AIDILADHA 2020
Apabila pihak kerajaan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, maka terjadi peningkatan jumlah kenderaan di beberapa buah negeri terutama bagi negeri Kelantan.
Walaupun berdasarkan data kemasukan kenderaan ke Kelantan pada tahun-tahun sebelum ini, jumlah kemasukan pada tahun ini agak berkurangan tetapi masih mengundang risiko penularan pada pendapat peribadi aku.
Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan apabila segala aktiviti ekonomi dihentikan selama hampir 4 bulan termasuk sesi persekolahan bermula Mac hingga Jun.
Namun disebabkan berlaku situasi "ambil mudah" oleh rakyat Malaysia sendiri terhadap SOP yang sangat ditekankan oleh KKM & MKN. Maka ketika ini, keadaan pandemik COVid19 bagaikan wujud permulaan Gelombang ke-3 penularan.
Dari sudut pandangan aku, di antara faktor yang mempengaruhi penularan COVid19 ialah sikap rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara, tidak mematuhi arahan KUARINTIN 14 hari yang ditetapkan.
Aku merujuk kes seorang wanita yang tular sedang menjamu selera di tempat awam, wanita tersebut seorang pemakai whistband, dikatakan pada saringan pertama COVid19, keputusannya negatif namun apabila menjalani saringan kali ke-2 keputusannya adalah positif dalam masa sama telah berlaku kontak secara langsung & sebaliknya dalam radius yang tidak diketahui. Boleh rujuk astro awani .
Kemudian masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak menjalani saringan ke dua menurut laporan berita BH . Aku bukan ingin menimbul ketakutan, cuma meluahkan rasa kebimbangan sekiranya 1% dari jumlah rakyat Malaysia yang belum saringan ke-2 merupakan pesakit positif dan merentas negeri untuk pulang beraya. Takut untuk membayangkan impaknya nanti.
Walau apapun yang aku takutkan atau bimbangkan, ketika ini, ribuan anak perantau sedang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing. Adakah mereka atau orang kampung akan mematuhi SOP yang sentiasa ditekankan oleh pihak KKM?.
Tambahan pula bagi negeri Kelantan, boleh dikatakan ramai pasangan memilih Hari Raya ke-2 atau ke-3 untuk melangsungkan kenduri kahwin. Semestinya sekali lagi kepatuhan SOP diragui, sedangkan pada hari biasa tiada lagi kepatuhan, inikan pula hari raya Aidiladha & kenduri kahwin.
Aku faham, menjadi tradisi setiap anak perantau untuk pulang ke kampung halaman ketika sambutan perayaan, cuma melihat perkembangan semasa, risiko penularan itu sangat tinggi. Adakah penting kegembiraan yang diraikan seketika kemudian menangis selamanya apabila ada warga emas yang terkena jangkitan yang dibawa pulang oleh anak cucu di perantauan?.
Diharapkan semua pihak mematuhi SOP, seandainya tidak, diharapkan semua pihak bersedia untuk berhadapan dengan risiko yang menanti. Jangan salahkah sesiapa jika sendiri gagal melaksanakan perkara yang sangat mudah untuk dilakukan. Maka jika kematian yang terjadi jangan sesal kemudian hari
Comments
Post a Comment