Posts

Showing posts from September, 2020

When start skip class

Last Friday prayers, usually before the Imam reads the Sermon, a few things will be informed and it relates to the local community. It's just that I'm not pleased with the time taken, the Imam's style of speech is so sloppy that I feel more like a waste of time. One of the announcements that caught my attention was related to a statement from the high school to the parents of the students, the school asked the students to attend the School as usual. I find it strange because of the habit of parents who appeal to the school to allow their children to go to school, but this time the situation has been reversed. What caused the school to issue such a statement ?, most likely due to the number of students attending the school is very low at this time so that it forces the school to take such action. To me if a student fails to attend without a reason then firm action should be taken as per the school rules have been set. I could not accept, if the above reason for failure to at

SABAH MEMILIH

ADAKAH PRU KE-15 SEMAKIN HAMPIR SELEPAS PRN SABAH? Akhirnya saat dinantikan telah tiba, dengan kemenangan berpihak kepada Gabungan Rakyat Sabah dengan memenangi 38 kerusi dari 73 yang dipertandingkan pada PRN Sabah pada kali ini. Secara rasmi GRS membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Persoalan yang bermain di minda rakyat Malaysia ketika ini ialah siapa yang bakal mengetuai barisan kabinet negeri Sabah. Adakah Perikatan Nasional yang diketuai oleh BERSATU atau BN?, harus ingat bahawa kemenangan majoriti mudah merupakan kemenangan yang agak longgar tambahan pula hubungan PN dan BN agak rapuh ketika ini. Aku lebih tertarik pada ucapan Perdana Menteri ketika berkempen di Sabah, seringkali terungkap bahawa jika PN menang dengan besar, maka PRU akan dipercepatkan dari tarikh yang sepatutnya. Maka adakah benar PRU semakin hampir?. Dengan kenyataan Presiden PKR sebelum ini yang mendakwa mendapat sokongan kuat dari ahli Parlimen Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri yang baru. Hal

Me, Time and Death

Everything we do, must have something to do with time. However, so many people waste their time on useless things. In Islam, it emphasizes on time, so every Muslim is always reminded of time by remembering 5 things before 5 things come. My daily routine at this time, in the early morning is to prepare breakfast for mom. Tea and cakes, just today, the stall where I used to buy cakes closed, I had to find another stall. After looking in several stalls that I know, there is one that sells cakes that are suitable for mothers to eat, only the location is a bit far from usual. Riding a motorcycle, I slowly moved down the sidewalk. As soon as I finished buying the food I wanted, I left for home. Here, every morning the number of vehicles that are on the roads is higher as they head to work. So traffic jams often occur including accidents. When I reached the bend area, there was an unexpected incident involving 2 cars. Although the accident did not cause death but it really shocked me because

Apa Itu LGBT ?

LGBT  ialah singkatan yang merujuk Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Di Malaysia ketika ini, kelompok ini dilihat semakin berani memperjuangkan hak mereka secara terang-terangan sebagaimana yang berlaku di negara-negara lain. Aktivis LGBT dilihat sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menuntut hak mereka di negara ini, paling menyedihkan rata-rata kelompok LGBT ini merupakan penganut Agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Mengapa keadaan ini terjadi?. Malah ketika aku di Universiti, dikatakan telah wujud gerakan untuk memperkenalkan kelompok ini kepada masyarakat secara perlahan demi perlahan terutama dikalangan pelajar itu sendiri namun tiada bukti yang sahih merujuk kepada apa yang diperkatakan. Malaysia merupakan sebuah negara Islam, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan ini sangat jelas bahawa fahaman LGBT sangat tidak dapat diterima di negara ini walaupun para pendokong terus memperjuangkan hak mereka. Walaupun semakin banyak negara memberi pengiktirafan kepada

