Posts

Showing posts from January, 2021

My desires?

January 2021 is about to end, various stories and events have been recorded. So, I really hope February is better than January. The fact of human nature at this time is no longer able to withstand the effects of the pandemic that is plaguing the world today. The interesting thing in my opinion at this point that can be shared is with regard to human nature especially about the desires or needs of all of us. In my view, everyone may have similar desires but definitely have different needs. Does that make us normal human beings? This year, I have turned 38, too many of my desires as a normal human being have not been achieved. While many out there my age, have managed to enjoy their desires in this life. It's a lie if I don't feel sad about my life journey, but I realize that I must learn to sincerely accept the destiny that has been set because I know and understand that this life is not based on desire alone but also involves our needs as normal human beings. If talking about d

DOA TERMAKBUL

  Sejak PKP di laksanakan di seluruh Malaysia, aku agak jarang untuk keluar rumah, sekiranya tiada keperluan yang mendesak. Tambahan pula kawasan Ketereh turut menjadi kawasan yang terkait dengan penularan dalam komuniti. Setiap hari, ada sahaja kes penularan yang dilaporkan berlaku namun reaksi masyarakat setempat, aku lihat bagaikan tiada apa-apa yang perlu di awasi. Kelmarin, ada kisah yang aku dengari dari mulut ahli keluarga yang berada di lokasi kejadian. Lokasi yang menjadi tumpuan para warga tidak bertanggungjawab telah menerima tetamu yang tidak diundang iaitu pihak Polis yang menjalankan tugas atas nama tanggungjawab pada negara. Situasi digambarkan penuh saspen apabila semua individu yang leka bermain apa yang ditaksubkan selama ini, tiba-tiba melarikan diri dengan penuh ketakutan, warga emas yang telah mempunyai cucu di rumah tiba-tiba melarikan diri kerana kehadiran pihak berkuasa, sangat memalukan pada keluarga. Nasib baik, pihak berkuasa di mengejar, jika tidak aku perca

SIKAP & SOP

  Apabila bertiup khabar angin bahawa kerajaan bakal melaksanakan PKP 3.0 dengan peraturan lebih ketat, semua mula menyuarakan rasa kebimbangan terhadap kesan yang bakal dihadapi jika benar-benar dilaksanakan ketika tempoh PKP 2.0 semakin hampir ke penghujungnya. Pada aku, isu utama bukan pada pelaksanaan PKP tetapi isu kepatuhan atau kerjasama yang diberikan oleh orang-ramai dalam memastikan rantaian penularan jangkitan dapat dihentikan sepenuhnya. Masih wujud, segelintir yang sukar mematuhi peraturan atau SOP yang disarankan oleh pihak berkuasa. Setiap tindakan seolah-olah pandemik ini merupakan perkara yang tidak serius sama sekali. Sikap sebegini mampu menjadi punca pandemik ini terus berada di dalam masyarakat, adakah kita semua lupa bahawa tahun ini merupakan tahun ke-2, kita hidup dalam situasi pandemik. Ada sahaja kes kematian yang dicatatkan disebabkan pandemik ini. Tahu punca dan kesan, namun masih ramai yang bersikap tidak serius terutama berkaitan perkara asas iaitu mematuh

MASALAH KETIKA SESI PDPR

Di antara perkara menarik perhatian aku apabila bercakap tentang perkara terjadi di awal tahun 2021 ialah pelaksanaan PDPR bagi permulaan sesi persekolahan tahun ini. Setelah semua persiapan telah dilaksanakan sebelumnya seperti membeli pakaian atau keperluan sekolah. Kos penyediaan keperluan sekolah seorang anak bukan murah, bagi seorang anak mungkin memerlukan kos sekitar RM100-RM300, bayangkan jika 2-3 orang anak yang bersekolah?. Tidak mustahil kos mencecah lebih dari seribu ringgit. Ibubapa pula disebabkan PKP sebelumnya diberhentikan kerja, sumber pendapatan sedikit tergugat namun keperluan pendidikan harus diutamakan. Dalam kelompok family aku ketika ini, ada beberapa yang masih bersekolah, melihat proses PDPR yang dilaluinya jelas menunjukan wujud kelompangan namun ia tidak mampu di atasi cuma dihadapi agar para pelajar itu dapat meneruskan pembelajaran. Anak kepada salah seorang sepupu, tidak menghadapi sebarang dalam penyediaan peranti atau kemudahan internet. Tapi mempunyai

