Posts

Showing posts from October, 2020

Baca Al-Quran

Menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam mempelajari dan mendalami kitab suci Al-Quran . Alhamdulillah, ibubapa aku sentiasa menekankan soal membaca Al-Quran , paling penting aku atau abang harus khatam Al-Quran , paling minimun sekali seumur hidup. Guru pertama yang mengajar aku dan abang membaca atau mengenal huruf ialah ibu kami sendiri.  Setiap malam aku dan abang harus belajar dan membaiki bacaan kami di hadapan ibu, kebiasaan di antara waktu selesai solat Magrib sehingga masuk waktu Isyak. Bagi memastikan bacaan aku dan abang semakin baik, abah menghantar kami mengaji Al-Quran di rumah guru mengaji yang memang waktu tertentu diperuntukan untuk anak-anak sekitar kawasan rumah. Guru mengaji pertama selain ibu, merupakan pasangan suami-isteri. Aku tiada sebarang masalah, cuma sikap guru yang garang menyebabkan aku sering ponteng mengaji. Pada satu hari, kami kantoi iaitu abah tahu bahawa aku tidak pergi mengaji pada hari itu. Hal itu menyebabkan abah sangat marah kerana aku sanggup

BUDGET 2021

  DEMI RAKYAT ATAU DEMI KUASA Ketika ini, aku percaya bahawa semua pihak termasuk rakyat Malaysia, menantikan hari berlangsung Persidangan Dewan Rakyat yang dijangka bermula pada 2 November 2020. Pada persidangan kali ini, dijangkakan banyak drama menarik yang bakal disajikan, di antaranya ialah usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia dan Perbentangan Budget bagi tahun 2021 yang dijangkakan pada 6 November 2020. Pada aku secara peribadi, kita akan menyaksikan adakah ahli Parlimen yang telah dipilih para PRU ke-14 yang lalu, sanggup berkorban dengan rakyat atau kuasa?. Secara logik akal yang waras, sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan tindakan yang menjejaskan budget 2021 terutama dari sudut kelulusan Dewan Rakyat. Impak yang harus ditanggung sangat sukar untuk digambarkan terutama ketika negara sedang bertarung mengharungi gelombang baru penularan Pandemik Covid19. Ketika ini, aku melihat ke dua belah pihak seperti cuba berdamai seketika bagi

National Economic Recovery

  I believe that the whole world is deeply affected by the pandemic that is now taking thousands of lives. Not only that, it is also affected in terms of the economic sector until more and more people lose their jobs. Many giant companies have had to lay off their staff in order to reduce management costs. In fact there are companies that fail to operate entirely as to comply with the directive by the Movement Control Order implemented by the government. Because of that, I strongly believe that it is time for the existing industry players to change to the agricultural industry. This recommendation was made because the agricultural industry, is an industry that is always in demand even if the country is in a state of movement control order. Most countries that were previously in the process of economic recovery, are once again affected by the new wave of pandemic transmission.  The agricultural industry is an industry that I believe will always be in demand no matter what the world situ

Do you know your boss?

This time, I want to share my experience with a human called BOS. I believe each of us has ever worked with a man who called BOS. A person who constantly monitor our work regardless of the sectors where we are. If we are subordinate staff, more and more individuals with BOS titles that we should call and various levels. At this point, I started learning about politics at work. Whoever is good at taking care of the boss will definitely be promoted even if the job performance is not satisfactory. In fact, people who are truly brilliant will be marginalized due to not being good at taking care of the boss. The boss is the earliest I know when doing an internship at one of the leading GLC, but not a lot of things that I learned because the assignment was not challenging, just make a copy of the paper, sent a letter to the other side and file level. In my view, it is more to do as an office boy. Before I end the internship, had been exposed to how to manage the interview process for candida

