Posts

Showing posts from October, 2022

Pilih Parti atau Calon?

 Rakyat Malaysia bakal memilih dengan Pilihan Raya Umum kali ke-15. Dikatakan PRU akan berlangsung ketika Malaysia berada dalam musim Tengkujuh.  Kebiasaan yang berlaku musim tengkujuh ialah banjir yang kerap terjadi di beberapa buah negeri terutama di kawasan pantai timur Malaysia. Mengundi sambil mengharungi banjir?, mungkin!. Apa pilihan rakyat Malaysia nanti?, bagaimana rakyat Malaysia menilai dan membuat pilihan?. Adakah rakyat Malaysia bakal memilih berdasarkan kepada Parti yang bertanding atau Calon?. Aku secara peribadi memilih dengan melihat siapa yang bakal menjadi calon yang bertanding pada PRU nanti. Walaupun parti yang diwakili merupakan parti yang kuat, namun adakah calon yang dikemukakan sepadan dengan parti yang diwakili?. Itu hanya pendapat peribadi aku semata-mata.  Mungkin rakyat Malaysia juga harus melihat kepada siapa calon bagi kawasan Dun atau Parlimen sebelum hari pengundian. Bukan hanya berdasarkan kepada parti semata-mata.  Jangan mengamalkan konsep mencuba ke

Bantuan Bencana part 2

  Peristiwa dilanda ribut pada 19hb yang lalu masih mendatangkan trauma bagi sesetengah pihak termasuk aku sendiri. Kesan kemusnahan harta benda mangsa yang terbabit adalah berbeza. Ada yang sangat teruk, ada yang terkena tempiasnya sahaja. Menteri K-Kom selaku ahli Parlimen Ketereh telah memberi sedikit sumbangan peribadi buat mangsa yang terlibat. Nilai yang diberikan adalah sama rata.  Cuma dari ucapan yang diberikan oleh beliau sebelum sumbangan diserahkan ialah pihak ahli Parlimen akan usaha mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan bagi sumbangan terhadap mangsa yang mengalami kerugian melebihi nilai RM seribu ringgit. Maka ramailah dikalangan mangsa berangan bakal mendapat sumbangan dari kerajaan persekutuan. Aku sendiri yang mengalami kerugian hampir 2 ribu ringgit turut berangan ada rezeki buat kami sekeluarga. Namun mengenangkan ketika ini, musim PRU ke-15, adakah peruntukan yang dikatakan itu masih ada untuk para mangsa?. Aku sendiri tidak pasti, apa yang aku tahu, ra

Bantuan Bencana

Image
  Kelmarin, aku mewakili ma untuk menghadiri majlis sumbangan kepada mangsa ribut di kawasan Parlimen Ketereh oleh YB Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia, merangkap bekas ahli Parlimen Ketereh. Pada aku, perhatian yang sebegini diharapkan dari seorang pemimpin terutama pemimpin yang aku kenali sejak dari aku di usia kanak-kanak lagi.  Arwah abah merupakan ahli UMNO cawangan Ketereh, sangat menghormati pemimpin tersebut bahkan seandainya ada sesiapa yang mengkritik pemimpin tersebut walaupun aku sendiri, pasti dimarahnya. Semua mangsa ribut berkumpul menanti kehadiran bekas ahli parlimen Ketereh yang sampai lewat dari waktu yang dijanjikan. Bila sebut pemimpin, punctual itu sangat mustahil, aku faham. Waktu ketika itu menunjukan masa menghampiri jam 4 petang, sebentar lagi akan masuk waktu solat asar. Semestinya bukan itu yang dinantikan oleh para mangsa bencana. Akhirnya YB Menteri sampai, beliau beri ucapan ringkas. Paling penting tiada elemen politik yang ketara dimasukan dalam uc

Di landa Ribut

Image
Aku sangkakan petang ini adalah petang yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Rupanya sangkaan aku salah sama sekali.  Ada ujian atau dugaan yang sama sekali tidak dijangka telah terjadi, mungkin kali pertama dalam hidup. Bukan bencana banjir seperti selalu diramalkan tetapi bencana ribut yang kesannya sukar diterima akal.   Tiba-tiba warna langit semakin gelap, menandakan hujan akan turun. Ternyata, bukan hanya hujan yang turun kali ini tetapi turut bersama ialah tiupan angin ribut yang dasyat sehingga menerbangkan apa sahaja yang dalam waktu yang sangat singkat. Aku seperti menonton babak filem aksi hollywood ketika ia berlaku. Ngauman yang sangat dasyat, sehingga ma menitis air mata kerana ketakutan melihat situasi yang terjadi. Allahuakhbar, dugaan yang tidak terduga. Ketika masing-masing dalam keadaan berjimat cermat. Allah SWT datangkan sedikit ujian. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang terjadi.  Sesungguh kita selaku manusia yang penuh kekhilafan harus sedar bahawa segala

