Posts

Showing posts from June, 2023

Flood Disaster Relief

 After waiting for such a long time, we feel that there is no hope for us to get help in the form of money from the federal government as promised before. Suddenly we were informed that the state government will hold a ceremony for flood victims to receive payment as promised before. We are grateful for the unexpected. Money of RM1000 given to each family of flood victims, is able to ease the burden of flood victims who are almost all in the B40 category. Most importantly, the money can be used to pay off anything that was previously overdue. I represented the mother to receive the financial assistance. Fortunately, the secretariat allowed me to represent my mother to receive the donation. I'm afraid to imagine if I have to bring my mother to the event that involves many flood victims.

Air Kelantan Part-6

  Di antara isu-isu yang sering kali melibatkan negeri Kelantan, semestinya masalah bekalan air paipnya yang sehingga sekarang. Masih tidak mampu diselesaikan secara total oleh pihak yang bertanggungjawab. Disebabkan aku dan keluarga, tidak mampu bersabar mengharungi cabaran berkaitan dengan bekalan air di Kelantan. Berbekalkan wang simpanan yang ada, kami membuat tangki simpanan air yang lebih besar dan di letakkan di atas tanah. Kami juga terpaksa memasang enjin air untuk membekalkan bekalan air yang ditadahkan ke tangki simpanan air yang terletak di atas bumbung rumah. Kos yang kami berhabis hampir mencecah RM2000.00 sahaja. Kami mempunyai 2 pilihan, membuat tangki simpanan air atau memasang telaga tiub. Kos di antara pilihan tersebut hampir sama sahaja cuma, air yang diperolehi melalui telaga tiub lebih berbau dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Alhamdulillah, aku dan keluarga tidak perlu lagi memikirkan masalah bekalan air. Tangki simpanan kami, lebih dari cukup untuk kegunaan

Isteri Ku Pelajar Ku

  Agak lama aku tidak mengemaskini laman blog aku ini. Maklumlah apabila usia mula memasuki 40 tahun, tahap kesihatan aku semakin menurun dengan sendiri. Cuma kali ini, aku seperti ingin mencatatkan satu sejarah yang berlaku dalam circle keluarga aku sendiri. Salah seorang ahli keluarga aku yang masih di bawah umur. Tiba-tiba telah mengaku pada ibu saudaranya, bahawa dia telah berkahwin dengan cikgu sendiri. Semestinya ia sangat mengejutkan kerana perkahwinan itu berlaku pada akhir tahun yang lalu. Ketika ini, ahli keluarga aku itu sedang mengandung anak pertamanya. Aku sebenarnya kasihan pada ibu saudaranya kerana di tipu.  Berkahwin secara diam-diam itu satu perkara, suaminya pula telah memiliki isteri, anak dan cucu. Berkahwin pula di Thailand. Mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku. Akhirnya mak cik aku tidak perlu lagi risau memikirkan perihal anak saudaranya yang kini telah memiliki suami. Aku respect suami ahli keluarga aku ini, BERANI!, isteri tua belum tahun atau beri keb