Posts

Showing posts from February, 2019

TEMUJANJI KESIHATAN

S etiap 3 bulan, ma ada appointment pemeriksaan kesihatan  dengan Doktor di Klinik Kesihatan Kerajaan berhampiran dengan kediaman kami. Ma merupakan pengidap penyakit 'kencing manis', oleh itu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan memantau tahap kesihatan pesakit dari semasa ke semasa. Aku harus akui bahawa Malaysia merupakan negara yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat rakyat dalam kategori B40. Pesakit hanya perlu membayar RM1 sahaja untuk mendapatkan rawatan atau kaunsetasi dari doktor kesihatan. Prosedur rawatan yang diguna pakai di Klinik Kesihatan Kerajaan di sini ialah setelah melakukan pendaftaran, pesakit harus menjalani saringan terlebih dahulu dari segi tekanan darah tinggi dan berat badan ketika itu. Kemudian pesakit akan dikategorikan mengikut kawasan kediaman. Ada 2 kategori yang biasa dipraktikan iaitu pesakit dari kawasan A atau kawasan B. Kebiasaan, hari Ahad hingga Selasa merupakan hari bilangan pesakit lebih tinggi berbanding h

AURAT WANITA

Image
Satu isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial, berkaitan seorang artis wanita yang cantik, berdarah kacukan. Sebelum ini, bertrampilan imej bertudung dan secara tiba-tiba berubah sebaliknya, semestinya seorang yang dikenali pasti menimbulkan pelbagai persoalan dalam masyarakat. Itu yang harus dihadapi oleh seorang yang bergelar artis. Selaku manusia normal, kita akan tertanya sendirian, mengapa langkah sebegitu diambil?. Ketika berada dalam kondisi yang cantik dipandang, elok dari sudut agama dan normal manusia, kemudian beralih kepada sifat terdahulu. Bukankah janggal, cahaya yang kelihatan semakin terang kembali suram. Pelbagai pihak dilihat, cuba memberi pendapat dan nasihat, namun dia seperti sudah nekad dengan keputusan yang diambil, apapun alasannya, pada aku, kita harus menghormatinya. Iman seseorang itu, menjadi hak individu kerana dia yang bakal berdepan dengan tuhan di padang masyar kelak, bukan kita bahkan jauh sekali ingin menolongnya nanti. Isu arti

Labor Office

After waiting for a long time for the company to fulfill its promise to pay compensation to us who were laid off within 24 hours. Based on the letter given to us, a guarantee that the company will compensate. Finally we agreed, take a drastic decision to make complaint against the company at the Labor Office, Kota Bharu, Kelantan. We hope that with the action taken, our rights are defended because we have carried out our responsibilities to the company then it is the turn of the company to carry out our responsibilities towards us. It's not just us who make a complaint. On the other hand, almost all the staff of the company involved, throughout Malaysia, were given a notice of termination within 24 hours. Also make an official complaint at the labor office. Previously, our waiting period was so long, we took the approach maybe the company needs time, however when days change days, weeks change weeks and even months change months.  There has been no response from the company. Even