Posts

Showing posts from March, 2020

KEDEGILAN KETIKA PKP

Bagi generasi baru, Perintah Kawalan Pergerakan merupakan perkara baru bagi mereka, walaupun negara pernah di isytihar darurat dalam catatan sejarah namun generasi yang pernah merasainya telah ramai meninggal dunia. Oleh itu, tidak pelik jika ada segelintir generasi baru yang bersikap degil ketika Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan, sedangkan segala maklumat berkaitan PKP telah diberitahu oleh pihak kerajaan. Hakikatnya bukan hanya generasi baru bersikap degil, golongan warga emas ada juga sifat degilnya, alasan mereka hanyalah bosan berada di kawasan rumah padahal kawasan rumah mereka telah wujud kes penduduk yang positif COVid19. Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang ketika ini menunjukan wujudnya pertambahan pesakit baru yang positif COVid19. Kota Bharu itu sendiri kini berada dalam senarai daerah zon merah dengan jumlah pesakit yang agak besar berbanding dengan daerah lain. Parlimen Ketereh yang merupakan kawasan kediaman aku ketika ini, jika ikut geogr

SESI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN ATAS TALIAN

SESI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN SECARA ONLINE BAGI TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID19 MALAYSIA 2020 Di antara tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan ketika melaksanakan perintah kawalan pergerakan ialah melanjutkan tempoh cuti persekolahan yang telah bermula dari 14 March 2020. Semestinya apabila keadaan sebegini berlaku, sedikit sebanyak ia menjejaskan sesi pembelajaran & pengajaran di sekolah bagi tahun ini. Selain cuti persekolahan dilanjutkan, pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan berkaitan turut diarahkan tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Kakitangan awam atau swasta diminta bekerja dari rumah. Para pelajar sebenarnya boleh turut sama belajar dari rumah melalui sistem pembelajaran online. Ketika ini, aku difahamkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan sistem pembelajaran online yang berbeza berbanding dengan sebelumnya. Mengapa aku menyentuh soal pembelajaran secara alam maya kali ini?, hal ini kerana pada t

PKP BERSAMBUNG

  Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 31 March 2020 telah dilanjutkan ke tarikh baru iaitu 14 April 2020. Sejujurnya, aku telah menjangkakan pengumuman tersebut akan dibuat. Hal ini kerana aku melihat kepada keadaan graf bilangan pesakit COVid19 yang tidak stabil. Sekejap meningkat, sekejap menurun, sukar untuk menduga bagaimana polanya. Aku bukan pakar dalam bidang kesihatan, aku hanya penganggur yang menjaga ibu yang kian dimamah usia, namun itu tidak bermakna aku tidak tahu menganalisa keadaan semasa. Kita sedia maklum bahawa PKP kini memasuki hari ke-8, seharusnya graf yang diperolehi menunjukan pola garisan lurus. Aku amat pasti pihak kerajaan melalui KKM berusaha sedaya upaya untuk memastikan penularan COVid19 dapat dihentikan sepenuhnya sebagaimana yang terjadi di Wuhan, China. Maka sudut manakah pihak KKM terlepas pandang?. Walaupun kerajaan melaporkan melalui PDRM bahawa peratusan rak

HARI KE-6 PELAKSANAAN PKP DI MALAYSIA

AHLI PARLIMEN & DEWAN UNDANGAN NEGERI DI MINTA MEMBANTU RAKYAT MISKIN KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN  Hari ini merupakan hari ke-6, pelaksanaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) bagi rakyat Malaysia, kita sediakan maklum bahawa tarikh akhir PKP adalah 31 March 2020. Sepanjang PKP dikuatkuasakan, banyak isu atau polemik timbul yang menjadi bahan pendebatan di antara rakyat Malaysia termasuk ahli politik dari side pembangkang. Di antara isu yang timbul ialah bagaimana nasib rakyat Malaysia yang tiada pendapatan tetap seperti nelayan, petani, tukang rumah & pelbagai lagi.  Cousin aku sendiri, kini hilang pendapatan apabila kedua-dua majikannya tutup kedai atas arahan PKP. Kemanakah golongan tiada pendapatan tetap ini harus meminta bantuan?. Pada pendapat peribadi aku, ketika situasi negara dalam keadaan yang kritikal seperti sekarang. Ahli Parlimen dan DUN harus menjalankan peranan yang sepatutnya iaitu menyediakan bantuan kepada keluarga yang hilang punca

PKP / MCO BAGI TAHUN 2020

Sememangnya tahun 2020 bakal menjadi tahun yang sangat mencabar buat rakyat Malaysia khususnya & dunia amnya. Baru sahaja kita dijamukan dengan polemik politik tanahair dengan peralihan kuasa dari Pakatan Harapan kepada Permuafakatan Nasional. Polemik yang memberi kesan pada ekonomi negara secara tidak langsung. Kini rakyat Malaysia diuji dengan serangan penyakit pandemik corona virus yang dipercayai berasal dari daerah Wuhan, negara China. Ketika Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan, rakyat telah menyuarakan rasa kebimbangan mereka kepada pemimpin apabila kerajaan melaksanakan polisi pelancong dari China tidak dikenakan visa. Namun luahan seolah-olah tidak diendahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika itu. Aku melihatkan ada pihak yang amat yakin bahawa mereka mampu mengawal penularan wabak terbabit sehingga tidak menerima sebarang pandangan dari orang awam seperti aku. Kini, status jumlah pesakit telah melebihi 500 orang, belum ada sebarang kematian dila

