Posts

Showing posts from May, 2020

Belajar Soal Politik Negara

AKU & DUNIA POLITIK MALAYSIA Politik merupakan salah satu topik yang sentiasa menarik untuk dibicarakan tanpa mengira masa dan tempat. Dalam budaya Melayu, warung atau kedai kopi menjadi tempat utama terjadinya perbincangan topik politik tanahair Mengikut Wikipedia , perkataan politik boleh didefinisikan sebagai proses atau cara untuk menghasilkan sesuatu keputusan bagi sesebuah kumpulan. Persoalan kerap ditimbulkan apabila berbicara soal politik iaitu "bagaimana politik" & "mengapa politik". Aku lahir dalam keluarga yang berpendapatan sederhana, walau tak kaya tetapi tidak juga merempat untuk mendapatkan sesuap nasi untuk anak-anak. Arwah abah, merupakan salah seorang penyokong tegar dalam dunia politik tanahair. Walau hanya sekadar penyokong tanpa sebarang jawatan. Semangat abah dalam politik sangat kuat, maka tidak hairan sekiranya setiap kali ada aktiviti politik, aku akan diangkut bersama kerana ma bekerja. Parti Semangat 46 atau S46 merup

DRAMA POLITIK MALAYSIA BERSAMBUNG

MENDAPAT SOKONGAN 129 AHLI PARLIMEN? Minggu ini, aku melihat dunia politik tanahair kembali hangat diperkatakan apabila pihak penyokong pembangkang menyatakan bahawa blok pembangkang kini mempunyai bilangan ahli parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Benarkah dakwaan tersebut?. Ketika negara masih dalam keadaan berusaha untuk bangkit dari kesan Pandemik COVid19. Polemik yang ditimbulkan sedikit sebanyak dibimbangi menimbulkan ketidak keyakinan para pelabur untuk menanam modal, pada pendapat peribadi aku. Ketika ini, data-data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukan jumlah pesakit yang positif semakin menuju ke arah sifar. Bagi aku, ia bukan jaminan tidak akan berlaku sebarang gelombang penularan baru pandemik yang sedang mengancam dunia ketika ini. Melalui media sosial, dilaporkan bahawa pada persidangan Dewan Rakyat yang dijangka akan bersidang sekitar bulan julai nanti, pihak PH akan cuba membawa usul tidak percaya terhadap kep

SOP DINE IN

Aku difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan telah memberi kebenaran untuk  makan/dine in di kedai makan atau restoran dengan syarat setiap pelanggan harus mematuhi SOP ketika berada di premis.  Persoalan yang mula dibangkitkan. Adakah SOP yang ditetapkan mampu diikuti sepenuhnya?, sekiranya kita amati, Kelantan mempunyai bilangan kedai makan yang banyak. Keistimewaan di Kelantan, tidak perlu risau tentang gerai atau restoran kerana ia banyak di buka di kiri dan kanan bahu jalan. Sebagai contoh dari Pekan Ketereh sehingga Kota Bharu, lebih dari 10 buah gerai atau restoran yang dibuka, hanya menanti pelanggan singgah sahaja, cuma berbeza dari segi kapasiti pelanggan.  Pak cik aku sendiri ada kedai makan yang bersaiz kecil, hanya menyediakan 3 meja untuk pelanggan, bagaimana untuk pak cik aku mengikuti SOP yang ditetapkan iaitu dari segi penjarakan?. Kedai makan atau restoran kebiasaan berada di lokasi jalan utama, mudah untuk pihak berkuasa melakukan pemantauan SOP setiap masa,

Klinik Penuh

Hari ini, aku plan bawa ibu untuk menjalani pemeriksaan lanjutan selepas peristiwa diserang demam panas sebelum ini. Peristiwa yang tidak disangka-sangka dan menimbulkan kebimbangan buat kami sekeluarga. Keadaan ibu ketika ini, alhamdulillah semakin baik. Cuma bahagian betis sebelah kaki kiri masih mengalami komplikasi kerana masih berwarna merah dan bengkak. Ia menandakan bahawa kaki ibu masih mempunyai kuman sehingga membawa kepada demam panas. Dengan ditemani salah seorang cousin. Pada awalnya, aku melihat keadaan klinik sedikit lenggang, maka aku daftarkan ma di kaunter. Tidak sampai 10 minit, keadaan klinik semakin sesak dengan ketibaan pesakit. Keadaan itu membuatkan aku sedikit tidak selesa kerana waktu sekarang, Malaysia masih dalam tempoh PKPB dan kes COVid19 yang positif masih wujud. Apabila difikirkan mendalam, aku batalkan hasrat untuk mendapatkan ma rawatan susulan. Rupanya hari ini merupakan hari pertama klinik terbabit mula beroperasi selepas Hari Raya

