Kesan Pandemik Hilang Pekerjaan
Dunia ketika ini masih di selubungi masalah penularan Pandemik Covid19, ada negara semakin pulih, ada masih sama dan ada yang semakin teruk keadaannya.
Alhamdulillah, negara Malaysia termasuk dalam kategori negara yang semakin pulih dari penularan pandemik terbabit.
Walaubagaimanapun, dari sudut ekonomi, Malaysia turut terjejas seperti mana negara lain sehinggakan kadar pengangguran dilihat semakin meningkat walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan termasuk bantuan subsidi upah.
Dikatakan, ketika ini data-data menunjukan negara sedang menuju ke arah 1 juta pengangguran melibatkan rakyat Malaysia, semestinya keadaan ini sangat membimbangkan maka tidak perlu prejudis apabila kerajaan mengalami langkah pemutihan kelompok PATI yang boleh dikatakan menguasai ekonomi Malaysia secara tidak langsung.
Semestinya pengangguran yang berlaku adalah dari sektor swasta, MCO yang dilaksanakan selama lebih dari 3 bulan, sedikit sebanyak menjejaskan operasi syarikat kerana tiada keberhasilan pada kadaran tetap.
Difahamkan akhir bulan ini sahaja, ramai kakitangan terpaksa diberhentikan setelah menerima notis sebulan yang lalu, alasan terjadi situasi sebegini ialah langkah penjimatan atau pengurangan kos pengurusan.
Aku tidak nafikan bahawa pihak kerajaan ketika ini, berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran yang kian meningkat ini, akan tetapi kita harus faham, kekosongan yang ditawarkan belum tertentu memenuhi permintaan kelompok kehilangan perkerjaan.
Jika benar kadar pengangguran kita mencecah angkat 1 Juta, ia mungkin menandakan sesuatu yang tidak molek bagi negara kita terutama dari segi keyakinan para pelabur untuk menanam modal.
Pada pandangan aku, pihak kerajaan ketika ini harus membantu bukan sahaja mendapatkan kerja tetapi mencipta pekerjaan dengan menubuhkan syarikat atau organisasi yang mampu memberi pulangan pendapatan buat rakyat Malaysia seperti konsortium atau sebarang YAYASAN wajar ditubuhkan.
Aku juga seorang penganggur, ketika ini masih berusaha mencari peluang walaupun saingan ketika ini sangat sengit dan menakutkan, namun ada orang berjaya dan ada yang gagal.
Paling penting ialah berusaha jika diberi peluang termasuk menjadi usahawan baru dalam pelbagai cabang perniagaan. Paling penting ialah plan yang dirangka oleh kerajaan dalam menangani isu ini.
Aku melihat kebanyakan mereka yang kehilangan pekerjaan di era pandemik ini, memilih bidang perniagaan makanan sebagai pilihan menjana pendapatan walaupun pulangan jauh lebih kecil dari biasa.
Aku mengharapkan tiada tangan-tangan ghaib yang cuba mengambil kesempatan di waktu kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika ini. Hakikat yang kita semua harus sedar iaitu untuk bangkit dari keadaan sekarang. Hanya masa menentukan segalanya, berjaya atau sebaliknya.
Comments
Post a Comment