SESI PERSEKOLAHAN ATAS TALIAN

Sesi persekolahan melalui pembelajaran online telah berjalan bagi tahun 2021. Walaupun baru 3 hari menjalani proses pembelajaran terbabit, sudah banyak permasalahan atau isu yang ditimbulkan dari pihak Sekolah atau ibubapa. Pada aku, ia adalah situasi yang telah dijangka berdasarkan tinjauan yang pernah di buat pada tahun 2018. Sesi pembelajaran dari rumah merupakan perkara yang harus kita terima  dan biasakan pada waktu pandemik ini, pada pendapat aku, Malaysia telah lama mempersiapkan para pelajar dan sistem dalam mengharungi sistem pembelajaran dalam talian cuma banyak kelemahan yang tidak di atasi sebaik mungkin. Sampai bilakah para pelajar harus menjalani sistem pembelajaran dari rumah?, mungkin tiada siapa mampu menjawab persoalan terbabit termasuk pihak Kementerian, pandemik ketika ini seolah-ola tiada penghujungnya walaupun beberapa buah negara berjaya menghasilkan vaksin namun keberkesanan masih diragui. Pada aku, ada kebaikan dan kelemahan apabila bercakap tentang soal pembel

Berniaga Hingga 10 malam

Image
  Bermula 22 Januari 2021, para peniaga kedai makan atau restoran di benarkan beroperasi sehingga 10.00 malam berbanding sebelum ini, hanya dibenarkan beroperasi sehingga 8.00 malam sahaja. Semestinya ia menggembirakan rakyat Malaysia terutama di kawasan atau negeri yang dikenakan PKP. Timbul pula suara untuk kerajaan membenarkan sektor lain beroperasi seperti yang diberikan kepada peniaga kedai makan dan restoran.  Pada pendapat aku, wujud banyak impak pemulihan ekonomi dengan memberi kebenaran untuk peniaga kedai makan dan restoran, bukan semata-mata untuk memenuhi permintaan rakyat yang kita sedia maklum hanya waktu malam, bilangan pelanggan lebih ramai berbanding waktu siang. Mungkin di atas kertas kita hanya melihat 2-3 pihak sahaja yang terlibat iaitu pelanggan, peniaga dan penghantar makanan. Namun hakikatnya banyak pihak mendapat impak positif dari segi pemulihan ekonomi, merujuk pembekal bahan mentah kepada kedai makan dan restoran. Bekalan bahan mentah yang berkaitan dengan k

Isu Pembalakan

  Tahun 2021 dimulakan dengan pelbagai cabaran dan dugaan buat rakyat Malaysia termasuk dugaan banjir di beberapa buah negeri. Bukan hanya kehilangan harta benda tetapi turut melibatkan kehilangan nyawa. Sukar untuk digambarkan perasaan mangsa yang berdepan dengan situasti tersebut. Apabila bercakap bencan banjir, pasti kita akan terfikir tentang punca terjadinya banjir, pada aku walaupun ia merupakan bencana alam namun kita selaku manusia masih harus berusaha untuk mengatasi terjadi bencana terbabit, sebagai contoh berusaha membaiki saliran air longkang  di kawasan yang sering terjejas oleh bencana banjir. Di antara kemungkinan menjadi punca terjadinya banjir di Malaysia adalah kegiatan pembalakan yang menjadi salah satu sumber kewangan yang lumayan buat mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut.  Nilai kayu dari pokok balak yang ditebang sangat tinggi kerana permintaan pasaran dari dalam dan luar negara, mungkin disebabkan itu terjadi pembalakan luar kawalan. Beberapa portal onli