KPI AKU

Setiap makhluk yang bernama manusia, pasti mempunyai matlamat dalam apa jua yang dilakukan, tidak kira adakah ia melibatkan perkara kecil atau sebaliknya. Kita lahir ke dunia ini, bukan untuk membuang masa begitu sahaja kerana kita mempunyai tempoh. Apabila ada permulaan iaitu kelahiran, pasti ada pengakhiran iaitu kematian. Aku seorang manusia, semestinya mempunyai matlamat dalam kehidupan ini namun sejujurnya aku masih kabur soal itu. Sejak dari kecil aku hanya mengikut apa yang ditetapkan oleh kedua ibubapa aku sehingga berjaya menamatkan pelajaran di Universiti. Selepas itu, pelbagai persoalan mula bermain di minda, aku mula berfikir soal hala tuju ketika itu. Aku akui agak terlewat untuk menetapkan matlamat setelah tamat pengajian di Universiti, sedangkan orang lain sejak di bangku sekolah lagi telah tahu apa yang diinginkan dan berusaha mencapai keinginan tersebut. Sesungguhnya ia amat menyedihkan diri ini. Aku tahu bahawa Allah SWT Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

WORK FROM HOME

Image
CMCO Once again, Malaysians must work from home for areas or districts or states involved with the Conditional Movement Control Order which is currently continuing until 9 November 2020. Working from home is one of the steps taken by the authorities in an effort to control the spread of the pandemic covid19 seen an increasing number of patients showed a pattern of positive. It involves almost all civil servants and some staff from the private sector, based on a directive issued by the top management or the employer. The fact is that some say that working from home has its own expectations, especially from those who already have a family. There is an unattended disturbance when doing work from home, especially when children who are exempted from attending school to avoid the spread of Pandemic. There is a polemic related to working from home, to me, it is common at this time because for the year 2020, there will definitely be an unexpected situation referring to various things including

Gaji Pembantu Warung

Salah seorang cousin aku, bekerja di kedai makan yang berdekatan dengan upah sebanyak RM30 sehari dengan sarapan dan makan tengahari adalah percuma. Majikannya merupakan pengusaha kedai makan nasi kerabu di antara yang tersohor di kawasan Ketereh ini. Dari RM30 sehari akan dinaikan kepada RM50 sehari apabila semakin lama bekerja, itu yang menarik untuk aku kongsikan kerana nilai RM50 sehari dengan sarapan serta lunch disediakan merupakan kadar upah yang sangat lumayan. Waktu bekerja pula hanya dari 8.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja, tugas cousin aku pula hanya kutip gelas atau pinggan di atas meja seterus lap sehingga bersih. Nilai upah besar, tugasan sangat mudah berbanding ketika aku bekerja di Putrajaya. Ketika aku berkerja sebagai Pekerja Sambilan Harian di Putrajaya, upah yang aku terima hanya RM70 sehari, sarapan atau lunch sendiri, waktu bekerja pula dari 8.00 malam sehingga 5.30 malam. Tugasan pula hampir sama dengan tugasan yang dilakukan oleh kakitangan yang tetap. Ketik

ANAK DIBANDINGKAN

Semua orang mengetahui bahawa tanggungjawab setiap ibubapa sangat besar dalam memastikan anak-anak mereka berjaya dalam apa jua perkara yang berkaitan terutama dalam soal pelajaran. Ibubapa mana yang ingin melihat anak-anak gagal dalam kehidupan. Namun ada waktunya, ibubapa sering bersikap negatif dengan suka membandingkan anak-anak mereka dengan orang lain, hakikat sebenarnya sikap sebegitu bukan membantu anak-anak terus maju kehadapan tetapi berkemungkinan besar mendorong anak-anak mengalami kemurungan kerana sentiasa menjadi perbandingan sekiranya gagal dalam sesuatu perkara. Bagaimana ia berlaku?, apabila berlaku situasi yang  tidak seperti yang diharapkan sebagai contoh ibubapa mengharapkan anak-anak berjaya mendapatkan 10A dalam peperiksaan tetapi hanya mendapatkan 10B, ibubapa dalam sedar membandingkan keputusan tersebut dengan orang lain. Akhirnya anak-anak terjerumus dalam situasi kemurungan tanpa sedar, mengapa?, setiap anak pasti akan berusaha mencapai apa yang dihajati oleh

Rakyat atau Pemimpin Didahulukan?

