma, kebiasaan aku akan menepuk belakang ma atau memberi air suam jika ma tercekik makanan. Pendek kata, aku tidak boleh biarkan ma makan seorang diri. Harus ada yang menemani bagi mengelak perkara yang tidak diingini. Kelmarin, ketika ma makan, tiba-tiba tercekik dan sukar untuk bernafas. Bagi mengatasinya, Aku terpaksa tepuk beberapa kali di bahagian belakang ma bagi mengurangkan kesan tercekik. Alhamdulillah, ma dapat bernafas normal kembali. Ma berkongsi rasa pada aku, ma tidak mampu membayangkan bagaimana keadaannya jika aku tiada waktu ma tersedak ketika itu. Disebabkan hal sebegini, aku menolak banyak tawaran kerja yang menarik. Disebabkan lokasi tawaran bekerja di Kuala Lumpur atau Putrajaya. Manakala tiada siapa yang boleh menemani ma jika aku terima tawaran kerja tersebut. Aku percaya bahawa setiap seorang anak, mempunyai cara berbakti