Posts

Showing posts from February, 2023

Menu Rahmah

  Ketika kos bahan mentah makanan semakin meningkat harganya diperingkat GLOCAL . Rakyat Malaysia tiba-tiba diperkenalkan dengan set makanan yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan terutama bagi rakyat Malaysia dalam kelompok B40, Ia adalah set   Menu Rahmah . Difahamkan bahawa set menu ini merupakan satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) . Apa yang menarik berkenaan dengan Menu Rahmah ialah harga yang ditawarkan pada satu set hanya RM5.00 sahaja . Jika dilihat pada jenis makanan yang ditawarkan, pasti ada yang tertanya. Berbaloikah pengusaha atau penjual menjual Menu Rahmah dengan harga RM5.00? . Pada pendapat aku, jika melihat kepada sudut keuntungan yang besar, mungkin tidak. Jika ada bertanya, apakah tujuan pihak KPDN dengan kerjasama pengusaha-pengusaha premis makanan menawarkan Menu Rahmah .  Ia hanya salah satu usaha membantu rakyat Malaysia dalam kategori B40, satu usaha yang aku sangat sokong. Ia berdasarkan pengalaman aku ket

Garbage

The word garbage refers to waste material that is not wanted by humans after undergoing a process. Garbage is a man-made product and is often dumped in the wrong place and with the wrong disposal method in my opinion.. I was interested in writing an article about Garbage because from childhood to adulthood, I felt that the local residents of my residential area did not manage domestic Garbage properly.. I live in the suburbs of Kota Bharu. Never a single day, I see my living area clean without G arbage . Especially when the night market, and the visitors who come to the night market, have an attitude of throwing garbage everywhere, then it causes pollute the scenery of the local environment. I often hear and see about the condition of a country or state whose environment is clean of garbage .  Countries that are usually synonymous with cleanliness such as Singapore and Japan. While the cleanest state is Melaka. I have never been to Singapore or Japan, but I have been to the state of

Bantuan Banjir

  Setelah sekian lama menanti. Akhirnya, mangsa-mangsa banjir pada akhir tahun 2022, bakal tersenyum gembira kerana  menerima bantuan bencana banjir yang dijanjikan oleh pihak kerajaan persekutuan sebanyak RM1000 pada minggu ini. Difahamkan, keutamaan bantuan bencana banjir adalah kepada mereka yang mendaftar dan menginap di PPS yang berdekatan. Semestinya wang bantuan yang bakal diperolehi bakal meringankan beban keluarga yang terlibat.  Sejujurnya aku dan keluarga tidak mengharapkan apa-apa cuma sebelum ini, TAPI pihak penghulu kawasan kami yang menyediakan borang permohonan kepada mangsa banjir yang tidak mendaftar di PPS . Oleh itu, tidak salah jika aku dan keluarga menyimpan sedikit harapan terpilih untuk menerima bantuan bencana banjir sebanyak RM1000 nanti. Namun hakikatnya, bagai sudah dijangka. Aku dan keluarga tidak terpilih, sedangkan hampir kesemua jiran aku bakal menerima bantuan bencana banjir . Hanya Allah SWT Maha mengetahui segalanya, aku sedikit rasa kecewa kerana