Kisah 2 Syawal

Apabila kita beraya dalam waktu PKP, masih tiada kebenaran yang diberikan untuk umat Islam berkunjung ke rumah sanak saudara atau sahabat handai pada Syawal ke-2. Oleh itu, aku & family meneruskan aktiviti seperti biasa yang dilakukan sebelum Ramadhan iaitu aku akan menyediakan makanan buat keluarga. Walaubagaimanapun, ada sahaja kelompok yang mencuba melanggar larangan yang ditetapkan, akhirnya rumah mereka menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka iaitu pihak PDRM. Apabila PDRM buat rondaan, terjumpa rumah yang mempunyai jumlah kenderaan yang banyak di hadapan rumah, pasti disinggahnya. Menu sarapan pagi kami hari ini ialah roti tempayan yang berharga RM4 sebiji, nasi bungkus berlauk ayam RM2.50.  Selang beberapa minit kemudian, kami menerima nasi goreng semangkuk dari ibu saudara sebelah rumah. 2 Syawal,  Umairah Amani iaitu anak cousin aku terkena musibah, tangannya tersepit pintu grail, nasib baik Abinya bergegas membawa Umairah ke bahagian kecemasan Klinik Kesihatan. Ten

Tidak Boleh Balik Kampung

Kita semua mengetahui bahawa Malaysia masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Setiap hari pihak KKM atau MKN melaporkan maklumat terkini berkenaan Pandemik COVid19.  Ketika ini jumlah pesakit yang positif masih berada dalam nilai 2 digit. Satu perkara yang tidak membanggakan kerana ia mampu terus meningkat setiap hari. Di antara isu yang sedang hangat diperkatakan melalui pelbagai media ialah isu kebenaran rentas negeri bagi rakyat Malaysia, hal ini kerana rentas negeri adalah dilarang oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh PKPB kecuali mempunyai alasan yang kukuh ketika membuat permohonan. Ketika 1 Syawal semakin hampir, semakin ramai rakyat Malaysia cuba mendapatkan kebenaran untuk merentas negeri, harus diingatkan bahawa larangan ini dikuatkuasa demi mengelakkan berlaku penularan wabak pandemik COVid19 dari kawasan berstatus merah ke kawasan berstatus hijau. Negeri Kelantan yang sebelum ini berstatus hijau selama sebulan kerana tiada rekod rakyat tempa

Solat Jumaat di Universiti

Solat itu secara umum adalah satu ibadah buat umat Islam. Solat boleh dibahagikan kepada dua iaitu wajib dan sunat. Bagi kaum lelaki yang beragama Islam, diwajibkan ke atas mereka untuk menunaikan solat Jumaat. Apabila bercerita soal solat Jumaat, Masjid yang sering menjadi tumpuan para pelajar menunaikan solat ialah Masjid Ar-Rahman berhadapan pintu utama Universiti Malaya atau Masjid di Akademik Pengajian Islam.  Kapasiti Masjid Ar-Rahman lebih luas berbanding Masjid Akademik Pengajian Islam. Kebiasaan aku menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak Universiti untuk menunaikan solat Jumaat.  Bas yang disediakan akan dinaiki oleh siswa kolej 3,4 dan 7 kerana kolej kami bersebelahan. Aku dan rakan-rakan yang menggunakan bas, harus makan tengahari lebih awal di dewan makan, jika terlewat maka terlewatlah kami untuk menaiki bas ke Masjid. Bas yang biasa kami naik merupakan bas lama, mungkin ketika bas di zaman peringat atuk kami bergelar pelajar universiti. Bagi memastikan t

Entrepreneur failed

When entering the University, there are definitely many things to be learned not only in the lecture hall. The story started when I bought printed to make it easier for me to print assignments. When entering the final year, the assignments that the lecturer gave a lot, at the same time I was in the process of preparing the thesis which is a COMPULSORY assignment for every final year student. Suddenly I thought of doing a printed business for the male residents of the college, by offering a much cheaper price than a cyber café. With computer and printed capital. I was fortunate, not prosecuted by the hostel supervisor for doing such business. My intention at first was just to learn how to do business and not to make a profit. Alhamdulillah, the response was very encouraging even though the profit margin was only small. I'm lucky to have a roommate who also helps my business when I'm not in the room when there are students who want to print their assignments. I knew it was incon

