Posts

Showing posts from May, 2022

Pemilihan Parti

  Rasanya aku masih bukan ahli kepada mana-mana parti politik di Malaysia sepanjang ingatan aku, namun mungkin aku terlupa sekiranya nama aku ada di senarai ahli parti politik. Namun sepanjang tempoh yang lalu, aku tidak pernah dipanggil untuk menghadiri pemilihan parti, sama ada peringkat cawangan, daerah, negeri atau pusat. Beberapa hari yang lalu, berlangsung pemilihan parti PKR di kawasan Kedai Ketereh. Berdasarkan pemerhatian secara rambang, aku melihat PKR di kawasan Kedai Ketereh mempunyai ramai ahli, bukan hanya terdiri dari golongan veteran tetapi turut disertai golongan muda. Pendapat aku dipersetujui oleh ahli PBM kawasan Kedai Ketereh yang turut menjadi pemerhati secara tidak langsung. Aku tertarik kepada penglibatan golongan muda kerana pada PRU ke-15 akan datang, rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun telah boleh mengundi buat kali pertama.  Janji apakah yang ditawarkan oleh parti politik kepada pengundi 18 ini kelak?. Aku tidak tahu tentang pemilihan parti UMNO atau PAS a

Bila Harga Ayam Naik

  Penulisan kali ini, aku ingin berkongsi pandangan tentang isu kenaikan harga ayam proses di pasaran tempatan . Rakyat Malaysia suka makan ayam, sebut sahaja nama masakan yang menggunakan ayam dan ia disukai oleh pelbagai bangsa dan agama. Ia menjadikan ayam proses sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan. Terutama ketika musim perayaan tanpa mengira apapun perayaan tersebut  Pada sambutan Hari Raya yang lalu, permintaan ayam proses di pasaran sangat tinggi menyebabkan pengedar tidak mampu menampung permintaan menyebabkan harganya naik begitu mendadak. Walaupun harga naik mendadak, orang ramai tetap membelinya walaupun wujud rungutan disebabkan harga yang melampau. Ketika itu, aku melihat akan berlaku polemik berkaitan dengan ayam di pasaran dalam negara. Ternyata, ketika ini semua sedia maklum bahawa pasaran ayam di Malaysia berhadapan dengan masalah bekalan.  Pihak ladang dan pemborong dikatakan tidak mampu membekalkan ayam dalam kuantiti yang diperlukan disebabkan ma

Ponteng kelas

Waktu dahulu, para guru akan menggunakan konsep denda sebagai hukuman sekira para pelajar melakukan kesalahan termasuk ponteng. Bentuk denda yang dikenakan pula dalam pelbagai bentuk, paling popular ketika aku masih bersekolah ialah rotan. Selain itu, denda lain yang sering dikenakan ialah kutip sampah dan ketuk-ketampi. Aku tidak pasti adakah waktu sekarang, guru dibenarkan mengenakan denda kepada pelajar yang melakukan kesalahan.  Maklumlah, waktu sekarang, ibubapa dilihat sering bela anak-anak mereka bila pihak guru cuba mendidik dengan cara memberi denda. Aku sendiri tidak terlepas dari dikenakan denda oleh guru di atas kesalahan yang dilakukan. Namun di antara denda yang pernah aku kena dan tidak boleh dilupakan ialah denda ketuk-ketampi. Denda tersebut dikenakan disebabkan aku ponteng kelas KAFA atau Kelas Al-Quran dan Fardu Ain pada waktu itu diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu selama 2 hari setiap minggu.  Ustaz sebelum itu telah memberi amaran, sekiranya ada pelajar yang gag

Anak Luar Nikah

  Penulisan kali ini, aku ingin mengupas polemik berkaitan anak luar nikah.   Apa itu Anak Luar Nikah ?.  Umumnya anak luar nikah atau anak tidak sah taraf merupakan anak yang dilahirkan sebelum pernikahan. Anak itu wujud mungkin disebabkan perzinaan atau rogol. Mengapa aku tertarik untuk menulis berkaitan anak luar nikah?, mungkin ia ada berbezaan dengan sosial budaya negara ini. Di Malaysia, secara umumnya berdasarkan pendapat peribadi aku, anak luar nikah sentiasa wujud dan mungkin akan terus wujud.  Paling menyedihkan bila anak luar nikah ini merupakan anak dari pasangan berbangsa Melayu dan semestinya beragama Islam. Merujuk situasi di Malaysia. Aku bukan ingin berbicara soal hukum berkaitan dengan Anak Luar Nikah , cukup untuk aku memahami buat diri sendiri tentang Anak Luar Nikah ini. Aku cuma ingin memahami tentang penerimaan masyarakat terhadap anak luar nikah ini. Terlanjur, kebiasaan hasil dari terjadinya keterlanjuran adalah anak luar nikah . Pada pendapat aku, kemun

