Posts

Showing posts from June, 2022

AIR KELANTAN PART 4

  Disebabkan tekanan air paip rumah aku tetap rendah setelah bersabar sejak dari Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Aku membuat aduan rasmi kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Pagi ini, plumber dari AKSB datang ke rumah bagi membuat pemeriksaan, berdasarkan kenyataan tidak rasmi plumber yang datang. Sememangnya tekanan air ketika ini di kawasan Pekan Ketereh sangat rendah. Aku pelik kerana  sebelum tangki air AKSB Ketereh dinaik taraf menjadi Loji Rawatan Air (LRA), tekanan air adalah stabil. Sangat memuaskan hati, namun apabila ia dinaik taraf kepada LRA. Perkhidmatan bekalan air AKSB bagi kawasan Ketereh sangat mengecewakan. Malah, plumber AKSB berkongsi, hanya ketika waktu malam baru tekanan air lebih tinggi berbanding waktu siang. Malah, aku nampak seperti tiada usaha pihak syarikat untuk mengatasi masalah tersebut. Plumber AKSB memberi cadangan bagi mengatasi masalah tekanan air adalah dengan aku memasang tangki simpanan air tambahan di luar rumah beserta mesin air sekali. Wow

AIR KELANTAN PART 3

 Lo nie , di antara isu hangat diperdebatkan adalah isu bekalan air paip di Negeri Kelantan. Satu isu yang aku lihat seperti telah lama wujud. Cuma respon dari pihak yang berkenaan amat mendukacitakan dan tidak memenuhi kehendak rakyat Kelantan. Kritikan demi kritikan di buat oleh semua pihak yang berkaitan terutama dari rakyat sendiri yang terkesan selain pihak pembangkang yang sentiasa cuba menunjukan kelemahan pengurusan negeri Kelantan sepanjang ditadbir oleh PAS.  Tidak dinafikan, negeri lain turut mengalami masalah yang sama seperti yang dialami rakyat di Kelantan.  Disebabkan negeri Kelantan diperintah oleh PAS, maka ia mendapat lebih perhatian dari pihak dari dalam dan luar dari Kelantan. Pada aku secara peribadi. Isu bekalan air paip lebih utama dibahaskan kerana sebagai seorang Muslim, sentiasa menggunakan air bersih terutama dalam soal kebersihan diri dan ibadah. Ketika aku mengemaskini penulisan entri kali ini, bekalan air paip di kawasan rumah aku di Pekan Ketereh mengalam

Subsidi Rakyat

  Bagaikan telah diduga bahawa pihak kerajaan bakal melaksanakan polisi baru terutama berkaitan rakyat Malaysia. Cuma aku tidak pasti adakah ia adalah pilihan terbaik buat semua atau sebaliknya. Selepas ini kejutan apa yang bakal diberikan kepada rakyat?, cuma aku rasa rakyat sedia maklum bahawa ia pasti terjadi cuma tempoh masa sahaja belum pasti, kini Subsidi Rakyat bakal ditarik satu demi satu. Bermula 1 Julai 2022, subsidi ayam, telur dan minyak masak botol akan dihapuskan oleh pihak kerajaan. Ia berdasarkan laporan berikut siakapkeli  atau HMetro . Adakah rakyat Malaysia bersedia menghadapi gelombang kenaikan harga barangan keperluan selepas ini?. Sepanjang aku hidup di Malaysia, kebiasaan yang terjadi apabila harga barangan keperluan seperti minyak masak atau telur naik. Barangan yang tiada kaitan juga akan naik harganya. Pelik tapi itu yang aku lihat sepanjang hidup ini, aku kini berusia 40 tahun. Walau apapun alasan yang dikemukakan oleh kerajaan semasa. Apa yang pasti ia past

Pembedahan Kecil

  Catatan hari ini, in sha Allah, cousin aku akan menjalani pembedahan kecil hari ini setelah pihak Hospital berjaya mendapatkan slot pembedahan bagi cousin aku.  Mak cik aku yang baru pulang ke Kelantan pada Jumaat yang lalu terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur sekali lagi untuk menemani anaknya bersama anak yang bongsu. Saudara-mara di kampung hanya mampu berdoa semoga pembedahan kecil tersebut berjalan lancar. Pada awalnya mak cik aku beranggapan cousin aku akan mendapatkan slot pembedahan dalam tempoh mungkin 2-3 bulan berikutnya. Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan segala urusan, pembedahan kecil cousin aku jatuh pada hari ini.  Mak cik aku kali ini tidak menaiki kapal terbang seperti sebelumnya, hanya menaiki bas walaupun pada awalnya cousin aku ingin menempahkan tiket kapal terbang. Kasih seorang ibu, walaupun penat masih belum hilang, apabila mendengar anak akan menjalani pembedahan, dikuatkan diri untuk menemani anak yang semestinya memerlukan ibunya sebelum dan selepas pembe

