Posts

Showing posts from December, 2019

PERSIAPAN HIDUP SEBELUM MATI

PERSIAPAN HIDUP SEBELUM MATI, BEKAL HIDUP SEBELUM MATI K ita selaku Umat Islam, sentiasa diingatkan tentang 5 Perkara sebelum datangnya 5 Perkara, Salah satunya ialah 'HIDUP SEBELUM MATI'. Benar!, satu masa kita pasti akan MATI, cuma kita tidak tahu BILA, DI MANA, BAGAIMANA kita akan mati. Kita selaku Umat Nabi Muhammad SAW telah ditentukan hanya berada di dunia ini pada waktu yang sangat singkat. Namun ramai diantara kita terlalu mencintai dunia ini sehingga lupa kita pasti MATI. Para Ulamak, sentiasa berpesan untuk melakukan AMAL IBADAH ketika usia masih ada kerana itu BEKALAN utama untuk dibawa ke penghitungan PADANG MASYAR nanti. Dengan BEKALAN yang kita bawa, bakal menentukan ke mana arah kita, SYURGA atau NERAKA. Sebelum itu, dengan BEKALAN yang sama bakal menentukan nasib kita di alam kubur nanti. Terseksa atau sebaliknya. Bayangkan, setelah jasad kita disemadikan, tinggallah kita seorang diri, didalam ruang yang sempit,kemudian hadir 2 Malaikat penj

PAK CIK SUDAH TIADA

MENINGGAL DUNIA KETIKA HADAPI UJIAN K etika tinggal beberapa hari lagi untuk memasuki Tahun 2020, ujian tetap hadir tanpa kita menduga terutama kehilangan insan yang kita sayangi buat selamanya. 29 Disemberi 2019, pak cik yang telah beberapa hari mendapat rawatan di Hospital Kota Bharu, akhirnya di jemput Allah SWT buat selamanya. Sekitar waktu Subuh, doktor yang merawat mengesahkan waktu kematian akibat komplikasi buah pinggang. Kematian pak cik, semestinya suatu yang sangat menyedihkan buat kami sekeluarga, mengenangkan perjalanan hidupnya selama ini, pasti buat kami menitik air mata. Namun itu, suratan takdir yang Allah SWT telah tentukan buat pak cik. Merupakan anak ke 9 dari 10 orang adik-beradik, seorang yang tidak banyak bicara jika tiada apa perkara untuk diperkatakan. Oleh kerana kesusahan, pak cik berusaha sedaya apa yang ada dengan latar belakang pendidikan tidak cemerlang. Ketika hayatnya, pak cik pernah kembara ke Johor untuk berkursus dalam bidang pembinaan

KISAH SEJARAH DILUPAKAN

KISAH SEJARAH DILUPAKAN Dalam kehidupan ini, kebiasaannya kita berada pada 3 keadaan atau situasi iaitu keadaan yang lepas, keadaan sekarang dan keadaan di masa hadapan. Keadaan di masa hadapan adalah keadaan yang kita belum pasti bagaimana ia terjadi atau berlaku tetapi kita boleh merancang bagaimana kita ingin keadaan di masa hadapan. Keadaan sekarang ialah keadaan sedang berlaku, keadaan yang mungkin luar dari perancangan atau harapan kita pada ketika berada di keadaan masa yang lepas. Mungkin aku boleh gambarkan keadaan selepas PRU ke-14 yang tidak sama seperti keadaan sebelum PRU ke-14. Aku ingin berkongsi pandangan terhadap keadaan yang lepas atau gelaran yang biasa kita dengar adalah SEJARAH. Suatu keadaan yang tidak mungkin kita mengubahnya tetapi ia kekal menjadi sebahagian dari hidup kita sampai bila-bila. Setiap dari kita, tidak kira siapa pun, pasti mempunyai SEJARAH tersendiri, ada SEJARAH kelam, ada SEJARAH penuh kegembiraan. Ada SEJARAH terjadi tanpa di