Penulisan kali ini, aku sekadar ingin menyentuh secara umum berkaitan komuniti sesebuah negara. Kebiasaan akan wujud 2 kelompok utama yang mempunyai peranan masing-masing, iaitu kelompok rakyat dan pemimpin. Menjadi kebiasaan di antara kelompok rakyat tersebut akan dilantik seseorang dijadikan sebagai ketua atau pemimpin yang berperanan atau diberi tanggungjawab membantu  rakyat. Keadaan ini pada aku membawa maksud bahawa rakyat boleh hidup tanpa pemimpin tetapi pemimpin tidak boleh hidup tanpa rakyat.  Namun begitu, sering kali terjadi polemik yang menjadi bahan pendebatan, di antara rakyat dan pemimpin, siapa yang harus didahulukan?. Hal merujuk kepada situasi dalam sebuah negara yang bernama Malaysia, aku boleh tafsirkan bahawa tahun ini iaitu tahun 2020 merupakan tahun yang dipenuhi oleh drama politik tanahair. Bermula dari perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohammad (laporan bharian , awani dan mstar ) sehingga  Sidang Media Presiden Parti PKR yang menyatakan

Husband's duty

Every creature on this earth, definitely wants to live in pairs, including us as human beings. Even among human beings, we still have differences from each other based on “race” and “religion”. Islam has established that law for the matter of marriage. Only fellow Muslims are allowed to marry. Interfaith marriages are strictly prohibited. I want to touch on the role of the husband in the wife's dress. This is because more and more Muslim women who previously kept their aurat are now changing dramatically. A normal man definitely loves a woman’s beauty including the way she wears it. The sexier the way a woman dresses, the more lustful it is to the men who look at her up close. Isn't this going to cause social problems in society. Especially for people in Malaysia that a culture very different from western countries. I am not an expert in religious law. Yet enough to know basically that a Muslim woman should keep her limits enshrined in Islam because in my view. The woman's

THINK BEFORE TALK

  PAKAI EMOSI BUKAN AKAL YANG WARAS Perkara paling enak dilakukan oleh kita setiap masa ialah bercakap, boleh dikatakan setiap dari kita yang mempunyai anugerah bertutur pasti berbicara apa sahaja yang difikirkan, cuma sering kali kita lupa bertanya pada diri sendiri. Adakah kita berbicara menggunakan akal atau emosi semata-mata?. Betapa hebat anugerah lidah yang diberikan oleh Allah SWT, sehingga ada hadis kalau tidak salah aku, menyatakan bahawa tutur yang diungkapkan lebih tajam dari sebilah mata pedang. Budaya orang Melayu sepanjang pengetahuan aku, amat suka melepak di kedai kopi walaupun hanya ada 2 meja untuk pelanggan, apabila melepak maka harus bersembang dan ketika ini, pelbagai isu akan mula diperkatakan. Aku pernah berkongsikan "Kisah di Kedai Kopi", setiap kali kelompok "tua" berkumpul dan bersembang, pasti soal politik menjadi salah satu "agenda" di kedai kopi. Sekiranya inti berborak / bersembang setakat kritikan membina, aku masih boleh ter

Dadah di Kelantan

Di antara isu yang tidak pernah selesai dalam masyarakat Malaysia dari dahulu sehingga sekarang ialah isu berkaitan dengan penyalah gunaan dadah.  Walaupun pelbagai methodologi digunakan dari segi penguatkuasaan, peraturan atau rawatan. Di manakah silapnya sedangkan kita mengetahui punca dan kesanya kepada masyarakat yang pasti bukan sesuatu yang elok. Merujuk penagihan di Kelantan yang dilaporkan oleh portal AADK , bilangan penagih semakin meningkat, bahkan Kelantan berada dalam kedudukan 5 negeri teratas bagi bilangan penagih mengikut rangking negeri.  Semestinya ia melibatkan bangsa Melayu kerana semua mengetahui bahawa populasi rakyat Kelantan, 70% - 80% merupakan bangsa Melayu. Jika kita melihat pada kedudukan nombor, ia sangat menyedihkan pada aku secara peribadi. Jika kita melihat perbandingan dari tahun 2014 sehingga 2019, jelas menunjukan pola peningkatan jumlah penagih. Seolah-olah segala usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib kurang impaknya kepada masyarakat. Paling mendu

