Sikap Masyarakat

Aku mengikuti laporan berita yang berkenaan kejadian penduduk setempat yang mencuri susu dari lokasi berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah treler pengangkut barang yang terbalik.

Dilaporkan bahawa orang-ramai yang berpusu-pusu ke lokasi kejadian bukan untuk menolong mangsa kemalangan tetapi mengambil kesempatan pula di atas kesulitan yang dihadapi. 

Persoalannya ialah adakah ini yang diajar oleh Islam?. Hal ini kerana hampir kesemua individu yang disyaki terbabit adalah beragama Islam.

Siapa yang ingin ditimpa musibah? atau sebarang kecelakaan?. Begitu pada pemandu lori tersebut yang difahamkan ketika kejadian membawa muatan 1500 karton susu, selepas selesai proses pembersihan lokasi kemalangan, jumlah muatan yang berbaki 149 karton dan 11 tin susu sahaja manakala selebihnya hilang tanpa dapat dikesan.

Malaysia akan memasuki tahun 2020, tahun yang mana mantan Perdana Menteri ke-4 meletakkan target Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang berstatus negara maju. Apabila kejadian sebegini terjadi, adakah kita masih dilandasan betul atau kembali ke zaman era sebelumnya?.

Media melaporkan bahawa setelah pihak Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 kanun keseksaan kerana mencuri. Beberapa karton susu didakwa telah dipulangkan kembali tetapi jumlahnya belum dikenalpasti.

Dari satu sudut berbeza, aku melihat tahap mentaliti masyarakat kita waktu ini, adakah beranggapan bahawa bahan makanan yang tercicir disebabkan kemalangan, halal untuk diambil?.

Adakah berbaloi masuk penjara atas dakwaan mencuri susu?. Adakah rakyat Malaysia kini, benar-benar hidup tersempit?.

Boleh dikatakan setiap kali berlaku kemalangan melibatkan barangan keperluan rakyat, pasti berlaku perkara seperti yang dilaporkan. Ia tidak fokus pada bangsa, agama atau negeri.

Adakah rakyat di negara maju seperti Jepun atau Korea akan bertindak sedemikian?. Jika tidak, alangkah malunya kita dengan apa yang terjadi.

Aku bukan ingin menyentuh barang yang diambil tetapi sikap orang yang mengambil. Aku melihat seolah-olah diminda mereka bahawa barang kemalangan mungkin diistihar rosak, dari dibuang baik diambil.

Apapun aku fikirkan soal mecuri ini?, hanya pelaku sahaja mengetahui alasan mengapa melakukan perbuatan sedemikian. Aku bimbang nanti menjadi ikutan anak-anak pula. Habis tercemar acuan pemikiran generasi baru kita kelak.

Mampukah untuk kita katakan bahawa kejadian sedemikian tidak akan berlaku lagi di masa hadapan?. Adakah kita yakin?. Aku rasa tiada seorang pun mempunyai jawapan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?