Posts

Showing posts from July, 2019

Temuduga di PPZ

K hamis lalu, aku menghadiri temuduga di Pusat Pungutan Zakat, Kuala Lumpur . Setelah hampir 3 tahun, aku tidak menghadiri sebarang temuduga kerja, atas alasan menjaga ma.  Semestinya temuduga kali ini membuatkan aku agak kekok. Dengan menaiki bas, aku bergerak dari Ketereh dalam pukul 9.00 malam, ruang kerusi penumpang pada malam itu penuh.  Terminal Bersepadu Selatan merupakan destinasi yang dituju, walaupun kini aku sangat jarang menggunakan perkhidmatan bas ekspress tetapi situasi masih sama iaitu hanya perlukan masa sekejap sahaja, terus lena.  Sedar-sedar telah sampai di kawasan RnR Gua Musang. aku sampai seawal 5 pagi, manakala masa temuduga aku pula pada pukul 7.50 pagi.  Suasana di Terminal ketika itu agak sesak dengan ketibaan para penumpang dari serata negeri. Bukan hanya warga tempatan memenuhi kawasan dalam bangunan terminal, warga asing  turut memenuhi kawasan dalam terminal.  Waktu yang masih panjang, aku ambil keputusan untuk berehat di sampig mencuba perkhidmatan ho

Aku, Ujian dan Dugaan

Setiap hari, amat terasa bahawa masa berputar semakin pantas sehingga kita tidak sedar bahawa masih banyak tugas atau tanggungjawab yang masih belum diselesaikan. Mungkin disebabkan itu, setiap umat Islam sentiasa diingatkan tentang I NGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA kerana SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH . Minggu lalu, minggu yang sedikit memberi tekanan buat aku, ma yang diserang demam panas sehingga berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.  Nasib baik ada saudara-mara yang tinggal berdekatan membantu. Keesokan harinya terus mendapatkan rawatan di klinik agar keadaan tidak melarat.  Seterusnya aku berdepan dengan masalah gangguan perkhidmatan internet ketika aku baru sahaja  renew kontrak baru dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan selama 2 tahun. Aku sedar ujian atau dugaan yang ditempuhi hanya kecil berbanding orang lain, itu pun telah mengugat kesabaran aku.  Bagaimana jika ujian berat menimpa, adakah aku kuat?.  Minggu

Undi 18

Pilihanraya Umum di Malaysia bakal memasuki frasa baru apabila secara dasar 2/3 ahli Dewan Rakyat termasuk blok pembangkang bersetuju dengan pindaan PERKARA 119 (4) Perlembagaan, bahawa umur rakyat Malaysia yang layak mengundi diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun.Laporan akhbar bharian  dan metro . Selain pindaan had umur mengundi, kerajaan bersetuju dengan permintaan pihak blok pembangkang agar rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun, secara automatik didaftarkan sebagai pemilih. Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun, juga layak untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Keadaan ini, membuat aku tidak sabar menanti Pilihanraya Umum mendatang, mungkin jika dasar ini diwartakan awal, maka ia bakal dilaksanakan pada PRU ke-15. Cuma terdetik dalam fikiran aku, adakah pemimpin sedia ada benar-benar bersedia menerima perubahan yang bakal terjadi atau sekadar bermain sandiwara semata-mata?. Atuk yang berusia hampir 100 tahun masih ingin berkuasa, bagaimana peluang untuk

Penceraian di Malaysia

S ejak kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan kisah penceraian demi penceraian di kalangan rakyat Malaysia. Situasi bertambah menarik apabila turut melibatkan Selebriti tanah air dan  Ahli Parlimen Malaysia. Difahamkan, setiap tahun, kadar kes perceraian yang berlaku di Malaysia sangat membimbangkan. Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagi tahun 2016 sahaja jumlah kes perceraian dicatat sebanyak 51,642 kes manakala bagi tahun berikutnya kes yang dicatat sebanyak 49,965 kes. Julat umur yang sering terpalit dengan kes perceraian adalah di antara 30 tahun sehingga 34 tahun. Jika mengikut kefahaman aku, julat umur tersebut merujuk pasangan muda yang mungkin baru berkahwin atau usia perkahwinan baru mencecah beberapa tahun. Pelik bukan, perancangan perkahwinan begitu teliti sehingga kos mencecah puluhan ribu ringgit. Apabila menghadapi sedikit masalah, terus mengambil jalan mudah iaitu bercerai, tanpa berfikir panjang terutama

WANG HANTARAN

S alah satu topik yang sedang hangat diperkatakan atau diperdebatkan adalah berkaitan  WANG HANTARAN bagi sebuah Perkahwinan . Semestinya fokus aku kepada Umat Islam atau Bangsa Melayu di Malaysia. Perdebatan ini timbul apabila ada pihak yang berpendapat bahawa nilai WANG HANTARAN bagi seorang bakal pengantin wanita adalah mengikut kelayakan AKADEMIK . Ia membawa maksud, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang bakal pengantin wanita, maka semakin tinggi nilai  hantarannya. Bagi aku, isu wang hantaran ini merupakan isu yang agak sensitif namun wajar diperbahaskan kerana apapun nilai yang wajar diletak oleh ahli keluarga pihak perempuan, berdasarkan kemampuan pihak pengantin lelaki. Mengapa mengukarkan Sunnah atas nama nafsu semata-mata?. Pelbagai respon diberikan berhubung isu yang menjadi pendebatan ini, ada yang bersetuju, ada yang sebaliknya. Mungkin kalangan kita lupa bahawa konsep WANG HANTARAN adalah sekadar adat atau budaya semata-mata, bukan sesuatu yang termasuk dala

Belia Baru Malaysia

Penulisan kali ini, aku ingin berkongsi pandangan terhadap golongan belia. Di Malaysia, kebiasaan had umur belia adalah dari 15 sehingga 40 tahun.  Kini segalanya berubah apabila Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan had umur belia, dari 40 tahun ke 30 tahun sahaja. Berdasarkan laporan akhbar bharian dan awani . Semestinya sebelum had umur baru belia di luluskan oleh Dewan Rakyat, ia terlebih dahulu melalui kajian dan perbincangan oleh pihak yang berkaitan. Perubahan had umur belia ini semestinya memberi pelbagai impak terhadap negara. Terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan pembangunan golongan belia di Malaysia secara langsung dan sebaliknya. Aku pasti wujud pelbagai pandangan berhubung perubahan had umur belia tersebut. Namun kita semua harus bersikap terbuka dan bersedia menerima perubahan. Pada pendapat aku, jika kita ingin transformasi dasar negara kini dan masa depan. Maka transformasi tersebut harus dimulakan dari golongan belia di Malaysia. Mengapa 30 tahun?,