Posts

Showing posts from August, 2020

TOK GURU

JANGAN SENTUH PERIBADI TOK GURU  Pada pandangan aku, topik yang sentiasa diperbahaskan oleh masyarakat Melayu adalah berkaitan dengan politik, bagaikan tidak lengkap hidup jika tidak berbicara soal politik. Mungkin disebabkan itu, parti yang bertunjangkan Melayu semakin banyak, seolah-olah bukan ingin menyatu bangsa tetapi memecahkan perpaduan saudara. Aku harus akui ketika ini, skop pemerhatian aku sangat terbatas kerana faktor kesihatan peribadi dan ibu sendiri. Namun itu bukan penghalang untuk melihat tahap pemikiran rakyat Malaysia apabila menyentuh soal politik tanahair. Sembang kedai kopi, budaya di Kelantan, walaupun hanya berbekal 2 meja sahaja, masih ada yang datang singgah, secawan kopi, sejambak kata sebelum Magrib tiba. Dari Jeli hingga ke Kuala Krai, dari Kuala Krai hingga ke Kota Bharu. Amat jarang kedai kopi lama kosong tanpa pengunjung setia. Berbalik kepada pokok cerita, sembang kedai kopi yang sering aku kongsikan, sentiasa berkisar politik negara, ana

PARTI BARU TAHUN 2020

PERANAN DALAM SENARIO POLITIK NEGARA Sesungguhnya tahun 2020, banyak perkara yang terjadi boleh dicatat sebagai sejarah penting negara. Pada pandangan peribadi aku, setiap bulan dalam tahun ini, pasti ada sesuatu peristiwa atau kejadian yang menarik perhatian umum atau Antarabangsa. Parti baru ditubuhkan lagi, dikatakan inti perjuangan parti ini adalah untuk orang Melayu, ia merupakan parti yang diwujudkan setelah berlaku pepecahan dalam Parti BERSATU Malaysia. Tun Dr. M merupakan peneraju utama dalam penubuhan parti tersebut. Tun M melantik anaknya sebagai Presiden pertama bagi Parti yang baru ditubuhkan dan diberi nama Parti Pejuang. Nama yang sangat jelas sebagai gambaran dasar penubuhan parti Pejuang pada hemat aku. Pada pandangan peribadi aku, parti Pejuang masih dalam proses pembentukan atau penyusunan organisasi kepimpinan namun dikatakan telah menarik ramai sokongan untuk menjadi ahli terutama dari ahli Parti BERSATU . Sememangnya satu hakikat yang harus diteri

Naik Keretapi

Apabila menjadi seorang pelajar di Universiti luar dari Kelantan. Semestinya jika ada peluang, pasti balik ke Kelantan walaupun masa yang di ambil untuk sampai, agak panjang sekitar 6 hingga 10 jam.  Sebagai seorang pelajar, pengangkutan awam menjadi pilihan utama. Aku hanya pilihan menggunakan bas atau keretapi. Kebiasaan aku memilih bas tetapi waktu perayaan seperti Aidilfitri atau aidiladha, tiket bas sentiasa sold out . Aku tiada pilihan selain menggunakan perkhidmatan keretapi ekspress pantai timur . Tempoh perjalanan dari KL ke Kelantan, sekitar 12 jam. Stesen yang terdekat dengan Universiti Malaya ialah KL Sentral. Kebiasaan waktu bertolak dari KL Sentral ke Kelantan pada waktu malam .   Bagi mereka yang biasa menggunakan perkhidmatan ekspress pantai timur , pasti mengetahui bahawa pihak KTM menawarkan pilihan tempat duduk buat para penumpang. Paling selesa ialah kelas tidur, para penumpang boleh tidur di gerabak yang disediakan seperti katil, ia sangat selesa. Kena dengan har

JALUR GEMILANGAN

Alhamdulillah, kini kemerdekaan negara ini berusia 63 tahun, sepanjang tempoh tersebut pelbagai transformasi dapat dilihat secara fizikal dan berperingkat bahkan jika boleh digambarkan bahawa keadaan negara ketika ini hampir sama seperti negara maju yang lain. Namun ada sesuatu yang mendukacitakan apabila menyentuh isu berkaitan dengan Jalur Gemilang yang tercinta.  Bendera secara umumnya merupakan perlambangan bagi sebuah bangsa atau negara, tetapi ada sesetengah pihak seperti tiada nilai. Isu pemasangan Jalur Gemilang, pada aku secara peribadi merupakan isu yang sangat sensitif terutama apabila berlaku keadaan dipasang secara terbalik oleh segelintir pihak. Aku rasa sangat kelakar, ketika usia kemerdekaan negara mencecah 63 tahun, masih wujud manusia yang tersalah pasang bendera atau Jalur Gemilang walaupun apapun alasan yang diberikan, sangat tidak masuk akal. 63 tahun bukan suatu tempoh singkat, manakala Jalur Gemilang tidak pernah berubah sejak kali pertama di perkenalkan, maka al