SEBELUM DAJAL

  BETAPA MUDAH TERPESONG AKIDAH Bicara kali ini, aku ingin menyentuh berkenaan dengan pemahaman atau kelemahan minda dan jiwa segelintir Umat Islam ketika ini walaupun mengetahui hakikat dan hakiki kehidupan berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Sebagai Umat Islam, aku amat yakin bahawa dikalangan kita semua telah mengetahui tentang kehadiran seorang makhluk yang bakal membawa sengsara kepada manusia atau Umat Islam, ia adalah Dajal yang telah dicerita dalam Al-Quran dan Hadis. Aku berpendapat bahawa ramai yang ingin mengetahui bilakah Dajal itu akan keluar atau menunjukkan dirinya. Ramai yang takut akan fitnah yang bakal dibawa oleh Dajal. Itu bukan pokok penulisan kali ini. Pelbagai Ulamak atau Ustaz atau ahli Agama berceritakan tentang kedasyatan Dajal yang mampu memesongkan Akidah Umat Islam pada ketika itu, namun pada pandangan aku, tidak perlu membayangkan apa yang bakal terjadi apabila dajal keluar kerana ia telah terjadi ketika ini atau sejak dahulu lagi. Di Malaysia sahaja, pelbagai

SEBUAH TRAGEDI PILU

  PERCUTIAN BERAKHIR DENGAN KEMATIAN Sesungguhnya dugaan hadir tanpa di minta, firasat seorang ayah menanti kepulangan anaknya berakhir dengan sebuah tragedi mengundang duka tiada penghujungnya. Anak yang dikasihi pergi selamanya. Hari ini, boleh dikatakan semua platform berita melaporkan berita berkenaan tragedi yang menimpa 4 orang sahabat yang pulang bercuti di Pulau Pinang. Mangsa dikatakan berhenti berehat di salah sebuah stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan pulang. Punca kejadian ialah keracunan Karbon Monoksida akibat dipercayai kebocoran ekzos kenderaan yang digunakan oleh 4 orang sahabat terbabit. Melalui laporan berita, mangsa dikatakan melalui rakaman CCTV, singgah  membeli makanan di stesen minyak terbabit pada pukul 8.30 malam. Berdasarkan laporan akhbar bharian . Bapa salah seorang mangsa, cuba mencari mangsa dan rakan-rakan setelah masih belum pulang walaupun waktu menunjukan 11.00 malam. Dalam pencarian itu, bapa tersebut menemui mereka dalam keadaan seperti yang

Kisah Anak Perempuan

Penulisan kali ini, aku rasa ingin menyentuh berkenaan Anak Perempuan , dari segi cabaran atau dugaan yang ibubapa tempuhi dalam membesarkan seorang anak perempuan . Setiap ibubapa pasti inginkan anak, kehadiran seorang anak sahaja sudah cukup mengembirakan. Cuma memastikan seorang anak yang dimiliki membesar dengan sempurna bukan mudah. Bukan ingin bersikap pilih kasih di antara anak lelaki dan perempuan. Cuma wujud perbezaan di antara anak lelaki dan perempuan bagi sesebuah keluarga. Bentuk kasih sayang di antara anak lelaki dan perempuan kadangkala sangat jelas berbeza. Bagi Anak lelaki , nakal itu normal, semakin meningkat usia semakin nakal. Ia sedikit berbeza bila menyentuh perihal anak perempuan , bahkan cabaran atau dugaan dalam membesarkan dan mendidik  anak perempuan lebih mencabar. Ketika anak berada di rumah, ibubapa boleh mengawal tingkah laku anak-anak mereka tetapi tidak ketika anak-anak berada luar rumah. Anak-anak berasa bebas tanpa kawalan apabila berada di luar ru

PARTI IDEOLOGI

Aku bukan seorang pengkaji sejarah politik Malaysia, hanya sekadar pemerhati sejak dari kecil lagi. Arwah abah merupakan ahli Parti S46 kemudian UMNO yang sangat fanatik. Shingga aku terikut sama. Aku tertarik bila mengenangkan kisah pergerakan Parti di Tanah Melayu begitu panjang untuk diceritakan. Walaupun semakin ramai melupakan faktor utama mengapa pemimpin terdahulu menubuhkan parti. Setiap parti-parti yang ditubuhkan semestinya mempunyai ideologi atau agenda tersendiri. Pada aku melalui penubuhan parti politik mampu menyatukan sesebuah bangsa atau komuniti.  Cuma sedikit menimbulkan kekesalan di hati ini, melihat parti berteraskan orang Melayu semakin banyak ditubuhkan tanpa aku mengetahui atau memahami kepentingan sebenar di atas penubuhan sesebuah parti. Sejarah telah mencatatkan bahawa Parti yang pertama ditubuhkan berteraskan orang Melayu adalah Parti UMNO pada 11 Mei 1946 di Johor Bharu. Kemudian barulah tertubuhnya Parti Islam Malaysia iaitu PAS pada tahun 1951 di Pulau Pin