Menteri Federal Dari Ketereh

Image
  Minggu ini, topik yang pasti hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia adalah berkenaan senarai jemaah menteri yang baru dilantik dalam mengemudi Pentadbiran baru Negara di Putrajaya.  Ramai berpendapat bahawa saiz Kabinet kali ini agak besar ketika situasi politik masih samar-samar dengan ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Di antara yang menarik perhatian aku ialah perlantikan dua Menteri yang berasal dari daerah yang sama iaitu Ketereh.  Suatu keadaan yang jarang sekali berlaku sepanjang pengetahuan dalam soal pentadbiran negara dari dahulu sehingga sekarang.  Pada PRU yang lalu, kedua-dua Menteri terbabit merupakan pihak lawan yang bertanding merebut kerusi Parlimen Ketereh. YB Dr. Mohd Radzi Jidin seorang lecture di Universiti luar negara kini mewakili Parti Bersatu di Bahagian Ketereh, di lantik menjawat jawatan sebagai Menteri Kanan Pelajaran Malaysia yang baru. Beliau merupakan calon yang tertewas pada PRU yang lalu bagi kerusi parlimen Ketereh. YB Tan Sri Datuk Seri

KABINET MENTERI

JEMAAH PERMUAFAKATAN NASIONAL  Akhirnya setiap persoalan yang bermain di minda rakyat kini terjawab apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 telah mengumumkan senarai penuh Jemaah Menteri yang bakal membantu Perdana Menteri dalam mentadbir negara bagi tempoh 38 bulan sebelum PRU ke-15. Paling menarik bagi Jemaah Menteri pada kali ini ialah ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya diwujudkan 4 Menteri Kanan yang berperanan membantu Perdana Menteri secara dekat dalam urusan pentadbiran termasuk mempengerusikan mesyuarat kabinet. Pada pemerhatian peribadi aku sendiri, saiz Jemaah Menteri kali ini agak besar kerana diwujudkan 2 jawatan Timbalan Menteri bagi beberapa buah Kementerian. Perlantikan Menteri yang bukan dari kalangan ahli Parlimen, di antaranya ialah Menteri Kewangan yang mana sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di salah sebuah bank yang terkemuka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam urusan Agama pula merupakan bekas Mufti Wilayah Per

Victims of Crime

As human beings, we are only able to plan something and only Allah SWT determines everything, including what happens to us. As Muslims should always accept with a calm heart on every thing that happens whether it is good or otherwise. Yesterday, it turned out that it was not a normal Saturday as before because this Saturday, one of the immediate family members had an unexpected accident. It all started when her aunt and youngest child left for KL in the morning. Her 3rd child with her husband and son plans to return to Pahang, at night. After not returning home to meet his mother -in -law in Pahang for a long time. In the evening, his sister-in-law and his family were suddenly in Kelantan. Therefore. they are understood to be planning to return in a convoy to Pahang. That night, before leaving for Pahang, they stopped to eat in Tunjung, opposite the Kelantan State Education Department. After finishing their meal, they returned to the vehicle. Then just as they realized that they had be

Communication In English

My family comes from Kelantan, from the suburbs. Therefore, when talked about the language, the main language of our family conversation must be the Kelantan accent. It is very difficult for us to use another language in daily conversation, if anyone tried to use a language other than Kelantan dialect. It must be taunted by people around, a mentality that has long existed in community. It is a lie if I say never try to use a second language in everyday conversation. I used to take special classes in communication skills in English, just did not sit for the test because the cost was quite high for us at that time. While sitting for the Malaysian University English Test or MUET, I was among the students who managed to reach the band level 3 out of 5 levels compared to other friends. When I continued my studies in Kuala Lumpur, I began to be exposed to the use of English as the language of communication. Especially when the majority of my classmates are from other races, they are better a

Konflik Tanah Atuk

Topik yang ingin dikongsikan pada kali ini berkaitan dengan tanah pusaka, ia merujuk harta yang ditinggalkan oleh ibubapa kepada anak-anak yang masih hidup. Kebiasaan tanah pusaka ini  sering mewujudkan konflik keluarga, namun ramai lupa bahawa ia turut menimbulkan konflik dalam masyarakat. Aku pernah hadiri perbicaraan soal tanah pusaka di pejabat tanah daerah, pegawai berkenaan menyarankan kami berbincang terlebih dahulu di luar kamar bicara sebelum masuk untuk memaklumkan keputusan yang dicapai. Tanah bukan isu kecil, adik-beradik boleh bergaduh rebutkan tanah walaupun hanya sekangkang kera. Itu yang dikatakan sering berlaku di pejabat tanah daerah, masing-masing mendakwa mempunyai hak ke atas tanah pusaka. Tiada siapa tidak ingin memiliki tanah walaupun tidak seluas mana, selagi ada geran yang tertulis nama sendiri di atasnya. Itulah kehendak semua orang yang waras akalnya. Adakah sama dengan hati nurani?. Ibubapa aku merupakan anak dari keluarga yang susah terutama ma berbanding a