AKU PEMINJAM PTPTN

Ketika ini, pelbagai perasaan bermain di fikiran aku mengenangkan perjalanan hidup yang sangat mendukacitakan. Ketika angka usia semakin meningkat setiap tahun, nilai hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semakin meningkat. Seandainya aku tahu begini keadaan hidup, pasti aku tidak akan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan semestinya aku tidak perlu berhutang dengan PTPTN.  Hakikatnya tempoh masa 14 tahun merupakan satu jangka yang cukup untuk aku mampu menyelesaikan jumlah hutang pinjaman yang dibuat,namun hakikinya sangat menyedihkan, bukan aku hidup melarat cuma hidup tiada matlamat. Aku percaya ejen nombor ekor atau pengedar dadah lebih hidup bermatlamat berbanding dengan aku ketika ini. Bangun sahaja waktu pagi, pasti sibuk bergerak ke sana - sini untuk mencari pelanggan berbanding aku yang lagak seperti tiada apa-apa. Dengan sikap lurus bendul aku, sikap jujur aku, sering kali menjadi bahan manusia sekeliling untuk mengambil kesempatan wa

Cerita Hantu Melayu

Hantu merupakan secara umum boleh difahami sebagai makhluk halus yang terdiri dari syaitan, iblis atau jin. Kepercayaan mengenai hantu bukan wujud dalam masyarakat Melayu semata-mata. Ia merupakan asas kepercayaan seluruh dunia terhadap alam ghaib. Mengapa aku pilih untuk bercerita kisah hantu adalah kerana makhluk tersebut agak banyak bilangannya dikawasan kediaman aku. Bahkan dari aku kecil sehingga dewasa, ia tetap berada di sekitar sini, tidak berpindah bahkan kadang-kala menampilkan diri pada insan terpilih. Salah seorangnya ialah sepupu aku sendiri, kisahnya apabila selesai berniaga burger sekitar pukul 1 pagi, dia melalui laluan pulang yang jarang digunakan, dijadikan kisah ketika melalui selekoh berdekatan rumah aku. Jelas kelihatan susuk tubuh kanak-kanak kecil di atas rumah jiran aku sendiri yang tiada penghuni. Pukul 1 -2 pagi, atas bumbung, bukankah pelik melihat susuk tubuh kanak-kanak. Semestinya itu bukan manusia seperti kita, ibubapa mana yang tidak bertanggungjawab mem

Express Bus

Image
  When I was a teenager, I often hung out in the plains near the house. Taken to see the express bus vehicle that stopped at the Ketereh bus station to pick up the waiting passengers. Before moving to various destinations during the morning or evening. At that time, a desire arose in my heart to feel the experience of riding the bus to Kuala Lumpur. Desire to live in Kuala Lumpur. I often imagine my father sending me to the bus station. At that time, being a nomad was something to be proud of, especially for the souls of young people like me at that time. Alhamdulillah, in 2003, Allah SWT granted my desire to experience the bus ride from Kelantan to KL. At that time I managed to continue my studies at the University in KL. At that time, the express bus station for the route to the east coast was Hentian Putra, in front of PWTC. I am very sure for Kelantanese who work in KL and often return to the village. Definitely know how the atmosphere of Putra Stop Station was at that

NEPOTISME

Minggu lepas, di antara isu hangat diperkatakan ialah permohonan seorang ayah untuk anaknya agar dilantik sebagai ahli lembaga pengarah bagi salah sebuah GLC negara. Rujukan akhbar sharian . Surat yang berkaitan tular di sosial media dan mengundang respon negatif rakyat Malaysia. Hal ini sekaligus memperkatakan budaya Nepotisme . Apakah itu budaya Nepotisme ?. Berdasarkan Wikipedia , ia merupakan sikap lebih mengutamakan saudara-mara bagi mengisi jawatan yang berkepentingan berbanding memilih mereka yang benar-benar layak. Pada aku, budaya Nepotisme adalah sama dengan budaya kronisme. Budaya  k eduanya   harus dihapuskan dalam masyarakat.  Mampukah ia dihapuskan?, berdasarkan pengalaman aku selama ini. Budaya Nepotisme atau Kronisme akan terus wujud dalam masyarakat kita. Ia bagai sudah sebati dengan dasar pemikiran masyarakat dahulu sehingga sekarang. Budaya Nepotisme atau Kronisme bakal mewujudkan budaya rasuah secara tidak langsung dan itu amat membahayakan negara. Sebagai conto