Now 39 years old

 Today I am officially 39 years old. I feel happy and at the same time sad too. Happy because Allah SWT gave me the opportunity to celebrate my birthday.. Sad because I failed to get what I wanted all this time It also signifies that I am getting older and can already forget the memories of the past. Memories of when I was at University or memories of when I was young. Despite being 39 years old, I still feel like I’m 17 years old. Probably because of still living with mom, even to buy breakfast or lunch or dinner. I'm still asking money from mom. People always say that the beginning of a man’s life is to start at the age of 40 years. Is that true? Is my life journey just about to begin? When it came to my birthday, no one wished me Happy Birthday. Sometimes there is a feeling of sadness because of other people,  There are only acquaintances who celebrate the Birthdays of other friends. Does that mean I'm a friendless person? Those my age at the moment are busy taking care of t

Jatuh Sakit

 Keluarga di Kelantan, dikejutkan dengan berita bahawa salah seorang sepupu aku yang bekerja di Putrajaya telah dimasukan ke dalam wad ICU di Hospital Serdang Selangor. Sebelumnya, sememangnya ibu saudara aku telah mengetahui tentang status kesihatan anak perempuannya. Pada awalnya sepupu aku ditahan di wad disyaki disebabkan penyakit gastrik, sebelum ini cousin aku telah beberapa kali ditahan di wad. Cuma pada kali ini, ia sangat mengejutkan kami semua di kampung, apabila husband cousin memaklumkan perkembangan terkini wifenya yang kritikal kepada family di kampung.  Setiap ibubapa pasti sedih bila melihat keadaan anak melalui video call. Tiada siapa menyangka begitu teruk status terkini kesihatan anak sulung mak cik aku. Mak cik aku terus bergegas ke Kuala Lumpur bersama mak cik aku seorang lagi dengan menaiki Kapal Terbang. Mujur harga tiket kali ini tidak begitu mahal seperti harga tiket ketika pulang beraya sebelumnya. Sesungguhnya benar apa yang dikata. Ujian Allah SWT hadir tanp

AIR KELANTAN PART 2

  Sebut sahaja air Kelantan, pasti banyak keluhan atau rintihan yang kita dengari dari kalangan rakyat Kelantan itu sendiri.  Bukan berniat untuk memburukan sesiapa atau memainkan isu yang berkaitan dengan politik. Cuma rasa sangat terkilan bila mengenangkan situasi apa yang terjadi ketika seluruh Umat Islam meraikan 1 Syawal yang lalu. Kita semua sedia maklum bahawa 1 Syawal kali ini sedikit berbeza dari tahun yang sebelumnya. Setelah 2 tahun tidak dapat pulang beraya, kini boleh dikatakan semuanya berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, beraya dengan keluarga yang tercinta.  Masing-masing tidak kisah harus berada di atas jalan raya dalam tempoh yang panjang, sekitar 10 - 13 jam sebelum sampai ke kampung halaman. Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang tidak perlu diperkatakan lagi jika bercakap soal pulang berhari raya di kampung. Jumlah kereta yang memasuki Kelantan mencecah jutaan unit dan ia boleh dianggap biasa setiap kali raya.  Oleh itu, sesuatu yan