KESAN PKP 2.0 TAHUN 2021

Image
Aku percaya bahawa umum mengetahui bahawa sebelum pelaksanaan PKP 2.0, Malaysia berada dilandasan pemulihan ekonomi, kesan PKP terdahulu sangat mendalam dan memeritkan terutama apabila ramai kehilangan pekerjaan termasuk dalam sektor penerbangan yang umum mengetahui pendapatan seorang juruterbang sangat lumayan. Namun terpaksa diberhentikan kerana pelaksanaan PKP. Kini, kita berdepan sekali lagi pada hari ke-13 bulan Januari tahun 2021. Tanpa menunggu lama, ada rakyat Malaysia yang baru ingin menarik nafas lega kini terpaksa bangkit buat kali ke-2. Pasti kita akan bertanya siapakah yang bersalah sehingga berlaku PKP 2.0?. Pada aku, masing-masing mempunyai salah tersendiri, rakyat ada salahnya pemimpin ada salahnya. Paling penting ketika ini, pada aku ialah bagaimana untuk kita mengharungi gelombang baru penularan?. Setiap hari ada sahaja kes kematian akibat pandemik dicatatkan. Bilangan dijangkiti lebih tinggi dari bilangan pesakit yang sembuh. Ada sudut lain yang ingin aku kupas berh

Kahwin PKP 2.0

Sesungguhnya kita sering di ajar bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga apabila kerajaan memilih melaksanakan PKP/PKPB/PKPP bermula 13 sehingga 26 Januari 2021. Mempunyai hikmah yang tersendiri buat kita, di antara yang tular di sosial media atau berita arus perdana ialah Perkahwinan Ekpress atau mengejut. Berikut beberapa laporan portal online berkaitan dengan perkahwinan mengejut yang di adakan seluruh Malaysia, kebanyakan terjadi sehari sebelum PKP berlangsung. Di antaranya  mstar.com , hmetro ,  freemalaysiatoday , dan ohmymedia . Tanpa sebarang persiapan perkahwinan yang biasa dilakukan termasuk membawa dulang hantaran, setiap pasangan yang terbabit akhirnya selamat menjadi pasangan suami-isteri, alhamdulillah perkara yang sunnah telah dipermudahkan walaupun pada adatnya mungkin banyak kekuranganya. Alhamdulillah, keluarga ke dua belah pihak pula tiada sebarang halangan untuk membenarkan anak masing-masing berkahwin walaupun dengan suasana cukup sederhana

PKP Di Kelantan

Image
Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang pada awalnya diletakkan dalam kategori negeri berstatus PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula 13 Januari lalu kini berubah kepada status Perintah Kawalan Pergerakan sepenuhnya (PKP) bermula 16 sehingga 26 Januari 2021. Ada segelintir yang meluahkan rasa kesal dengan perubahan itu tetapi pada pendapat aku, ia sememangnya telah dijangkakan dari awal lagi apabila melihat data-data jumlah pesakit yang positif di Kelantan terus meningkat melebihi 50 kes setiap hari. Sekiranya tiada tindakan drastik di ambil maka keadaan mungkin bertambah teruk. Pada pendapat aku berdasarkan pemerhatian, 2 perkara yang mempengaruhi penularan pandemik di Kelantan ketika ini. Pertama aktiviti rentas daerah dan negeri yang tinggi, sangat mempengaruhi penularan di negeri Kelantan. Aku berpendapat aktiviti rentas melibatkan anak-anak Kelantan yang tinggal di kawasan Zon Merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur. Rentas kerana rindu pada keluarga di

MCO 2.0: DUA MINGGU PERTAMA

Image
  Maka bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sehingga 26 Januari 2020. Seluruh rakyat Malaysia mengambil maklum bahawa pada kali ini, kerajaan membahagikan Perintah Kawalan kepada 3 kumpulan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Negeri Kelantan diletakkan dalam kumpulan PKPB bersama beberapa buah negeri lain termasuk Pahang dan Terengganu. Walaupun SJR kembali diadakan oleh PDRM dan dibantu oleh anggota Tentera dan RELA. Aku melihat secara umum, rakyat Malaysia memang mula alpa atau lupa dalam pematuhan SOP yang sebelum ini dipatuhi dengan sebaiknya. Secara peribadi, aku berharap agar tempoh 14 hari yang ditetapkan mampu mengubah keadaan atau situasi penularan pandemik di Malaysia ketika ini. Namun andai ia makin ditakuk lama atau kian meningkat semestinya waktu pelaksanaan PKP akan dilanjutkan lebih lama. Mengikut laporan berita, kemungkinan lanjutan tambahan 2 minggu berikutnya. Pad

