Posts

Showing posts from August, 2022

Krisis Ekonomi 2023

  Dunia di jangka bakal menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun 2023. Krisis yang tidak dapat dielakan, berkemungkinan melibatkan banyak negara. Bagaimana Malaysia?, adakah terkesan atau sebaliknya?. Berdasarkan beberapa artikel seperti utusan , awani  atau dnews . Krisis ekonomi pasti akan berlaku cuma tahap kesan yang bakal dihadapi oleh negara yang terbabit tidak dapat dijelaskan. Berdasarkan artikel berikut bharian , Malaysia merupakan negara yang pasti terkesan dengan krisis ekonomi dunia pada tahun 2023. Pada pemahaman aku, pembolehubah yang digunakan dalam menentukan tahap krisis ekonomi negara ialah nilai kadar inflasi atau OPR negara. Aku bukan seorang ahli ekonomi. Cuma ingin meluahkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin politik yang tidak pernah penat berebut kuasa. Rakyat Malaysia ketika ini, baru sahaja ingin memulakan perjalanan hidup baru setelah mengharungi tempoh pandemik yang begitu sukar. 2 tahun dikenakan PKP, ada dibuang kerja, perniagaan terpaksa ditutup. Bil

The 15th General Election

 Many people think that Malaysia is getting closer to the 15th General Election. All parties are seen starting to organize strategies to ensure that the General Election is won by them.  In Peninsular Malaysia, I saw 4 components that were formed in the face of the General Election this time.  The components mentioned are the Barisan Nasional (BN) , Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) and Gerakan Tanah Air (GTA) . Are the components of this formed party capable of winning the votes of the Malaysian people?. Currently, the Prime Minister is under pressure to dissolve the Dewan Rakyat and hold a General Election immediately. I am strange because it is not the components of the opposition party that are urging the Prime Minister to hold a General Election in the near future but the Party represented by the Prime Minister himself. Very strange in my opinion. In this general election, Malaysians who are 18 years old and above are automatically eligible to vote. I think that these

Konflik Harta & Keluarga

  Harta atau keluarga merupakan 2 perkara yang berbeza tapi mempunyai kaitan di antaranya. Sering berlaku konflik yang melibatkan ahli keluarga disebabkan oleh harta. Sesuatu yang memalukan apabila ia berlaku dalam masyarakat kita ketika ini. Aku tertarik satu artikel  kosmo , berkaitan dengan konflik harta pusaka yang melibatkan adik-beradik sehinggakan berlaku pembunuhan. Aku percaya kejadian perebutan harta di antara keluarga sering berlaku. Kebiasaan, konflik berlaku apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka yang dibuat. Walaupun pembahagian dilakukan mengikut saluran dan peraturan yang sepatutnya. Ada yang sanggup hilang saudara demi memastikan diri mendapatkan harta. Ia sangat mendukacitakan, aku masih ingat perkongsian kisah pegawai di pejabat tanah yang menguruskan urusan tanah pusaka. Kebiasaan, sebelum memulakan perbicaraan di pejabat tanah, waris yang berkaitan terlebih dahulu berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama berhubung pembahagian har

Setia Seorang Isteri

  Aku percaya kita sering mendengar kisah atau laporan berkenaan konflik rumah tangga. Hampir kebanyakannya berkaitan dengan penderaan. Namun paling menyedihkan pada aku, bila si suami terbabit dengan aktiviti tidak bermoral seperti penagihan dadah atau judi. Kebanyakan suami yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini, tiada pendapatan tetap. Aku tertarik untuk menulis tentang konflik keluarga sebegini kerana ia terjadi dalam masyarakat sekeliling aku. Kelompok masyarakat sekeliling aku, hampir menjadi sesuatu yang normal melihat suami terlibat dengan kes dadah atau judi seterusnya menjadi kaki pukul terhadap isteri dan anak-anak. Walaupun didera, hampir semua si isteri yang menjadi mangsa tetap setia terhadap suami mereka. Sanggup setia terhadap suami yang masyarakat mengetahui terlibat dengan aktiviti tidak bermoral. Mengapa?, adakah kerana sayang?. Aku masih tidak faham melihat konflik yang berlaku di depan mata. Adakah kesetiaan itu mampu mengubah suami sepenuhnya?. Malah ada

