SOLAT JUMAAT NORMA BARU
Sikap Jemaah Ketika Menunaikan Solat Jumaat
Alhamdulillah, hari ini aku mempunyai kesempatan waktu untuk menunaikan Solat Fardu Jumaat, seawal sejam sebelum masuk waktu Zohor, aku telah sampai di Masjid.
Seperti biasa, harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi seluruh Masjid iaitu saringan suhu badan dengan mencatatkan kehadiran di buku yang telah disediakan. Tidak ketinggalan juga mengemaskini data di mysejahtera.
Apabila semakin hampir waktu zohor, semakin ramai jemaah sampai, ruangan kosong pada awalnya kini dipenuhi hampir sepenuhnya dengan penjarakan sosial masih dipraktikan iaitu jarak satu 1 meter di bahagian kiri dan kanan, serta depan dan belakang.
Aku rasa semua umat Islam terutama kawasan berdekatan dengan Masjid, sudah mengetahui tentang SOP penjarakan di antara Jemaah, AJK Masjid telah membuat tanda untuk diikuti oleh Jemaah yang hadir.
Walaubagaimanapun selagi bernama manusia, sikap untuk tidak mematuhi itu tetap ada, seharusnya jika tiada tanda untuk Jemaah duduk di sesuatu kawasan dalam Masjid itu, harus di cuba cari tanda di kawasan lain, tambahan Masjid tersebut ada tingkap atas, pasti masih banyak ruang untuk jemaah bersolat.
Hakikatnya ada jemaah yang cuba mencari ruang walaupun telah tiada tanda untuk bersolat. Sekali gus SOP penjarakan sosial yang cuba dipraktikkan ketika ini tidak berjaya sepenuhnya.
Oleh itu, walaupun ketika ini, Malaysia sedang berada dalam situasi berjaya mengawal penularan virus COVid19, akan tetapi risiko tetap ada dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih ambil mudah dengan SOP penjarakkan sosial yang sering kali di terapkan dalam masyarakat.
Laporan terkini dari bahagian Kesihatan China, dikatakan wujud virus baru yang lebih bahaya dari COVid19, kini sedang menular di negara tersebut dengan khabar angin bertiup telah berlaku korban.
Apapun seandainya masyarakat masih tidak mampu berubah mengikut norma baru, maka kita jaga diri sendiri dan ahli keluarga sendiri dari sebarang pandemik atau penularan.
Comments
Post a Comment