Aku Bentara Parlimen Belia

Menjadi Bentara bagi Persidangan Parlimen Belia mungkin menjadi salah satu kenangan manis aku ketika bertugas di KBS. Aku dilantik sebanyak 2 kali sebagai Bentara terutama di bulan-bulan terakhir aku berkhidmat di KBS, ketika itu di bawah YB Menteri KJ. Ketika aku di Sekretariat Parlimen Belia, bertempat aras 11, menara KBS, Putrajaya. Aku tolong pegawai yang bertanggungjawab di Unit promosi, kemudian logistik dan akhir sekali unit bentara yang bertugas sepanjang persidangan. Pihak Sekretariat menetapkan pemakaian rasmi bentara sepanjang persidangan adalah baju melayu berwarna hitam, siap bersongkok dan bersamping. Masalah timbul apabila aku tiada baju melayu sepanjang berwarna hitam seperti pihak sekretariat tetapkan. Seminggu sebelum persidangan, aku berusaha mencarinya, dari bangi hingga ke jalan masjid india. Alhamdulillah, setelah beberapa hari mencari, aku jumpa baju melayu sepasang berwarna hitam yang kena dengan saiz tubuh aku di Wisma YAKIN. Hari persidangan akhirnya tiba, per

AIDILFITRI PKP 2020

HARI RAYA AIDILFITRI PADA TAHUN INI SANGAT BERBEZA DARI TAHUN SEBELUMNYA. Seminggu lagi, seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Syawal menanda telah berakhirnya Ramadhan yang belum tentu kita temui pada tahun hadapan. 1 Syawal seperti kita sedia maklum merupakan Hari Raya Aidilfitri, hari meraikan kejayaan kita menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Walaupun begitu, 1 Syawal kali ini sangat berbeza bukan hanya untuk aku tetapi buat semua Umat Islam di Malaysia khususnya, 1 Syawal jatuh dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Itu bermakna, tiada sebarang pergerakan pulang ke kampung dibenarkan atau bahasa lain ialah rentas negeri. Menjadi kebiasaan, apabila menjelangnya Hari Raya, boleh dikatakan hampir seluruh anak-anak perantau berasal dari Kelantan akan pulang. Laluan Kuala Krai ke Kota Bharu, melalui Pekan Ketereh, kebiasaan menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan yang sangat ketara. Tahun ini mungkin berbeza, namun pada pe

We and Mom

A few days ago, it was a day when children cherished their mother, it was celebrated by children all over the world. How to convey the appreciation is up to the children, but it seems almost the same, which is to buy a gift for a dear mother.  In my family, we rarely practice what today's society practices, including the celebration of Mother's Day, but that does not mean that me and my brother do not love our mother. Since my father passed away in 2007, I took on the responsibility of taking care of my mother in the village, although there was a dream that I wanted to pursue but because at that time I was still unemployed compared to my brother who had worked. I have to sacrifice.  I do not intend to leverage the sacrifices that I have made all this time, just express the feelings that are in my mind & heart all this time. This is because I think the story of my life journey should be better than the way life went. After several years of harboring feelings, God allowed m

Jungle Tracking

Another old story I want to share here. the story of my experience climbing a mountain while attending one of the programs organized by the 7th Residential College, UM.  Around the years 2005/06 . The location of the program is located in the area of Janda Baik, Pahang. The activity started early in the morning after the dawn prayers, to be honest this was the first time I tried to climb the mountain, with no experience, I was wearing shoes that were not suitable for the activity, namely wearing school shoes. Of course I am the most backward participant to avoid the movement of other participants to be slow due to waiting for me. Luckily there are friends who are willing to help me during the climb. The steep climbing conditions, due to the day before the rain, made the climbing path challenging for all participants and including me once. Several times I slipped while climbing to reach the destination waterfall. My stamina at that time was very weak, to continue the climb, I needed

BAZAR RAMADHAN 2020

KISAH BAZAR RAMADHAN 2020 DI PEKAN KETEREH, KELANTAN. BAZAR RAMADHAN ONLINE & OFFLINE Apabila tibanya bulan Ramadhan, tempat yang wajib ada ialah Bazar Ramadhan. Tempat untuk rakyat Malaysia mendapatkan pelbagai juadah makanan untuk berbuka puasa. Setiap kali Ramadhan, aku wajib berkunjung ke baazar selepas solat asar untuk membeli juadah yang kena dengan selera kami untuk dijadikan juadah untuk berbuka. Bahkan dalam satu-satu daerah, bukan hanya ada satu baazar sahaja, ada 2 - 3 baazar yang berlainan dalam daerah yang sama. Cuma pada Ramadhan kali ini, situasi agak berbeza dengan keadaan dunia sedang berdepan Pandemik COVid19. Sebarang perhimpunan dilarang sama sekali termasuk jualan makanan di bazar ramadhan. Rutin keluarga aku sedikit berbeza iaitu bagi juadah waktu berbuka, tugas abang untuk membelinya. Manakala tugasan aku untuk membeli lauk untuk bersahur serta minuman & kuih untuk berbuka. Di Pekan Ketereh ketika ini, tiadak banyak kedai makanan yang dibuka

