Posts

Showing posts from November, 2019

KISAH PARTI KOMUNIS MALAYA

Parti Komunis Malaya (PKM) di tubuhkan di tanah melayu pada tahun 1930. Seterusnya aktiviti mereka semakin aktif sehingga akhir 1980-an. Kiblat fahaman semestinya PKM semestinya Marxisme. Matlamat utama adalah penubuhan sebuah Republik Tanah Melayu Sejarah banyak mencatatkan pelbagai peristiwa yang menjadi bukti betapa kejamnya PKM, di antara yang kita sedia maklum seperti peristiwa serangan PKM ke atas Balai Polis Bukit Kepung & Pembunuhan Ketua Polis Negara. Kisah perajurit negara yang terkorban pula sudah tidak terhitung, bagi mereka yang masih hidup, PKM telah meninggalkan parut luka yang sangat dalam pada diri mereka sehingga sukar untuk dilupakan sama sekali. Aku bukan ingin bercerita soal sejarah penubuhan atau kegiatan yang dilakukan oleh PKM di Tanah Melayu. Hanya ingin berkongsi  cerita yang disampaikan oleh ibu tentang perjuangan atuk dan abah ketika PKM mengganas di Tanah Melayu. Menurut ma selaku anak yang ke-2 dalam keluarga, atuk berkhidmat dalam pasukan Jungle Sq

Kereta Terbang Negara

S emenjak Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya, aku melihat banyak perkara yang berlaku, banyak idea yang dicetuskan termasuklah menghasilkan Kereta Terbang pertama buatan Malaysia . Difahamkan, Kereta Terbang  yang diperkatakan telah siap, hanya menunggu masa untuk melakukan ujian penerbangan pertama di ruang angkasa Malaysia.  Aku selaku rakyat Malaysia, sedikit merasa bangga dengan ideas Kereta Terbang  buatan tempatan namun tertanya, relevankah ideas sedemikian?.  Difahamkan Projek Kereta Terbang N egara merupakan KPI  Kementerian Pembangunan Usahawan . Dilaporkan bahawa DANA untuk pembinaan Kereta Terbang Negara  adalah 100% dari tajaan.  Apa yang aku cuba fahami, bagaimana tercetusnya ideas untuk mewujudkan projek ini, Menteri Pembangunan Usahawan menjelaskan bahawa projek Kereta Terbang Negara  di bawah Kementeriannya sebagai memenuhi Dasar Keusahawan Nasional yang merujuk pembangunan Industri Penerbangan, Aeroangkasa & Mobiliti Udara .  Aku percaya bahawa masih banyak ideas

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Image
Walaupun telah lama aku tinggalkan Universiti Malaya, terutama Jabatan Pengajian Media, masih ada kenangan yang terpahat dalam ingatan. Pelbagai kisah tidak tercatat tetapi di coret dalam kamus hidup aku. Setelah melaporkan diri di Kolej Kediaman Ke-7, aku mempunyai tempoh 1-2 minggu untuk menentukan Subjek Major & Minor bagi melengkapkan Ijazah Sarjan Muda nanti.   Pada mulanya aku berminat pada Pengajian Hubungan Antarabangsa & Strategik sebagai subjek major.  Namun pada hari pertama masuk kelas pengenalan, lecture terus bagi assignment yang lebih fokus kepada undang-undang antarabangsa, membuatkan aku terasa takut sangat dengan beban bakal aku pikul nanti. Lagipun aku bukan dalam kategori pelajar pintar seperti orang lain. Seterusnya aku mencuba Jabatan Pengajian Media, abang aku merupakan mantan pelajar Jabatan ini, maka aku pernah mendapat pendedahan berkenaan hala tuju graduan Jabatan Pengajian Media nanti.  Bagi pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan Jabatan pilihan mere

CERPEN: MALEK

MALEK Malek tersedar dari lena setelah Mak Uteh tidak henti-henti memanggil namanya. Waktu menunjukkan pukul 10 pagi, seperti biasa, Malek tidak akan bangkit dari katilnya selagi tidak Mak Uteh tidak membebel. “Hari ini kan hari minggu” “Nak tidur lama sikit pun tak boleh” Keluh Malek apabila keluar dari biliknya. Terus menuju ke dapur untuk melihat makanan apa terhidang di atas meja. “Kalau ye pun nak makan, pergi mandi lah dulu”. Bicara Mak Uteh sambil tangan sibuk mengadun tepung untuk membuat kuih tempahan orang kampong. Malek adalah anak saudara kepada Mak Uteh, oleh masalah keluarga, Malek di ambil sebagai anak angkatnya. Mak Uteh mempunyai seorang anak kandung yang kini sedang bekerja di Bandar. Mak Uteh sangat sayang pada Malek, segalanya keperluan atau kehendak dipenuhi. Dari bayi lagi, Malek dipelihara oleh Mak Uteh. Malek pula seorang anak yang baik, sentiasa hormat Mak Uteh seperti ibunya sendiri. Sentiasa menjaga solat dan berbuat baik pad

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?

Aku ingin kongsi pengalaman bekerja sebagai Telemarketing bagi sebuah Institusi Pendidikan di bandar Kota Bharu, seingat aku sekitar tahun 2008. Walaupun bekerja atas nama status kontrak, ia memberi pengalaman baru kepada aku, secara peribadi.Maklumlah budak pengajian media dari Universiti Malaya tiba-tiba jadi budak marketing. Apabila aku tamat latihan "on job training" di sebuah GLC yang base di Airports Subang pada tahun 2007. Aku mengambil keputusan balik kampung untuk menjaga ibu yang kini tinggal seorang setelah kematian abah. Aku mengambil inisiatif menghantar resume ke seluruh institusi atau organisasi yang dirasakan sesuai di sekitar Kota Bharu pada awal tahun 2008. Salah sebuah organisasi yang aku hantar permohonan terbuka telah menghubungi aku untuk hadir ke sesi temuduga yang aku tidak mengetahui apa jawatannya. Proses temuduga berjalan lancar, alhamdulillah aku berjaya dalam temuduga tersebut dan aku mula melaporkan diri sebagai Tele-Marketing bagi organisasi

Pengalaman menjadi Guru

Image
Setiap dari kita pasti bertemu seorang insan bernama 'Cikgu'. Insan yang memainkan peranan penting dalam mendidik kita selain dari ibubapa di rumah.  Dari dahulu lagi, orang sering ibaratkan menjadi guru ini seperti menjadi sebatang lilin yang membakar diri demi menerangi jiwa dan hati anak bangsa. Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman menjadi seorang cikgu. Pengalaman yang tidak pernah terjangka di minda aku. Pernah memohon menjadi guru lepasan DPLI atau KPLI tapi semua permohonan aku gagal termasuk temuduga yang turut keputusannya mendukacitakan aku. Kisah aku menjadi guru bermula apabila tamat kontrak sebagai tele-marketing sebuah Kolej Swasta di Kota Bharu.Ketika itu, aku menghantar resume ke semua organisasi yang difikirkan sesuai termasuk sekolah swasta.  Dijadikan cerita, pada suatu hari aku menerima panggilan temuduga dari salah satu Sekolah Swasta di Kota Bharu. Sekolah tersebut dikatakan merupakan sekolah yang terkenal sejak dari dahulu lagi. Sekolah tersebut ba