Rakyat Kena Kompaun

Penduduk Pekan Ketereh  menerima kunjungan tetamu yang diwar-warkan sebelumnya iaitu pasukan pemantau pematuhan SOP Covid19. Walaupun telah diberitahu bahawa bakal ada pemantauan SOP, masih ada yang bersikap sambil lewa dari segi pematuhan, akhirnya ramai penduduk setempat dikenakan kompaun. Ketika Kelantan menunjukan pola penularan dalam tempoh yang tertentu, semestinya langkah yang diambil oleh pihak berkuasa sangat dialu-alukan atas nama kepentingan bersama. Hanya memakai facemask ketika berada di premis atau kawasan tumpuan, masih gagal di amalkan, belum lagi menyentuh membasuh tangan dengan sanitizer atau jarak sosial antara satu sama lain.   Apabila terkena jangkitan baru menyesal tidak sudah kerana hakikat semakin sukar untuk kita mengetahui siapa yang telah dijangkiti atau tidak dijangkiti kerana semakin ramai pesakit yang tiada simtopm. Baru dapat Bantuan Rakyat Prihatin (BPN), akhirnya terpaksa digunakan membayar kompaun yang dikenakan kerana perkara mudah tidak dipraktikan.

ILMU DAN DARJAT

HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN Setiap dari kita telah di asuh oleh acuan kehidupan untuk mencari ilmu sejak dari kecil lagi, pencarian ilmu wujud dalam 2 cara iaitu secara informal atau formal. Bagi pencarian ilmu, seawal umur 4/5 tahun, ada ibubapa mula menghantar anak-anak ke Taska yang menyediakan pelbagai modul dengan nilai yuran yang berkesesuaian. Seterusnya memasuki sekolah rendah dari umur 6/7 tahun sehingga 12 tahun, seterusnya menyambung pencarian ilmu dari umur 13 hingga 17 bagi peringkat sekolah menengah seterusnya bersambung ke peringkat pengajian tinggi sehingga peringat umur maksimun iaitu 25 tahun pada pendapat aku. Bukan semua dikalangan kita berjaya dalam cara formal, masih ramai yang berjaya secara tidak formal tetapi ilmu yang diperolehi menaikkan darjatnya ke peringkat tinggi. Ya!, salah satu hakikat mengapa kita dituntut mencari ilmu adalah untuk meningkatkan darjat kita di mata manusia, mungkin ada berkata "mengapa perlu fikirkan soal kata masyarakat?". Kita

Kesan Pandemik Terhadap Rakyat

Malaysia kini sedang mengharungi gelombang ke-3, penularan pandemi covid19. Negeri Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan merupakan kawasan yang terjejas teruk pada gelombang kali ini. Daerah-daerah yang dinyatakan telah dikenakan PKPB / PKPD bagi mengekang penularan pandemik Covid19 menjadi lebih teruk. Persoalan yang bermain difikiran aku ketika ini ialah apabila berlaku penularan baru sehingga terpaksa melaksanakan PKPB atau PKPD, siapa lebih terkesan?, pemimpin atau rakyat?. Semestinya rakyat paling terkesan, ia dapat dibuktikan berdasarkan laporan kadar rakyat Malaysia yang menganggur semakin meningkat dengan mendadak. Banyak IKS terpaksa menutup operasi kerana kekangan kewangan operasi walaupun pihak kerajaan ketika ini, dilihat cuba membantu dengan pelbagai cara yang mampu. Paling menyedihkan bila pandemik menyebabkan kes kemurungan dikalangan rakyat Malaysia meningkat. Berdasarkan laporan hmetro dan awani . Rakyat hilang pekerjaan, kemudian cuba berniaga kecil-kec

Politik Rakyat

Masih berbaki beberapa hari lagi untuk tempoh PKPB yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan tamat.  Adakah ia bakal bersambung atau sebaliknya?, jawapan itu ada pada dapatan hasil saringan yang diadakan oleh pihak KKM. Jika dilihat pada laporan semasa, berhubung tahap penularan Pandemik Covid19, aku beranggapan bahawa ia masih ditahap yang kritikal kerana nilai pesakit positif masih berada pada nilai 3 digit walaupun jumlah pesakit yang sembuh turut berada di nilai yang sama. Aku melihat agensi di bawah MKN, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan segala keperluan atau persiapan yang dirancang berjalan lancar terutama di negeri Sabah yang ketika nilai jangkitan agak tinggi. Ketika rakyat Malaysia berada dalam kekalutan Pandemik Covid19, wujud pula konflik baru yang ditimbulkan oleh kelompok T20 iaitu kelompok ahli politik yang sibuk ingin menjatuhkan Perdana Menteri ketika ini. Dewan Rakyat telah memaklumkan tarikh Persidangan seterusnya, bahkan ramai ahli Parlim