Politik Universiti

Banyak perkara yang aku menimba pengalaman di Universiti, bukan hanya belajar semata-mata. Pada aku, amat rugi seorang mahasiswa itu jika tidak menimba sebanyak mungkin pengalaman sepanjang tempoh di Universiti kerana ia hanya sekali seumur hidup. Di antara pengalaman tersebut ialah penglibatan aku dalam arena politik kampus. Universiti Malaya merupakan salah satu Universiti pada pandangan aku,  memberi peluang kepada para pelajarnya aktif dalam politik. Pemilihan pemimpin Mahasiswa dijalankan dalam bentuk Pilihan Raya. Pilihan Raya kampus pula terbahagi kepada Pilihan Raya peringkat fakulti dan Universiti. Ia boleh disamakan seperti Pilihan Raya peringkat Dun dan Parlimen di Malaysia. Bagi tahun pertama aku di Universiti, aku dilihat oleh pelajar senior untuk menjadi jentera Pilihan Raya bagi calon pelajar peringkat Fakulti Sastera dan Sains Sosial ketika itu. Tugas aku hampir sama seperti jentera parti politik di luar Universiti, malah aku harus meraih undi dari para pelajar Universi

Program OPKIM

Image
Sebelum menamatkan pengajian di Universiti secara rasminya pada tahun 2006, aku berpeluang unuk menyertai program OPKIM anjuran Kolej Kediaman Ke-7, UM.  Lokasi yang menjadi pilihan adalah sebuah Felda di kawasan Hulu Selangor. Sejujurnya ini merupakan kali pertama aku menyertai program sebegini kerana sepanjang berada di Universiti, lebih terlibat dengan aktiviti dalam kampus semata-mata berbanding berkongsep khidmat masyarakat. Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan perjalanan kami menuju ke destinasi program dijalankan, aku terharu melihat sambutan yang dibuat oleh penduduk setempat di Dewan Orang Ramai.  Jamuan ringkas turut diadakan, simple tetapi menyelerakan, seingat aku, melihatkan menu masakan pada hari itu, pasti aku tidak menyentuhnya tetapi kali ini aku makan penuh berselera, mungkin disebabkan penat dan makan berjemaah. Sesi perasmian berjalan lancar, aku di pasangkan dengan saudara Yunos sebagai anak angkat bagi keluarga kami di Felda tersebut. Kami ada adik angkat kemb

Join Program at University

Among the memories I had while studying at the University before. I have been the Director of several programs at the Residential College and the Department of Media Studies, University of Malaya.  Probably due to too many programs that I participated in causing me to lose focus on studies, the actual period of 3 years is a short period to get a Bachelor's Degree from a reputable University. While in my final year, I was supposed to spend time preparing a thesis proposal but was more active in extracurricular activities. I managed to be the Program Director for 2 programs, one program of the Kelantan student association and the other director of the residential college program. For the Director of the residential college program, the name of the program is Tautan Kasih . Involves orphans. The program runs for 3 days 2 nights, basically the program looks very simple but is very beneficial to the participants especially those who are residential college residents who are directly or

Festival Universiti Malaya

Di antara saat yang tidak harus di sia-siakan oleh seorang Mahasiswa Universiti Malaya ialah apabila pihak universiti menganjurkan  Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) . Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan sepanjang tempoh FESKUM di adakan. Di antara aktiviti yang menarik perhatian ialah festival kesenian yang melibatkan pertandingan pelbagai cabang kesenian yang melibatkan mahasiwa yang mewakili kolej kediaman masing-masing.    Di antara kesenian yang dipertandingkan ialah Tarian tradisional atau kreatif. Battle of band, nasyid dan pelbagai lagi. Para pelajar yang terlibat dengan pertandingan tersebut, kebiasaan dianggap sebagai artis kolej kediaman, pelajar popular di kolej kediaman masing-masing. Semakin hampir kepada sesebuah pertandingan, semakin kerap latihan demi latihan diadakan. Kebiasaan waktu siang, aktiviti kuliah berjalan seperti biasa tetapi apabila malam suasana berubah. Waktu FESKUM , penghuni yang terlibat akan sibuk menjalani latihan demi latihan. Di