Hampir Ke Sabah

  Di bulan-bulan terakhir aku berkhidmat di Putrajaya, setiap tugasan yang diberikan aku selesaikan dengan jayanya. Cuma ada perkara yang membuatkan aku sedikit kecewa, tidak tahu apa salahnya. Program kapal belia merupakan salah satu program yang aku turut terlibat, dalam 40% penglibatan aku dalam program tersebut. Jadual program tersebut ialah kapal akan singgah di beberapa buah negara ASEAN termasuk Malaysia. Pada waktu, mereka memilih sabah sebagai lokasi berlabuh. Persiapan mula dijalankan, aku sekadar membantu dari segi pentadbiran. Pada awalnya Pengarah mencadangkan agar aku turut serta di majlis tersebut di Sabah. Aku tidak pernah ke Sabah sepanjang hidup aku, mungkin ia bagaikana hadiah sempena aku akan ditamatkan perkhidmatan di Kementerian tersebut pada 31 Disember 2015. Aku mula teruja dan happy. Walaubagaimanapun keterujaan aku mula hancur apabila bos kepada bos aku, tidak memberi kebenaran untuk aku turut serta program kapal belia yang berlabuh di Sabah pada saat-saat akh

Minister's Press Conference

  Bila bekerja di sektor awam, perkara yang biasa berlaku ialah menyediakan tempat untuk YB Menteri dan pegawai kanan atasan melakukan sidang media terutama selepas merasmikan atau berlangsungnya program peringkat kebangsaan. Dijadikan kisah,  salah satu pengalaman dan kenangan aku ketika berkhidmat di KBS, membantu team utama menyediakan ruang sidang akhbar. Ketika ada satu program yang berlangsung di sebuah hotel bersebelahan shopping mall di Putrajaya. Team utama request dari pihak hotel untuk room bagi sidang media, tetapi permintaan tersebut tidak dapat ditunaikan. Masing-masing dah cuak kerana andai gagal menyediakan ruang sidang media tersebut, confirm ke smash dengan big-big boss bermula dengan TKP dahulu. Kerusi dan meja ada disediakan cuma ruang yang ada sebelah ruang makan. Ikut logik memang confirm semua kena tukar. Hahahaha. Aku minta maaf jika tersalah claim, cuma seingat aku, menjadi salah seorang yang request dari pihak hotel papan penghadang untuk memisahkan  ruang sid

Kisah Pindah Rumah

  Aku teringat satu kenangan yang cukup manis apabila di ingati kembali ketika masih bergelar mahasiswa dahulu. Aku dan beberapa orang kawan, pernah mengambil upah angkat barang orang yang ingin pindah rumah. Satu hari, aku tengah lepak bilik pok nik (kaunselor di KPTM Pasir Mas). Tiba-tiba mat zul (budak ganu belajar kejuruteraan) masuk dalam bilik tersebut sambil bertanyakan adakah kami berminat mengambil upah angkat barang kerana abangnya ingin pindah rumah. Aku ketika itu, hanya mengikut suara majoriti. Akhirnya kami bersetuju untuk bantu abang mat zul untuk pindah rumah. Hari yang dijanjikan telah tiba, kami menuju ke lokasi yang ditetapkan dan bila sampai ternyata rumah apartment. Kami harus membawa barangan dari tingkat atas turun ke tingkat bawah. Tiada lift disebabkan ia adalah apartment 4/5 tingkat. Barangan yang perlu dipindahkan seperti katil, almari baju dan lain-lain lagi. Sejujurnya aku memang tak larat gila waktu itu, namun mengenangkan upah yang bakal diberikan kepada

AIR KELANTAN PART 5

 Pagi ini, aku bangun awal seperti biasa untuk mempersiapkan diri sebelum waktu Subuh. Kebiasaan pada waktu pagi, air di tangki simpanan ada berbanding waktu siangnya. tetapi kali ini bila aku buka paip air, hanya angin sahaja yang keluar. Demi Allah SWT, aku berasa sangat marah dengan keadaan ini. Aku dan keluarga dalam 2-3 bulan ini, mengambil sikap bersabar bila tekanan bekalan air paip yang disediakan oleh AIR KELANTAN SDN BHD (AKSB)  sangat rendah. Hal ini disebabkan bila malam, tekanan air paip lebih tinggi berbanding waktu siang membuatkan ia masuk dalam tangki simpanan. Tetapi hari ini, langsung tiada, bila buka paip air di luar rumah, bekalan air ada cuma tekanan sangat rendah. Demi Allah SWT, aku sering terfikir. Bagaimana pihak pengurusan AKSB boleh tidur lena ketika isu bekalan air di Kelantan ini masih lagi wujud masalahnya?. Adakah kerana mereka merasakan mereka confirm masuk syurga disebabkan mereka berkhidmat di bawah kerajaan pimpinan parti PAS?. Timbalan Menteri Besa

Visit PMO

 There is another story about me in Putrajaya. When I was doing my daily tasks at level 11. My officer suddenly asked me to accompany him to a location that was very rare for other civil servants to go to. It is the Prime Minister's Office to meet with the Secretary. I didn't ask anything at first, then when I arrived, I started to feel awkward. "What are we doing here, boss?", I asked my officer. "we will send important things to the prime minister's office" , replied the official. I feel like my boss is making a horror joke. But I still follow him from behind. The car we got in was parked outside the Prime Minister's Office area. We entered the first door, it was my first and probably last experience entering the Prime Minister's office . Maybe no one believes the story that I entered the office of the Prime Minister of Malaysia . We have to go through a strict inspection process at several checkpoints. We are scanned every inch of our bodies