Had Umur Jemaah Haji

  Penulisan kali ini, aku tertarik kepada topik  Had Umur Jemaah Haji yang ditetapkan. Umumnya setiap Umat Islam yang berkemampuan diwajibkan ke atas mereka untuk menunaikan ibadah Haji sekali seumur hidup. Ia merupakan Ibadah yang  termasuk Rukun Islam yang ke-5.  Menjadi Impian setiap Umat Islam untuk menunaikan Ibadah Haji jika berkemampuan, oleh itu ramai yang menabung sekian lama, namun mungkin keadaan semasa membuatkan umat Islam hanya mampu berhajat tetapi pasti tidak dapat menunaikannya. Berdasarkan laporan seperti di hmetro atau awani , di antara syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi ialah hanya Jemaah berusia 18 tahun 65 tahun dibenarkan menunaikan Haji.  Selain itu syarat lain yang ditetapkan ialah bacaan gula dalam darah (mungkin merujuk pesakit kencing manis), tekanan darah serta BMI (berat badan) bagi setiap bakal jemaah wajib normal atau terkawal nilai bacaannya. Semestinya syarat terbaru yang dikeluarkan ini, mengecewakan ramai pihak terutama warga emas yang

Ketuanan

  Penulisan kali ini, aku tertarik pada konsep yang sering aku dengar iaitu konsep  "Ketuanan" . Satu konsep yang sering aku dengar sejak dari kanak-kanak sehingga dewasa. Konsep ini biasa digunakan oleh parti politik tanpa aku faham matlamat konsep ini bila sering dikatakan kepada umum. Cuma aku ingin menyentuh persoalan, adakah benar Melayu masih menjadi Tuan?. Berdasarkan maksud Ketuanan  merujuk wikipedia dan DBDP.  Apakah Ketuanan  itu hanya merujuk kepada penguasaan politik semata-mata?. Konsep Ketuanan  pada pendapat aku telah melalui perubahan berdasarkan catatan sejarah. Ia mungkin sangat tepat ketika digunakan dalam melawan dasar Malayan Union yang diperkenalkan oleh penjajah British dalam tahun 1940-an. Adakah ia masih relevan di saat ini?. Jika merujuk laporan portal FMT  atau Malaysiatercinta berkaitan senarai orang terkaya di Malaysia. Mengapa hanya beberapa orang Melayu sahaja yang tersenarai?. Seharusnya jumlah orang melayu yang tersenarai sebagai 50 orang

Apa Pilihan PAS

 Catatan  kali ini, aku ingin mengupas isu berasaskan laporan akhbar tempatan, di antaranya ialah bharian , utusan dan FMT . Semestinya ia berkaitan perkembangan politik semasa. Ia berkaitan kenyataan balas Pengerusi Barisan Nasional terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS. Merujuk laporan akhbar Bharian . Berdasarkan laporan akhbar tersebut, keadaan semakin jelas dan aku berharap PAS sedar bahawa saat ini PAS perlu membuat pilihan. Mustahil untuk MN atau PN menjadi satu pada pandangan peribadi aku. Aku percaya rakyat Malaysia mengetahui kewujudan Muafakat Nasional (MN) yang terdiri dari kerjasama parti PAS dan UMNO.  Kemudian rakyat Malaysia turut mengetahui bahawa PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) , di anggotai oleh beberapa buah parti dan di antaranya ialah BERSATU. Sebelum ini, aku melihat PAS cuba mempertahankan kedua-duanya iaitu MN dan PN . Pada pendapat aku, ia sangat sukar kerana dasar dan hala tujunya mengikut pemahaman aku, jelas berbeza. Sejujurnya aku

Harga Barang Mula Naik

  Penulisan kali ini, aku ingin berkongsi pandangan berkaitan kenaikan harga barangan di pasaran tempatan. Berdasarkan beberapa laporan berikut bharian , sharian dan utusan . Naikan harga barang adalah pasti terjadi cuma seberapa besar margin kenaikan tersebut. Aku selama ini, tidak begitu terasa kenaikan harga barang disebabkan hanya tinggal berdua dengan ibu. Kini mulai merasakannya bila produk aiskrim yang sebelum ini aku beli RM1.80 sen satu menjadi RM2.00 satu. Jika dibuat bancian, aku percaya banyak barangan keperluan atau kegunaan harian yang mula menunjukan kenaikan walaupun tidak begitu ketara. Hal ini bermakna bukan hanya ayam proses sahaja mengalami kenaikan harga, barangan lain sama. Adakah pembeli sedar atau tidak kenaikan tersebut. Malah aku terasa ada pihak cuba mengambil kesempatan di atas kenaikan yang berlaku, bayangkan harga maggi goreng yang biasa dijual di antara RM4 - RM 5 sebungkus, naik sehingga RM6 sebungkus. Aku berharap pihak berkuasa seperti KPDNHEP membuat

Desak Bubar Dewan Rakyat

Penulisan kali ini aku ingin berkongsi pandangan berkenaan isu desakan pihak tertentu untuk Perdana Menteri membubarkan Dewan Rakyat bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan. Difahamkan, tempoh matang Dewan Rakyat adalah sehingga tahun 2023 iaitu tahun hadapan. Tapi ada pihak sepertinya tidak mampu bersabar untuk menanti tarikh matang Dewan Rakyat. Jika kita meneliti beberapa laporan semasa seperti awani , bharian dan sinar . Desakan demi desakan terus diberikan agar Dewan Rakyat di bubarkan. Adakah disebabkan kemenangan demi kemenangan yang diperolehi pada beberapa Pilihan Raya Negeri menyebabkan timbulnya desakan tersebut?. Adakah pihak yang mendesak benar-benar yakin mampu menguasai Dewan Rakyat kembali seperti sebelum PRU ke-14?. Pada aku, seeloknya semua pihak sabar dan tunggu sehingga Dewan Rakyat sampai pada tempoh matangnya. Baik fokus kepada proses pemulihan ekonomi rakyat ketika ini. Tanggungjawab membantu rakyat menjalani proses pemulihan bukan hanya terletak di