Political State

The year 2021 has just entered its 10th day, but various issues have occurred including the trials and tribulations that Malaysians must face. Most unfortunate is the ongoing political conflict, a continuation of what happened in the previous year. The fact is that people are getting fed up with the behavior of politicians at the moment. Currently, Malaysians in the east coast are facing severe flood disasters. Not only involves the loss of property but also the loss of life. According to common sense logic, at this time the leaders should play the appropriate role, especially to provide assistance to the people who are in difficult circumstances. Instead of busy talking about power and politics. At the same time, people also face the risk of transmission of the pandemic. Every day, the number of Malaysians who are positive to be on the 4 digit value ladder. In fact, it seems to have no end, the effect of the permission of the district and state degrading activities before. Really ?, t

Bila Pelabur Angkat Kaki

Ada sesuatu menarik perhatian aku secara peribadi, ia berkaitan dengan pelaburan asing yang memilih negara jiran sebagai pilihan menanam modal. Situasi itu semestinya menimbulkan persoalan, mengapa Malaysia tidak menjadi pilihan syarikat gergasi pelaburan asing terbabit?. Berdasarkan penulisan Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui sharian , 3 buah syarikat gergasi dunia iaitu Tesla, Google dan Amazon telah memilih Indonesia sebagai negara pilihan untuk menanam modal jangka panjang.  Dengan nilai pelaburan yang sangat besar, mampu membantu pertubuhan ekonomi negara jiran dengan lebih kuat dan maju. Paling terkini, syarikat Hyundai bakal menutup operasinya di Malaysia dan memindahkannya ke Indonesia, ia berdasarkan beberapa laporan portal online seperti milosuam  dan  mhdaily .  Keadaan ini sangat mengejutkan dan menyedihkan kerana ia akan menyebabkan pelbagai kesan terhadap negara terutama kesan kehilangan pekerjaan. Mengapa keadaan ini terjadi?, adakah disebabkan kemelut politik dalam negara

Malaysia Dalam Seminggu

Image
Baru seminggu berada di tahun baru, pelbagai isu kita selaku rakyat harus mengharungi. Di antaranya pandemik semakin menular, politik kembali berkecamuk dan bencana banjir yang meragut nyawa dan harta benda, bahkan agak teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sejujurnya aku takut untuk bayangkan apa yang bakal terjadi sepanjang tahun 2021. Adakah lebih teruk berbanding tahun sebelumnya atau sebaliknya?. Sesungguhnya walaupun sehebat mana kita merancang atau azam, Allah SWT Maha menentukan segalanya. Kes positif semakin meningkat dengan kadar pematuhan SOP semakin berkurang. Walaupun kerajaan jenuh memikirkan bagaimana untuk mengawal dan mendidik, tetapi wujud sikap degil dalam jiwa dan akhirnya orang tua yang menderita kerana membawa pula virus kota pulang ke desa. Dimana salahnya?, pada awal-awal lagi aku tegaskan bahawa langkah kerajaan membenarkan aktiviti  rentas daerah dan negeri pasti mengundang bencana dan ramalan aku benar belaka.  Bagi 6 Januari 2021, sebanyak 2593 kes positi

Next Steps Ketereh MP

I feel that the whole of Malaysia has know that the Secretary General of BARISAN NASIONAL has been fired from his position in the Party. Then he as the Minister of Federal Territories held a Press Conference which revealed several matters related to sensitive issues within his party. In my opinion, Internal Conflicts if not resolved properly, are extremely dangerous for any political party in this world. If we follow the political history of the country which involves various political parties. Internal party conflicts are always going on. The result is almost the same, the establishment of new parties as a result of internal conflicts such as Parti Semangat 46, Parti Keadilan Nasional, Amanah, PPBM and PEJUANG. The question that plays in my mind now. What is the next step that will be taken by the Ketereh Member of Parliament ?. I believe everyone who always follows the politics of the country wants to know what strategy will be used by the Ketereh MP. I believe that whatever steps wi