Penagihan Dadah

Penagihan dadah merupakan satu penyakit yang pada aku sangat susah untuk disembuhkan dalam masyarakat Melayu terutamanya dan Malaysia secara umumnya.  Aktiviti penagihan dilihat seolah-olah sebuah warisan yang tiada penghujungnya, setiap tahun jika kita melihat fakta berkaitan penagihan dadah, pasti kita temui senarai nama penagih kian bertambah walaupun telah ramai yang meninggal dunia akibatnya. Jika kita melihat catatan sejarah tentang bagaimana kewujudan aktiviti penagihan dadah di tanah melayu, aktiviti ini wujud sekian lama bermula dengan kemasukan kaum Cina dari tanah besar yang dibawa oleh penjajah British pada awal abad ke-19. Ketika itu, hampir 100% cina tanah besar yang dibawa masuk ke tanah melayu merupakan penagih candu, aktiviti tersebut pula dibenarkan oleh penjajah British.  Lama-kelamaan ia menjadi cancer dalam masyarakat walaupun selepas perang dunia ke-2, aktiviti penagihan candu mula diharamkan sehingga membawa kepada kewujudan Akta Dadah Berbahaya tahun 1952 .  Pa

PANDEMIK KEMBALI MENULAR

  KES BARU MULA TERCATAT Pandemik Covid19 kelihatan seperti kembali menular di Malaysia apabila laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan jumlah kes baru pada 11 September 2020 yang di catatkan ialah 181 kes tempatan dan 1 kes import. Dari 181 kes tempatan yang dicatat, 91 kes melibatkan bukan warganegara manakala 90 kes melibatkan warga negara, bagi pecahan kes merujuk negeri pula 14 kes di kesan di Kedah manakala 167 kes di catat di Sabah. Sekiranya kita melihat pecahan kes tersebut, ada pendapat mengatakan ia masih terkawal kerana hanya melibatkan 3 Kluster sahaja iaitu Kluster Benteng LD, Kluster Sungai dan Kluster Telaga. Pada pandangan aku pula, perkara yang harus diperhatikan bagaimana tercetusnya kewujudan sesebuah Kluster yang dinyatakan, sebagai contoh bagi Kluster Sungai, penularan bermula hanya dari seorang pesakit sahaja iaitu kes 9455, seorang wanita berusia 39 tahun yang mana jumlah kes terkumpul hanya dari kes 9455 sebanyak 51 kes. Manakala bagi Klust

PRN SABAH: BERI LALUAN

NILAI PERIKATAN ATAU PERMUAFAKATAN Sabah memilih, apabila terbubar sahaja Dewan Undangan Negeri Sabah, bermulalah proses yang seharusnya dalam menentukan siapa bakal mentadbir negeri Sabah di bawah bayu bagi tempoh yang baru untuk di masa hadapan. Aku melihat perkembangan semasa terutama dari sudut pihak yang bakal bertanding, seolah-olah wujud 3 blok utama iaitu blok Parti Warisan yang dibantu oleh PH, blok Pakatan Nasional yang diketuai oleh parti BERSATU dan Barisan Nasional. Bagi blok PN dan BN, mungkin pada pendapat aku, merupakan kerjasama pertama di antara dua blok tersebut, dari 73 kerusi yang bakal dipertandingkan, difahamkan semua pihak bersetuju secara dasarnya walaupun wujud pertindihan. Cuma ada sedikit situasi yang mengecewakan iaitu ketiadaan kerusi buat parti PAS yang menjadi ahli dalam PN dan MN. Mengapa keadaan sebegini terjadi?, aku bukan ingin menegak benang yang basah, sekadar pemerhati memberi pandangan kerana semua mengetahui bahawa PAS merupakan sebuah parti yan

