Posts

Showing posts from May, 2019

Kisah Setahun Sekali

Bazar Ramadhan merupakan tempat paling istimewa sepanjang bulan Ramadhan. Ketika ini, setiap pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai pilihan yang mungkin hanya ditemui ketika Bazar Ramadhan sahaja. Terutama kuih tradisional yang sukar ditemui.  Sebagai contoh di Kelantan, kuih-muih seperti "TAHI ITIK", "JALA EMAS" & "BUAH TANJUNG" merupakan kuih-muih yang pasti kita tidak jumpa setiap hari, hanya di Bazar Ramadhan baru kita menemui kuih yang istimewa ini. Aku percaya setiap negara Islam pasti mempunyai cara yang berbeza untuk menawarkan pilihan makanan untuk dijadikan menu berbuka. Bahkan saiz bazar ramadhan turut berbeza, ada yang kecil, sederhana dan ada besar, bazar ramadhan yang besar di Kelantan yang biasa aku kunjungi ialah di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. Waktu yang mula orang berkunjung ke bazar adalah sekitar pukul 4.00 petang sehingga hampir waktu berbuka. Baazar Ramadhan ini, kita hanya merasainya dalam tempoh sebulan dalam set