Malam di Universiti

 Walaupun hampir 20 tahun aku meninggalkan Universiti, masih ada kenangan yang aku ingat sampai sekarang. Terutama suasana Universiti pada waktu malam. Suasana malam di luar kampus amat berbeza dengan suasana dalam kampus. Kebiasaan bila malam, aktiviti warga Universiti hanya dapat dilihat di kawasan kolej Kediaman.  Pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman boleh dibahagikan kepada 2 jenis, pertama ialah jenis suka terlibat aktiviti yang melibatkan kolej kediaman manakala satu jenis lagi yang suka buat hal sendiri. Aku merupakan penghuni yang jenis sertai program anjuran Kolej Kediaman. Setiap malam, ada sahaja mesyuarat anjuran ahli jawatankuasa pelajar kolej kediaman dengan para penghuni. Kadangkala sehingga larut malam. Disebabkan penglibatan yang terlalu kerap sehinggakan aku hilang tumpuan dalam penulisan tesis. Waktu malam, jika orang luar datang, pasti dapat melihat para pelajar duduk berpasangan.  Bagi bangsa cina atau india, ramai dikalangan mereka berpasangan ketika ulangkaji p

Berjaya Temuduga JKOM

 Aku pernah kongsikan sebelum ini tentang pengalaman aku menghadiri temuduga melalui atas talian bagi jawatan Pegawai Penerangan di Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM). Alhamdulillah, aku berjaya dalam temuduga tersebut. Aku bakal melaporkan diri ke ibu pejabat JKOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Sejujurnya aku teruja bila mengetahui aku harus melaporkan diri ke Putrajaya. Aku terlebih dahulu harus menjalani pemeriksaan kesihatan. Tentang kediaman pula, ikhwan bersetuju untuk tumpangkan aku sehingga berjaya dapatkan bilik untuk di sewa. Maklumlah perkara yang agak sukar di Putrajaya ini adalah mencari tempat tinggal. Aku sedar tentang satu perkara iaitu aku masih belum pasti, siapa bakal menjaga ibu bila aku memulakan tugas nanti. Cousins aku yang sebelum ini menjaga ibu ketika aku bertugas di Putrajaya sekitar tahun 2012 sehingga 2015 telah meningkat dewasa. Si kakak telah berkahwin manakala si adik telah melanjutkan pelajaran di institut bawah KKM. Aku cuba bertanya kepada ib

Kos Meninggal Dunia Naik

 Ketika ini, kita mengeluh tentang berlaku kenaikan harga pada hampir semua barangan. Bukan hanya barang keperluan asas semata-mata. Nilai wang juga terasa seperti semakin menurun. Namun ada satu perkara turut mengalami kenaikan iaitu kos bagi pengebumian jenazah. Mengapa aku ingin menyentuh perkara berkaitan kenaikan kos pengebumian jenazah terutama bagi orang Islam. Ia disebabkan aku takut, kelak ada waris yang tidak mampu untuk menyempurnakan pengebumian saudara-mara yang meninggal dunia. Aku cuba memetik beberapa buah artikel yang berkaitan dengan kenaikan kos pengebumian. Di antaranya KOSMO , SOSCILI . Berdasarkan artikel tersebut, apa yang aku faham. Kos bagi urusan pengebumian kini mencecah ribuan ringgit. Walaupun menurut Islam, menguruskan saudara seagama yang meninggal dunia itu merupakan Fardu Kifayah tapi masih memerlukan wang bagi kelancaran segala urusan bermula dari mandikan jenazah sehingga selesai di kebumikan di tanah perkuburan. Salah seorang bapa saudara aku, mening

My Rent Story

 The story of me renting a house or room started when I was kicked out by the University Residential College during the university semester break. Fortunately, my ex-roommate allowed me to stay in his rented house for a while. Coincidentally, the ex-roommate worked part-time during the semester break with other university friends. For the duration of my stay, I only slept with a sheet of cloth and my suitcase as a pillow. Coincidentally, the ex-roommate housemates returned home during the semester break. So my friend's rental house is not too crowded. Even though I only sat for a month. I still pay rent. Living in KL must be expensive, as is the cost of paying monthly rent. Because of that, in order to save on the monthly rental house payment, a house is inhabited by almost 10 students. Even during semester break. Rent still has to be paid. Then, I rented in the Subang Bestari area. Around 2007. At that time, I was doing an internship at one of the GLCs in Subang. Almost a year of