KONFLIK POLITIK MALAYSIA TAHUN 2021 BERMULA

Image
  MN ATAU PN Ketika ini, kita mengetahui bahawa di Dewan Rakyat wujud beberapa blok yang diwakili oleh ahli Parlimen bagi PRU Ke-14. Kerajaan ketika ini, ditadbir oleh 3 Parti Utama iaitu PPBM, PAS dan BN (diketuai oleh UMNO). Berdasarkan pemahaman aku, sebelum runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya. UMNO telah melakukan kerjasama bersama PAS dengan membentuk Muafakat Nasional (MN), hasil dari kerjasama tersebut dapat dilihat pada kemenangan demi kemenangan yang diperolehi pada setiap PRK yang diadakan sepanjang PH mentadbir negara. Kemudian apabila parti BERSATU keluar dari Pakatan Harapan, ia membentuk satu lagi komponen baru dengan kerjasama beberapa parti termasuk PAS. Komponen ini dipanggil Perikatan Nasional yang telah didaftarkan secara rasminya. Pada pemahaman aku berdasarkan pemerhatian, sentiasa wujud isu atau polemik di antara MN dan PN, ia sentiasa panas bagaikan akan terus berterusan sehingga PRU dilaksanakan. Mungkin keadaan ini wujud kerana asas penubuhan kompon

Updated Di Kelantan

Hari ini, Kelantan telah mencatatkan angka yang agak besar pada pandangan peribadi aku. Keadaan ini, sejujurnya sangat membimbangkan kerana tidak menampakan pola penurunan bilangan pesakit yang positif. Berdasarkan infografik jelas menunjukan situasi terkini di negeri Kelantan. Jelas menunjukan bahawa hanya daerah Jeli sahaja berstatus hijau manakala daerah berstatus kuning atau jingga. Paling terkesan semestinya Kota Bharu yang telah mencatatkan jumlah kes total sebanyak 272 kes dan dijangkakan nilai tersebut akan terus meningkat. Difahamkan ada 12 kluster yang aktif wujud di Negeri Kelantan seperti yang ditunjukan oleh gambar rajah.  Dengan kluster Halban terus menunjukan peningkatan dan kini telah mencatatkan jumlah kes sebanyak 141, sesuatu yang tidak membanggakan. Banyak kisah yang aku dengar asas terjadinya kluster halban. Indeks bagi kluster halban ialah Kes 98731 yang merupakan pesakit berusia 65 tahun, perempuan dan tidak bergejala. Kluster Halban terjadi di kawasan Madrasah D

DRAMA POLITIK BERMULA PADA HARI KE-5

Image
  AHLI PARLIMEN KETEREH BUKAN LAGI SUA BN Hari ini, perkara lain yang menarik perhatian para pemerhati politik tanahair ialah pemecatan ahli Parlimen Ketereh sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional. Adakah ini menjadi penanda bahawa bakal berlaku episod baru politik negara ketika situasi yang masih tidak menentu?. Walaupun pemecatan ini melibatkan konflik dalaman parti. Namun selaku parti yang pernah mentadbir negara, setiap perubahan yang berlaku pasti menarik perhatian pemerhati yang terdiri dari para pelabur, pembangkang dan orang awam itu sendiri. Laporan berkenaan pemecatan ahli Parlimen Ketereh boleh disemak di awani , mkini dan bharian . Pada pendapat peribadi aku, sememangnya setiap tindak-tanduk ahli Parlimen Ketereh sejak kebelakangan ini, menimbulkan rasa kurang selesa dikalangan ahli parti itu sendiri terutama suara kelompok pemuda yang aku lihat sering menegur ahli Parlimen Ketereh berdasarkan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan. Selain itu, ada yang menarik pada

TAHUN 2021, UJIAN BERMULA

Tahun 2021 baru sahaja memasuki hari ke-5, masih dalam mood sambutan tahun baru. Namun kita selaku manusia, pasti di uji tanpa mengira waktu dan di mana. Ketika ini, di beberapa buah negeri atau daerah sedang di uji dengan dugaan yang sangat berat. Ia semestinya merujuk bencana banjir yang sangat luar biasa pada kali ini. Walaupun pada ingatan aku, dugaan yang sama pernah terjadi pada beberapa tahun yang lalu. Semestinya ia sangat menyedihkan apabila ujian yang sama kembali. Berdasarkan laporan di tv dan media sosial, bencana banjir kali ini turut meragut nyawa, di antara kes yang sangat menyentuh hati aku ialah bencana di Johor yang mana, difahamkan mangsa hanyut di bawa arus air bersama kenderaannya. Ujian bencana alam ini turut menguji dari sudut kewangan, kenderaan yang tidak dapat diselamatkan, selepas ini harus dibaiki manakala rumah yang ditenggelami air, harus dibersihkan, manakala peralatan elektrik pasti ada yang tidak dapat digunakan lagi sedangkan bayaran ansuran belum dilu