QUARANTINE

  UJIAN APABILA MEMEGANG KUASA MENTADBIR Isu berkaitan seorang Menteri yang gagal menjalani KUARINTIN selepas pulang dari luar negara telah selesai apabila YB berkenaan meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan dan dikenakan denda sebanyak RM1000. Menteri terbabit secara sukarela mendermakan wang gajinya selaku selama 6 bulan ke Tabung Covid19. Walaubagaimanapun, disebabkan isu berkaitan dengan Menteri, maka masih wujud kritikan demi kritikan melalui sosial media. Pada aku, selagi kita bernama manusia, benda yang sentiasa kita lakukan secara sedar atau sebaliknya adalah lalai atau lupa tentang perkara yang seharusnya dilakukan begitu sebaliknya. Apabila seseorang manusia diuji dengan memiliki KUASA, semestinya keadaan ini mampu mengubah sikap manusia secara semulajadi. Sekiranya Iman yang selama ini begitu kuat di jaga, pasti tewas dengan nafsu apabila memegang kuasa. Semakin besar KUASA yang dipegang, semakin kuat ujian yang bakal mendatang, sebab itu ia bukan sesuatu membanggakan

Cultural Performing Arts

  Every country definitely has its own art of music. Has different and unique characteristics as a sign of the art of the music. Malaysia is one of the countries that has a diversity of traditional music arts. One of them is the music art of Dikir Barat which is the traditional music art for the state of Kelantan . Each state in Malaysia, has a different but interesting cultural performance art to see and learn. I don't want to talk about the history of Dikir Barat Traditional Music. I just want to share a little experience on how I learned the art of traditional Dikir Barat music when I was still a student at the University of Malaya .  When I was in the 2nd year,  4th semester. I am required to participate in co-curriculum activities which are also recorded in my Degree transcript later. Various activities are offered and one of that is Kelantan State Cultural Performing Arts (Dikir Barat) . This activity represents 2 credit hours for the semester. Apparently the activity beca

Sembang Warung Kopi

  Kelmarin aku keluar dari GUA untuk melihat perkembangan manusia sekeliling. Adakah masing sama atau sedikit berbeza, ternyata manusia itu sifatnya suka berada pada situasi selesa walaupun mengundang dosa. Ketika aku tiba, terdengar inti bicara soal SYURGA dan NERAKA, namun selang seketika mula terdengar bicara nista berkaitan dengan isu politik negara. Pelik bukan?, isu yang sangat berbahaya bagi aku kerana mampu mengubah suasana termasuk emosi yang berbicara dan mendengarnya. Hampir 90% pelanggan di warung pak cik aku ini terdiri dari kelompok warga emas atau kelompok warga pencen yang gemar menghabiskan masa selepas asar dengan bersembang pelbagai perkara sehingga waktu maghrib tiba. Maka topik atau isu yang WAJIB menjadi bahan diperbualkan adalah POLITIK, terasa pelik timbul di hati, adakah mereka tidak muak berbicara soal itu?. Adakah mereka tidak sedar, ketika penuh beremosi mengutuk atau menghina pemimpin politik, catatan dosa semakin bertambah sehelai demi sehelai?. Dari aku

MAMI JARUM

  KRITIKAN DEMI KRITIKAN Aku ingin berkongsi tentang sikap atau konsep pemikiran masyarakat Melayu terutama dikalangan orang tua-tua. Pasti ada sahaja tindakan yang kita lakukan akan menjadi bahan kritikan demi kritikan. Sebagai contoh aku, abang dan beberapa orang sepupu ketika ini berstatus bujang terlajak, maka ada sahaja orang-orang tua  bersuara dengan bertanya dengan ma atau pak cik atau mak cik tentang bilakah kami akan menamatkan zaman bujang. Adakah status bujang menganggu hidup mereka?, adakah mereka merasa dengki dengan kebahagian yang kami rasai walaupun hidup sebagai orang bujang tanpa bebanan tanggungjawab keluarga?. Jika ada anak perempuan yang belum berkahwin pada usia melepasi angka 30, kritikan akan semakin kuat diterima dengan pelbagai andaian yang diberikan seolah-olah kita golongan muda ini tiada sebarang perasaan 'terasa hati'?. Sekiranya telah mendirikan rumah tangga, pasti tahap kritikan itu akan meningkat darjatnya iaitu bila nak ada anak pula?. Itu bia