Rutin Harian Aku

Aku kongsikan rutin harian dalam menjaga ma sepanjang hari. 4.15 pg : - Aku bangun awal untuk membantu ma bangun dari katil. 7.30 pg : -  Sediakan sarapan untuk ma, biasa teh o                       dan sedikit kuih. Waktu yang sama aku                        akan rebus bali bagi rawat penyakit                       buah pinggang ma . 10.00pg : - Cari makanan untuk makan tengahari.                        Biasa beli dan kadangkala masak dan                        Kadangkala mak saudara bagi. 12.00 tgh : - Teman ma makan tengahari,                           aku kena temankan kerana ma mudah                          tersedak  waktu makan. 2.00 ptg : - Kemas katil ma - sembur dettol 5.00 ptg : - Buang sampah dan cari makanan untuk                        minum petang ma. 11.00 mlm /  12.00 mlm : - Bantu ma naik atas katil                             untuk ma tidur serta                              tutup lampu bilik dan                             ruang tamu. 12.30 pg : - Baru aku tidur set

Keluhan Rakyat Kecil

  Hari demi hari, semakin terasa apa yang berlaku ketika ini. Peningkatan kos terhadap barangan keperluan, menyebabkan semakin ramai yang mula berbelanja dengan berhemat. Di Pekan Ketereh ini, majoriti penduduknya orang Melayu, majoriti penduduknya dalam kelompok pendapatan B40. Aktiviti utama di Pekan ini semestinya perniagaan. Ada penduduknya yang berniaga kecil-kecilan seperti menjual kuih atau nasi siap bungkus seperti nasi lemak. Kuantiti kuih atau nasi siap di bungkus tidak sebanyak mana. Jika jualan habis dijual, hasil jualan sekitar RM20 - RM50 sehari. Jika sehari tidak menjual kuih atau nasi siap bungkus, maka tiada pendapatan untuk hari tersebut. Tiada sumber pendapatan lain pula. Sejak kebelakangan ini, ramai peniaga kecil kuih dan nasi siap bungkus mula mengeluh. Hasil jualan mereka semakin kurang. Setiap hari banyak kuih yang tidak terjual, sama seperti nasi siap bungkus. Kebiasaan kuih atau nasi siap bungkus di hantar ke warung atau gerai kuih seawal 8 pagi setiap hari. D

Suami Penagih Dadah

Aku tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan keadaan yang berlaku dalam masyarakat ketika ini. Dari kecil sehingga dewasa, aku membesar di daerah yang sama dengan isu atau masalah sosial yang sama.  Aku bukan ingin memalukan sesiapa atau daerah sendiri, cuma berkongsi rasa apa yang berlaku disekeliling. Kata orang, lain padang lain belalang. Diharapkan apa yang elok dijadikan panduan, buruk dijadikan sempadan. Masalah sosial yang aku maksudkan ialah penagihan dadah. Adakah ia kritikal?, mungkin. Aku tidak tahu bagaimana untuk menentukan adakah masalah penagihan dadah di daerah aku, kritikal atau tidak.  Di Malaysia semestinya masalah penagihan dadah merupakan masalah yang tidak pernah selesai. Walaupun pelbagai usaha dijalankan, ada sahaja rakyat Malaysia yang terlibat dengan penagihan dadah. Bahkan ada ibubapa yang dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan masalah itu jika ia berlaku pada anak-anak mereka. Bahkan ada yang mula terlibat dengan penagihan dadah dari bangku sekolah lagi. Cu

Sayang & Tanggungjawab

  Semestinya setiap pasangan yang berkahwin, sayang pada pasangan masing-masing. Cuma kasih sayang yang wujud, sebolehnya tidak menyebabkan bebanan pada orang lain. Aku merujuk kebanyakan pasangan muda yang berkahwin. Kematangan atau kesediaan mereka dalam meniti kehidupan sebagai pasangan suami-isteri jelas berbeza dengan pasangan dahulu. Suami atau isteri seharusnya telah mengetahui tanggungjawab masing-masing apabila selamat dinikahkan. Perkahwinan itu, bukan hanya ibadah atau sebagai tanda cinta di antara pasangan tetapi merupakan tanda kesediaan suami atau isteri untuk memikul tanggungjawab. Pada aku, sebab itu wujud satu tempoh dipanggil pertunangan. Tempoh untuk setiap pasangan yang bakal berkahwin, membincangkan tentang peranan masing-masing apabila berkahwin nanti. Terutama tanggungjawab pada ahli keluarga pasangan masing-masing.  Jika wujud perasaan terbeban dengan tanggungjawab yang ada dalam sebuah perkahwinan, pada aku. Baik bakal suami atau isteri harus memikirkan segalan