Sumpah Laknat

  Ada apa dengan Sumpah Laknat ?, apakah kisah hidup aku yang terkait dengan Sumpah Laknat ?.  Aku percaya ramai yang mengetahui secara umum, apakah itu Sumpah Laknat dan sering kita melihat dan mendengar ungkapan yang disebut ketika melakukan Sumpat Laknat . Cuma amat jarang untuk sesiapa sahaja melakukan sumpah laknat kerana ia merupakan pilihan terakhir dalam menyakinkan sesiapa sahaja berhubung perkara yang berkaitan. Kebiasaan, kita melihat pemimpin atau individu yang berkepentingan melakukan Sumpah Laknat  serta mendapat liputan Media Siaran dan Cetak.  Kebanyakan mereka yang melakukan sumpah ini mempunyai kaitan dengan politik secara langsung atau sebaliknya. Mengapa aku harus melakukan Sumpah Laknat ?, ia terjadi ketika aku bekerja di Putrajaya. Ketika itu, aku balik kampung untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum yang aku lupa kali ke berapa. Aku bekerja di Putrajaya sekitar tahun 2012 hingga 2015. Pasti ada sebab mengapa aku harus melakukan Sumpah Laknat dan sesungguhny

BBQ Pengantin

Malam kelmarin, ibu saudara buat sedikit majlis keraian jamuan makan khusus buat saudara-mara yang membantunya ketika Kenduri Sambut Menantu pada Sabtu yang lalu. Alhamdulillah, K enduri Sambut Menantu berjalan lancar. Majlis Kenduri Sambut Menantu diadakan secara konsep kesyukuran. Kebiasaan, jamuan semasa kenduri kahwin atau sambut menantu  sekarang diuruskan oleh pihak katerer yang dibayar oleh tuan rumah. Kali ini, kenduri sambut menantu diadakan secara gotong-royong, mungkin tidak lama lagi kenduri kahwin atau sambut menantu secara gotong-royong sukar untuk dilihat dalam masyarakat Melayu seperti sekarang. Aku bukan seorang yang banyak membantu ketika Majlis tersebut, namun kerana ibu saudara yang menjemput, aku hadiri sekadar memenuhi undangan. Di era endemik ini, peluang berkumpul bersama saudara-mara terdekat jangan disia-siakan kerana setelah sekian lama segalanya yang biasa kita lakukan dahulu sebelum pandemik, dilarang oleh pihak kerajaan. Walaupun jamuan keraian diadak

Kahwin Hari Raya

  Alhamdulillah, hanya sekali lafaz. Saudara terdekat aku kini sah menjadi suami kepada pasangannya. Majlis Perkahwinan di adakan pada Syawal ke-4, ketika umat Islam masih dalam mod berhari raya.  Paling istimewa dan mungkin buat kali terakhir, semua ahli keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur, pulang beraya di Kelantan pada kali ini disamping menghadiri kenduri mak cik aku ini.  Maklumlah sebelum ini, setiap kali sepupu aku yang tinggal di Kuala Lumpur kahwin, pasti mak cik-mak cik yang tinggal di Kelantan akan pergi ke Kuala Lumpur untuk meraikan perkahwinan tersebut.  Setelah masing-masing mempunyai keluarga, kini tiba masa untuk mereka meraikan perkahwinan saudara mereka di Kelantan. Walaupun terpaksa berdepan dengan kesesakan jalan raya ketika balik ke Kelantan dan ketika balik semula ke Kuala Lumpur. Walaupun Aidilfitri kali ini menimbulkan polemik dikalangan Umat Islam di Malaysia, sehinggakan harga bahan mentah seperti ayam dan daging naik mencanak.  Alhamdulillah majlis perkahw

Mercun Aidilfitri

 Pada asasnya, aku berpendapat tidak salah untuk bermain mercun atau bunga api sempena ketibaan 1 Syawal. Sambutan Hari Raya Aidilfitri boleh diibaratkan tidak meriah jika tiada aktiviti bermain mercun atau bunga api yang dibenarkan oleh kanak-kanak. Ia bagaikan pelengkap kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri.  Apabila menyebut mercun atau bunga api, kanak-kanak merupakan kelompok yang paling seronok. Aku sendiri di zaman kanak-kanak turut teruja untuk bermain mercun atau bunga api. Percikan bunga api membuatkan sesiapa sahaja yang melihat terleka. Cuma ada di antara kita lupa bahawa setiap perkara itu mempunyai batasannya termasuk bermain mercun dan bunga api. Bukan semua mercun atau bunga api sesuai untuk dimainkan. Ada Mercun atau bunga api yang menghasilkan bunyi letupan yang kuat, ianya sangat tidak sesuai dimainkan terutama di kawasan taman perumahan seperti tempat tinggal aku sekarang. Mercun dan bunga api yang mempunyai kadar letup yang kuat dari biasa, mampu mendatangkan kemuda