BAS EKSPRESS KE KUALA LUMPUR

BAS EKSPRESS KE KUALA LUMPUR S etelah berada di Kelantan untuk beberapa hari, tiba masa untuk uncle pulang kembali ke Kuala Lumpur. Cuma pengangkutan yang digunakan bukan Kapal Terbang tetapi BAS. Di Kelantan, pengangkutan BAS menjadi pilihan utama bagi rakyat Kelantan yang bekerja di luar dari Kelantan. Faktor menjadi pilihan semestinya kos yang lebih murah. Mungkin disebabkan itu, banyak syarikat BAS dari dalam atau luar Kelantan menyediakan perkhidmatan terutama ketika musim perayaan. BAS menjadi pengangkutan utama aku ketika menuntut di Universiti Malaya atau bekerja di Putrajaya. Hentian Putra merupakan stesen bas utama satu ketika bagi laluan negeri pantai timur sebelum di pindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan. Kelmarin, uncle hampir tertinggal BAS apabila sampai lewat di stesen bas henti-henti di Pekan aku ini. Nasib baik aku sempat sampai terlebih dahulu untuk melengahkan masa ketika pemandu kedua ingin memasuki BAS bagi meneruskan perjalanan. Mengapa

Smartphone

In Kelantan, when the monsoon season arrives, Putu Halba is definitely a cake that people like to enjoy because it tastes very tasty and delicious. Putu halba and monsoon season are very synonymous.  Putu halba is made from cassava flour, Malacca sugar and grated coconut, the cooking method is also unique. However, there is another story I want to share, the story of an old grandmother who was selling Putu halba by the roadside. Accompanied by her grandson, the grandmother was so busy preparing Putu halba orders for customers, including myself, that evening. At the same time, the grandmother chatted about her granddaughter, that day the grandmother had promised to buy a new smartphone for her granddaughter. I smiled to myself, how lucky the children of today are. It is so easy for them to get what they want no matter what their family’s economic situation is, unlike me who only gets a chance to own a smartphone when entering University. After I persuaded my father to allow me to

Pak cik Semakin Kritikal

Pada hari Jumaat yang lepas, aku berpeluang untuk menziarahi pak cik yang sedang dirawat di HRPZ II kerana kerosakan ginjal yang semakin kritikal. Hampir seminggu pak cik mendapatkan rawatan, sambil ditemani isteri dan penghuni dari pusat tarbiahnya. Apabila bercakap tentang Hospital di Malaysia, semestinya perkara yang sering diperkatakan ialah parking sentiasa dipenuh. Pelawat sukar mendapatkan parking kereta, bagi pelawat ingin mendapatkan parking, kadangkala harus mengambil tempoh yang lama.  Bergantung kepada nasib sekiranya mendapat parking yang lebih dekat dengan kawasan Wad yang ingin dilawati. Oleh itu, kebiasaan penumpang akan turun terlebih dahulu di hadapan pintu masuk wad, baru di cari parking kereta. Sebelum ini, pak cik aku ini biasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai, cuma kali ini, keadaan yang lebih kritikal maka dia dirujuk ke Hospital Kota Bharu.  Memudahkan kami, saudara terdekat untuk melawat bila kelapangan. Keadaannya agak kritikal kerana kuman menjangk

PAKAR PEMAKANAN

Hari ini, aku harus membawa ma untuk menghadiri sesi bersama pakar pemakanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, sesi tersebut akan diadakan di Klinik Kesihatan Daerah yang berdekatan. Sesi tersebut bukan dijalankan secara berkelompok tetapi secara bersemuka. Alhamdulillah, ma mendapat giliran pertama pada sesi kali ini. Tempoh sesi berjalan selama 30 minit, pakar pemakanan mengfokuskan kepada pemakanan bagi penyakit darah tinggi dan kencing manis bagi ma. Banyak info yang diperolehi terutama dari segi pemakanan harian, hasil sesi yang dijalankan, ma termasuk aku sendiri yang menemani harus mula mengawal kuantiti apa yang di makan dan jenis makanan yang di makan. Aku rasa jika sesi sebegini bersama pakar pemakanan swasta pasti tidak tergambar difikiran kos sesi tersebut. Walau pada awalnya, aku beranggapan tidak perlu untuk mengadakan sesi bersama pakar pemakanan, selepas selesai sesi sangkaan aku salah sama sekali. Waktu pulang, aku dan ma menimba pengalaman baru iait