Program Ganti PLKN

Image
Kita sedia maklum bahawa Malaysia, merupakan di antara negara yang tidak melaksanakan program tentera kerahan seperti yang dilaksanakan di Korea Selatan atau Singapura. Namun bagi mewujudkan asas kepada kelompok muda terutama lepasan SPM, Program Khidmat Latihan Negara diperkenalkan. Cuma pengisiannya sedikit berbeza berdasarkan pengalaman saudara terdekat aku yang pernah menjalani kursus PLKN. Setelah program tersebut dihentikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan, kini dikatakan program PLKN bakal dilaksanakan kembali setelah pentadbiran baru dilantik di Putrajaya. Oleh itu, aku secara peribadi merasakan program PLKN harus diganti dengan program yang baru atau dikemaskini dengan merujuk kepada impak jangka panjang bagi setiap pelatih setelah menamatkan tempoh latihan yang ditetapkan. Aku mencadangkan agar pihak kerajaan ketika ini, melaksanakan latihan seperti PLKN tetapi di bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Cadangan berasaskan kepada kesan jangka masa panjang buat negara dan

Cadangan Tax Tambahan

Semenjak seluruh dunia terpaksa berdepan dengan Pandemik Covid19, keadaan ekonomi semasa dikatakan hampir lumpuh akibat polisi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan hampir seluruh negara dalam membendung penularan Covid19. Walaupun pergerakan terbatas, itu bukan bermakna rakyat Malaysia khususnya tidak dapat membeli barangan yang diinginkan. Walaupun shopping mall dikatakan lengang tiada pengunjung sejak PKP.  Pelbagai platform pembelian dalam talian diwujudkan, menawarkan pelbagai produk dengan  penghantaran percuma ke seluruh negara.   Berdasarkan laporan hmetro , malaysiakini . Pihak kerajaan dalam perancangan untuk mengenakan tax terhadap pembelian atas talian. Kadar tax yang dicadangkan ialah di antara 20 sen hingga 40 sen bagi setiap transaksi. Tujuan polisi ini bakal diperkenalkan adalah bagi mengumpul dana tabung bantuan buat rakyat dalam kategori B40.  Sejujurnya aku pelik mengapa cadangan sebegini yang dibuat sedangkan ia bukan sesuatu yang kena pada waktunya. Menur

Kisah 24 jam

Alhamdulillah, telinga ini menangkap bunyi alarm dari telefon tangan membuatkan diri ini terus terjaga dari tidur yang panjang, ia menandakan bahawa bermulalah hari baru buat aku. Setiap hari, aku hanya melakukan rutin yang sama. Belum ada sebarang perancangan untuk hari ini, begitu juga kisah hari kelmarin, berlalu pergi tanpa melakukan yang berfaedah. Bicara orang bijak pandai, kelmarin adalah sejarah, hari ini merupakan kenyataan dan hari esok adalah sebuah perancangan masa depan.  Jika gagal kelmarin, hari ini masih boleh diperbetulkan, jika masih gagal jangan risau kerana esok masih ada. Aku boleh dikatakan seorang yang suka merancang kehidupan yang singkat ini, walaubagaimanapun tidak semua perancangan pasti berjalan mengikut apa yang di impikan.  Namun salah siapa jika hari bersilih ganti tetapi aku masih sama tidak berubah, mungkin kerana malas untuk berubah atau terlampau selesa dengan apa yang dimiliki buat sementara waktu. Aku juga suka mencatat sejarah hari ini yang menjadi

Sesi Bersama Kaunselor

  Fakulti Pendidikan merupakan fakulti yang bersebelahan dengan fakulti sastera dan sains sosial. Kebanyakan pelajar fakulti pendidikan merupakan  pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman Za'ba, satu kolej kediaman dengan aku.  Bahkan roommate aku iaitu Madi merupakan pelajar fakulti pendidikan dalam bidang kaunseling.  Melalui Madi, aku mula faham serba sedikit berkaitan dengan bidang pengajian kaunseling. Selain Madi, aku juga kenal pok nik, senior dari Kelantan, merupakan pelajar kaunseling sama seperti Madi.  Aku faham bahawa para pelajar bidang pengajian kaunseling bakal menjadi kaunselor apabila tamat pengajian nanti. Tempoh pengajian mereka selama 4 tahun, lebih panjang berbanding tempoh pengajian aku yang hanya memakan masa 3 tahun sahaja.   Sebagai bakal kaunselor, setiap dari mereka harus menjalani latihan sesi kaunseling bersama orang-ramai melalui sesi face to face . Mereka yang terlibat dengan sesi kaunseling bersama bakal kaunselor ini, dipanggil client . Aku pernah men

