Pemakaian Penutup Muka

Bermula 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia kini diwajibkan untuk memakai penutup muka / facemask ketika berada di kawasan tumpuan orang-ramai termasuk ketika berada dalam kenderaan awam.

Bagi pendapat aku, tindakan yang di ambil adalah sangat wajar kerana melihat situasi semasa, wujudnya beberapa kluster baru di seluruh Malaysia. 

Ia seperti memberi gambaran atau bayangan bahawa telah berlaku penularan baru merujuk pandemik COVid19.

Sekiranya rakyat Malaysia, gagal mematuhi arahan pemakaian topeng muka di kawasan yang dinyatakan, mereka boleh dikenakan penalti atau penjara berdasarkan kesalahan yang dilakukan.

Hakikat yang harus diambil perhatian, jika rakyat Malaysia secara keseluruhan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM atau MKN, pasti pihak kerajaan tidak akan mengambil tindakan mewajibkan pemakaian penutup muka.

Cukup untuk aku merujuk keadaan terkini di kawasan sekitar kediaman ketika ini, tiada lagi pemakaian penutup muka di kawasan tumpuan ramai seperti pasar.

Tiada lagi penjarakan sosial ketika berada di kawasan tumpuan ramai, sehinggakan aku sendiri merasa takut untuk berada lama di kawasan tersebut. (kebiasaan waktu pagi aku membeli kuih untuk ibu).

Budaya bersalam, kembali di amalkan, "the new norma life" mula dilupakan, bahkan ada segelintir yang biadap ketika berada di situasi melibatkan orang-ramai seperti beratur di mesin ATM.

Adakah rakyat Malaysia akan mematuhi arahan baru kerajaan?, atau sekadar masuk telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Maklumlah ikut pengalaman aku, amat sukar untuk mendidik rakyat Malaysia yang berasa sudah cukup pandai dalam semua isu.

Pihak kerajaan, diharapkan turut memantau isu bekalan dan harga runcit penutup muka di pasaran, hal ini kerana sentiasa berlaku apabila wujud situasi keperluan mendadak maka terjadi pencatutan oleh peniaga dan pembekal terhadap bekalan bahan tersebut.

Ketika ini, stok penutup muka mencukupi tetapi di masa akan datang, tidak dapat dijangka keadaannya, walaupun pihak kerajaan mengumumkan bahawa harga topeng muka di pasaran diturunkan sebanyak 30 sen bagi sekeping.

Minggu ini, umat Islam akan menyambut Aidiladha, diharapkan semua pihak terutama rakyat Malaysia, mematuhi SOP yang ditetapkan jika tidak, pasti wujud kluster baru di seluruh Malaysia, aku bimbang Agama pula disalahkan sedangkan yang melakukan kesilapan adalah manusia itu sendiri.

Ogos dinanti kini untuk melihat hasilnya nanti, tambahan Ogos merupakan bulan terakhir dalam pelaksanaa PKPP dijangka berakhir pada 31 Ogos 2020.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?