Kenangan Berkhatan

Kini kita memasuki bulan Disember, bulan terakhir sebelum memasuki tahun baru, ketika ini, rata-rata masih dalam mood cuti sekolah.  Ia bermakna menjadi kebiasaan apabila tiba musim cuti sekolah yang panjang, aktiviti wajib untuk dilakukan ialah mengadakan Majlis Perkahwinan atau Majlis Berkhatan bagi kanak-kanak lelaki Muslim. Bercakap soal berkhatan, tiba-tiba aku teringat nostalgia lama tentang aku berkhatan yang masih segar dalam ingatan. Malah Doktor yang mengkhatankan aku masih sihat sehingga sekarang. Kalau tidak salah,ketika itu, aku berusia di antara 10 -11 tahun. Aku tidak keseorangan ketika berkhatan, salah seorang cousin turut berkhatan bersama. Ketika itu, kami datang awal pagi ke Klinik, kebetulan pula sebelum giliran aku tiba, kanak-kanak lain sedang berkhatan. Aku masih ingat, langkah sahaja kaki di ruang menunggu, kedengaran pekikan suara kanak-kanak itu dalam bilik pembedahan.  Mendengarnya laungan itu, membuat aku secara automatik takut untuk menghada

Moraliti Masyarakat

Aku sebenarnya tertanya-tanya tentang moraliti dikalangan masyarakat Malaysia masa kini. Adakah ia semakin baik atau sebaliknya?, memandangkan usia kemerdekaan negara ini kini telah mencecah 63 tahun. Hal ini kerana situasi masyarakat sekeliling yang menampakkan kesedaran moraliti semakin hilang. Bukan aku ingin mendedahkan aib SESIAPA, sekadar renungan bersama kerana moraliti itu berkaitan rapat dengan peradaban manusia. Judi & Dadah , merupakan penyakit sosial yang telah lama wujud dalam masyarakat kita selama ini, kedua-dua penyakit sosial ini amat berkait rapat dengan isu moraliti .  Namun ia bagaikan dipandang mudah oleh kelompok masyarakat, maka tidak hairan jika isu moraliti yang diperkatakan sentiasa wujud dalam masyarakat. Semua Umat Islam mengetahui bahawa JUDI itu haram dari segi hukum Islam, namun aktiviti tersebut masih tetap dilakukan kerana terjadinya kelemahan moraliti kita sendiri. Begitu juga dengan penagihan dadah , rata-rata kes melibatkan warga muda atau

Flood Season 2019

Halaman 1 Disember 2019 dibuka dengan catatan berkenaan ‘BANJIR’ , bencana yang sentiasa terjadi apabila memasuki bulan November sehingga Januari setiap tahun dan terjadi di kawasan Pantai Timur meliputi Kelantan, Terengganu & Pahang.  Kejadian banjir dikatakan berpunca dari perubahan kitaran angin monson timur laut yang membawa bersama awam yang mempunyai kepadatan air yang sangat tinggi. Jam menunjukan waktu pukul 3 pagi, keadaan cuaca ketika itu, hujan turun dengan sangat lebat di kawasan Kelantan. Boleh dikatakn 60 % - 80% kawasan di Kelantan menerima kadar air hujan yang sangat tinggit pada waktu itu. Kawasan kediaman aku, air mula menunjukan peningkatan mendadak, beberapa orang jiran termasuk abang aku sendiri mula mengalih kenderaan ke luar kawasan perumahan kami. Aku mula dihimpit rasa kebimbangan apabila melihat situasi tersebut, kawasan perumahan kami telah mengalami 3 kali kejadian air naik mendadak, Tahun 2014, seterusnya tahun 2016 & 2017. Dengan ko