AIDILADHA 2020
Apabila pihak kerajaan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, maka terjadi peningkatan jumlah kenderaan di beberapa buah negeri terutama bagi negeri Kelantan. Walaupun berdasarkan data kemasukan kenderaan ke Kelantan pada tahun-tahun sebelum ini, jumlah kemasukan pada tahun ini agak berkurangan tetapi masih mengundang risiko penularan pada pendapat peribadi aku. Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan apabila segala aktiviti ekonomi dihentikan selama hampir 4 bulan termasuk sesi persekolahan bermula Mac hingga Jun. Namun disebabkan berlaku situasi "ambil mudah" oleh rakyat Malaysia sendiri terhadap SOP yang sangat ditekankan oleh KKM & MKN. Maka ketika ini, keadaan pandemik COVid19 bagaikan wujud permulaan Gelombang ke-3 penularan. Dari sudut pandangan aku, di antara faktor yang mempengaruhi penularan COVid19 ialah sikap rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara, tidak mematuhi arahan KUARINTIN 14 hari yang ditetapkan. ...