KEMALANGAN TAK DIDUGA

  MALANG SEMEMANGNYA TIDAK BERBAU Sesungguhnya dalam sebuah kehidupan manusia yang normal, kita tidak akan mengetahui bilakah kita akan diuji dengan musibah atau kecelakaan. Disebabkan itu, as Muslim kita sering dinasihatkan membaca doa sebelum melakukan apa-apa sahaja termasuk menaiki kenderaan. Pagi ini, ketika dalam perjalanan pulang setelah membeli makanan buat ibu dan aku sendiri, tiba-tiba kelihatan lalu-lintas agak perlahan, jauh dihadapan terlihat orang berkumpul, terdetik di hati pasti ada sesuatu yang terjadi. Aku menghampiri lokasi orang-ramai berkumpul, rupanya terjadi kemalangan yang agak teruk jika melihat situasi atau keadaan kenderaan yang terbabit. Mangsa yang cedera adalah penunggang motorsikal, masih muda, mungkin dalam perjalanan ke tempat kerja atau tempat belajar. Mangsa dipercayai telah melanggar van. Kesan perlanggaran jelas kelihatan. Nasib baik, ambulans dari pasukan Bomba segera sampai di tempat kejadian manakala beberapa orang lain membantu melancarkan lalu-

Student Association Dinner

The University of Malaya is one of the universities that gives freedom to its students to move actively in various types of associations, including state associations.  I have a story about how I was once invited to attend a Dinner organized by the Terengganu State Student Association, University of Malaya. The Terengganu State Student Association has invited all Terengganu students who have just registered at the University for the Dinner. Because I was born in Terengganu based on the state code on the ID number, my name is also listed. At that time, as a new University student. I'm afraid that if I don't attend the invitation, I might be subject to action. At the same time, seniors at my Residential College recognized me as a student from Kelantan. They must have been surprised when they saw my presence. The dinner was attended by state leaders. The ceremony went smoothly and the food menu was Terengganu's traditional nasi dagang . The symbolic food of Terengganu state.

Dosa Mulut

Budaya yang telah lama diamalkan termasuk aku sendiri selama ini, baru kini aku merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak menyihatkan bagi budaya ini. Apakah ia?, budaya berkumpul atau melepak di kedai atau warung kopi selepas waktu asar sehingga waktu magrib. Hakikatnya budaya lepak kedai kopi merupakan budaya seluruh dunia dari Jepun sehingga Amerika Syarikat. Sebelum sampai ke rumah, para suami akan singgah di gerai atau warung terlebih dahulu untuk minum petang sambil berbual dengan rakan sekerja atau seorang diri. Cuma bagi pemerhatian peribadi aku, budaya ini mula jadi tidak kena apabila waktunya di isi untuk mengumpat perihal orang lain terutama mengutuk dasar atau polisi kerajaan. Rata-rata pelanggan di kedai  atau warung kopi berhampiran dengan kediaman merupakan warga emas yang bekerja kampung atau pesara kerajaan. Menjadi rutin kebanyakan mereka untuk sampai ke kedai pilihan selepas waktu solat asar. Hanya secara kopi atau segelas teh o ais, jika ramai pelanggan telah tiba mak

Deputy Director

After almost 5 years worked in the hometown. Alhamdulillah, my brother got a promotion and had to move from the state office to the Headquarters in Putrajaya. Something that will definitely happen for a civil servant even if it is a pity to leave this land of Kelantan. So it's up to me to take care of my mother who is getting older. In sha Allah this year the mother is 69 years old, although she is often tested with illness, but Allah SWT always makes it easier for the mother to perform ibadah. When is my turn to return to work outside Kelantan ?. Only Allah SWT knows everything, when the world is ruled by rich people, they want to be richer, causing the poor to become poorer. How do you think the end of this old world includes myself ?. Almost a million unemployed, the number of people who are seeking jobs in Malaysia. Pandemic hit, more and more Malaysians who seem so lost sources of livelihood during this time. If an SME company is forced to go bankrupt, I still understand their

IBU MERTUA

  MENANTU PILIHAN ATAU SEBALIKNYA Aku sebenarnya tidak mempunyai pengalaman berkaitan dengan Ibu Mertua atau menantu. Maklumlah ketika ini, aku atau abang yang sulung masih dalam kategori bujang. Mungkin ada kisah yang boleh dikongsikan untuk tatapan mereka yang membaca penulisan kali ini, maklumlah apabila menyebut soal mertua atau menantu, ia boleh dikatakan sesuatu yang agak peribadi bagi sebuah ikatan perkahwinan terutama dalam masyarakat Melayu. Mertua merupakan istilah yang digunakan pada ayah atau ibu kepada pasangan yang dikahwini, kalau aku dijadikan rujukan, ia merujuk ayah & ibu kepada bakal isteri aku nanti. Cuma betulkah mertua terutama ibu mertua tidak boleh tinggal bersama menantu?. Aku tidak pasti jika menyentuh soal tersebut, cuma aku ada pengalaman berkenaan satu pasangan suami-isteri yang pada mata jiran tetangga bahagia. Namun apabila satu malam, kedengaran suara wanita menangis dan suara lelaki yang menengking sehingga kedengaran satu taman, itu sesuatu yang me