Masalah Bekalan Air

Minggu ini, topik utama  yang diperbincangkan atau diperbahaskan adalah berkenaan sekali lagi penduduk negeri Selangor mengalami gangguan bekalan air.  Punca utama berlaku masalah sebegini ialah pencemaran sungai yang menjadi sumber bagi Loji Rawatan Air di Selangor. Masalah gangguan bekalan air pada aku merupakan masalah glocal, ia pasti terjadi di mana sahaja, bukan hanya di Selangor semata-mata, bahkan di Kelantan sendiri, sering terjadi dan semestinya ia membebankan pengguna. Apabila berlakunya gangguan bekalan air, 2 perkara pasti terjadi iaitu pertama keluasan kawasan yang terkesan dengan masalah tersebut, merujuk gangguan terkini di Selangor, sebanyak 7 kawasan atau daerah terlibat, hal ini kerana pencemaran yang terjadi melibat 4 Loji Rawatan Air. Perkara kedua yang pasti berlaku ialah tempoh gangguan terbabit berlaku, merujuk kes yang sama, gangguan bekalan dikatakan bermula pada hari Khamis iaitu 4 September 2020 dan dijangkakan selesai sepenuhnya pada  Ahad bersamaan 6 Septe

Lapar seorang pelajar

Kejadian yang sering terjadi apabila bergelar seorang pelajar adalah sentiasa berasa lapar. Terutama waktu petang atau malam, bagi mereka yang tinggal di asrama yang mempunyai dewan makan, masalah tersebut tidak akan timbul kecuali jenis memilih makanan. Walaupun kolej ke-3,4 dan ke-7 merupakan kolej kediaman yang mempunyai dewan makan. Setiap kolej mempunyai kafe yang dibuka pada waktu petang hingga malam untuk  para pelajar di luar dan dalam kolej kediaman terbabit. Pada suatu hari, aku daftar masuk kolej kediaman lebih awal dari biasa. Tiba di kolej kediaman pada waktu magrib, keadaan aku ketika itu sangat lapar dan penat. Dewan makan telah lama tutup, perut meraung minta makanan. Kafe depan kolej tutup, begitu juga kafe kolej kediaman ke-3 dan ke-4. Aku harus ke mana?, nak berjalan kaki ke kolej ke-12, aku rasa kuat kerana kelaparan terus menekan perut. Sambil ditemani oleh beberapa orang rakan baik aku, kami menuju ke kolej kediaman ke-10 yang terletak di atas bukit. Bersebelahan

MEMBOIKOT

 FAHAMAN POLITIK BERBEZA Aku amat percaya bahawa seluruh rakyat Malaysia mengetahui topik politik merupakan topik paling digemari untuk diperbahaskan terutama ketika berada di warung sambil minum air pada waktu pagi atau petang. Aku turut percaya bahawa semua pihak mengetahui bahawa ketika ini kita telah memasuki tahun 2020, tahun yang sepatutnya segala apa yang terkandung dalam konsep  Wawasan 2020 tercapai sepenuhnya kerana pemimpin yang memperkenalkan Dasar Wawasan 2020 telah menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 x. Namun apabila aku mendengar kisah, memboikot gerai atau stall makanan yang sering dikunjungi secara tiba-tiba atas alasan berbeza ideologi politik, ia sangat menyedihkan kerana pada aku, soal berbeza ideologi politik sehingga menjadi punca untuk memboikot merupakan tindakan kurang matang. Perkara sebegini yang menjadikan hasrat ahli parlimen Muar menubuhkan sebuah Parti khusus buat orang muda, menarik minat ramai pihak dan semestinya kelompok pemimpin muda negara yang aku p