Kecoh

Image
Laporan berita yang menarik perhatian ialah "Polis pantau SOP COVID19 diserang sekumpulan lelaki" . Kejadian dilaporkan berlaku di Kelantan ketika anggota PDRM sedang melakukan pematuhan SOP di sekitar Kota Bharu. Pada pandangan aku, ia sesuatu yang memalukan, apakah yang difikirkan oleh suspek sehinggakan sanggup menyerang penguatkuasa yang hanya menjalankan tugas yang di arahkan oleh pihak atasan?. Sekiranya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, tidak mungkin terjadinya peristiwa sedemikian. Hasil tindakan pantas PDRM, ke semua suspek yang terbabit telah diberkas dan bakinya sedang dikesan, serangan berkumpulan tersebut dilaporkan mendatangkan kecederaan kepada dua orang anggota yang melakukan operasi ketika itu. Kelantan atau Kota Bharu ketika ini, berdasarkan data-data yang dikeluarkan oleh KKM merupakan kawasan atau daerah yang boleh dikategorikan berada dalam ZON KUNING kerana mencatatkan kes positif yang dilihat semakin meningkat, oleh itu tindakan pemantauan pem

PELAKSANAAN PKPB

  PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR Ketika ini, difahamkan bahawa Malaysia sedang mengharungi gelombang ke-3 penularan Pandemik Covid19, sesungguhnya ia sesuatu yang sangat mendukacitakan kerana Malaysia ketika ini sedang berada dalam proses pemulihan ekonomi akibat kesan PKP yang dilaksanakan sebelum ini. Hari demi hari, kita disajikan dengan angka jumlah jangkitan semakin meningkat sehingga mencapai angka 3 digit, di antara negeri yang sangat terkesan ialah Sabah dan Kedah. Kemudian kita dikejutkan dengan arahan dari Majlis Keselamatan Negara bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula dari 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020. Alasan di atas penguatkuasaan PKPB ini ialah bagi membendung penularan Covid19 yang dikatakan terjadi secara berselerak dan demi memastikan kesan penularan tidak bertambah kritikal, PKPB dilaksanakan. Sekiranya ditanya pada aku berkenaan soal PKPB, adakah ia dilaksanakan?, berdasarkan data-data yang dil

INFIDELITY

HAPPENS TO MARRIED COUPLES  When talking about CHEATING. It refers to the act of honesty injustice committed by the husband / wife of the pair, causing jealousy, anger and competition. It can be said as one of the actions of unscrupulous among the community. It seems to me capable of cheating occurs when start to lose a sense of compassion for couples and children. In addition, temptation after temptation outside the house causes cheating. Is there a feeling of neglect being one of the causes of cheating ?. Men or husbands, seen to begin to change when married to their respective spouses, the change meant is concern for the couple Before marriage, whatever the couple wants to be fulfilled compared to after marriage, then at this point when there are other men showing concern beyond what is given by the husband, then the feeling begins to be divided. As for men, I think the cause of cheating is a little different, that is, there is a feeling of wanting more than what they have. Normall

Kahwin Bawah Umur

Image
Apabila menyentuh soal perkahwinan, ia merupakan proses yang harus dilalui bagi memastikan proses melahirkan zuriat baru dapat dilaksanakan.  Pada aku, ia merupakan proses ketamadunan manusia. Perkahwinan yang diadakan semestinya berbeza mengikut budaya atau fahaman agama masing-masing, namun matlamatnya sama demi membentuk keluarga sempurna. Cuma perkara yang menarik untuk diperhalusi adalah proses perkahwinan melibatkan pasangan di bawah umur, sesuatu perkara yang sentiasa menjadi pembahasan oleh pelbagai pihak terutama pihak berkuasa.  Setiap pihak mempunyai hujahan atau dalil mengapa menghalang atau membenarkan berlakunya proses perkahwinan pada usia sangat muda atau di bawah umur. Pada pandangan aku, semua pihak harus duduk semeja untuk membincangkan soal ini dengan sedalamnya kerana isu perkahwinan akan terus menjadi perdebatan dan tiada jalan penyelesaian sekiranya semua pihak tidak bertolenrasi antara satu sama lain.  Sepanjang pengetahuan aku, hampir kesemua perkahwinan yang t