Kisah Setahun Sekali

Bazar Ramadhan merupakan tempat paling istimewa sepanjang bulan Ramadhan. Ketika ini, setiap pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai pilihan yang mungkin hanya ditemui ketika Bazar Ramadhan sahaja. Terutama kuih tradisional yang sukar ditemui. 

Sebagai contoh di Kelantan, kuih-muih seperti "TAHI ITIK", "JALA EMAS" & "BUAH TANJUNG" merupakan kuih-muih yang pasti kita tidak jumpa setiap hari, hanya di Bazar Ramadhan baru kita menemui kuih yang istimewa ini. Aku percaya setiap negara Islam pasti mempunyai cara yang berbeza untuk menawarkan pilihan makanan untuk dijadikan menu berbuka.

Bahkan saiz bazar ramadhan turut berbeza, ada yang kecil, sederhana dan ada besar, bazar ramadhan yang besar di Kelantan yang biasa aku kunjungi ialah di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. Waktu yang mula orang berkunjung ke bazar adalah sekitar pukul 4.00 petang sehingga hampir waktu berbuka.

Baazar Ramadhan ini, kita hanya merasainya dalam tempoh sebulan dalam setahun. Waktu operasi yang aku tahu bermula dari pukul 3 petang sehingga menghampiri waktu berbuka. Aku selaku pengunjung tetap setiap kali baazar ramadhan di adakan, pasti pelbagai karenah atau telatah yang aku saksi atau temui.

Setiap baazar mempunyai keistimewaan yang berbeza terutama dari segi menu yang dijual atau rasanya, disebabkan itu, ada yang sanggup pergi ke baazar yang jauh dari kawasan kediaman demi mendapatkan kepelbagaian dan keenakan rasa. 

Selaku tukang membeli juadah, bukan semua gerai boleh dibeli menunya, bergantung kepada bagaimana cara menguruskan gerai itu, adakah bersih atau terdedah dengan udara. Walaupun ada lebih kurang 50 gerai jualan, hanya 2 memenuhi piawaian aku berhubung kebersihan.

Ragam lain yang aku sering terjumpa ialah tempoh untuk memilih juadah yang ingin dibeli, sedangkan orang lain sedang menunggu giliran membeli. Tidak keterlaluan untuk aku katakan, ada yang mengambil masa 5 - 10 minit untuk membeli satu lauk sahaja.

Kisah berikut yang sentiasa terjadi pada aku, sebelum sampai baazar, budget untuk membeli hanya RM10-RM15 sahaja, apabila sampai terus naik sehingga RM30-RM50 sehari, hal ini kerana mata rambang melihat lauk-pauk yang dijual ketika perut sedang lapar bercampur dengan rasa tidak cukup jika tidak tambah senarai menu.

Bagi baazar ramadhan kali ini, aku lihat hampir kebanyakkan pembeli mula ambil langkah jimat cermat, mungkin mengenangkan gaji bulan depan masih jauh sedangkan in sha Allah raya Aidilfitri akan disambut pada 5-6 Jun 2019. Ini bermakna ada juadah yang tidak habis dijual serta berpotensi untuk dijual pada hari berikutnya.

Apapun jangan sampai berbuka hingga lupa berterawih walaupun hanya 8 rakaat. Sesungguhnya bukan salah baazar ramadhan jika ada yang gugur syahid selepas solat isyak akibat kekenyangan melampau.


Di Kelantan, bagaikan satu budaya apabila selesai sahaja solat sunat terawih, pasti singgah gerai untuk membeli makanan moreh, kalau di Kelantan, ia dipanggil colek.


Colek pula ada pelbagai jenis, ada colek buah, colek kerang, colek popia goreng atau pelbagai lagi pilihan yang ditawarkan. Boleh dikatakan hampir setiap pembeli pasti tidak mampu menghabiskan colek yang dibeli.


Begitu juga juadah berbuka yang dibeli di bazaar ramadhan, pasti ada berbaki, akhirnya ke bangku sampah jua, berlakulah pembaziran di bulan Ramadhan yang mulia.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?