Sumber Alam Berbayar

Mungkin perkara yang ingin aku coretkan bukan perkara yang penting namun jika difikirkan secara mendalam, tidak mustahil ia menjadi sangat penting pada satu masa nanti. 

Ia berkenaan dengan air dan udara, elemen yang berada sekeliling kita dan percuma untuk kita nikmati namun adakah kita sedar bahawa keadaan mula berubah apabila berlaku kemajuan dalam ketamadunan kita.

Jika zaman dahulu, air kita perolehi melalui cara tradisional iaitu air dari sungai atau telaga yang digali pada kawasan dan kedalaman yang tertentu. Namun kini, kita harus membayar untuk mendapatkan air yang disalurkan kepada kediaman.

Bayaran yang dikenakan adalah untuk kos rawatan air dan penyaluran air tersebut dari loji ke kediaman kita, adakah air itu selamat di minum?. Tiada jaminan khusus dapat diberikan terutama jika air itu melalui pepaipan di Kelantan.

Maka untuk meminum air yang diperlukan oleh tubuh kita, maka harus membayar lagi iaitu pada mesin penapis air yang kini begitu banyak pilihan, hanya tinggal pilih dan komitmen bayaran bulanan.

Air itu anugerah Allah SWT buat kita semua tetapi mengapa harus dibayar?. Itu menandakan anugerah Allah SWT semakin tercemar kerana sifat kita sendiri yang tidak menjaga atau menghargai anugerah tersebut.

Begitu juga dengan udara, kini untuk mendapatkan udara yang segar, udara elok untuk tubuh badan, kita harus membayarnya melalui alat penapis udara. Pelik bukan?, harus menapis udara demi mendapatkan udara yang tulen.

Mengapa berlaku keadaan sedemikian?, simple. Ia kerana manusia itu sendiri yang menyebabkan terjadinya situasi harus membayar demi air dan udara yang tulen atau segar.

Bayangkan apa yang bakal terjadi pada air & udara ini nanti?, apakah nilai bayaran akan dikenakan demi mendapatkan air & udara yang segar.

Kadangkala aku merasakan setiap filem yang memaparkan isu air dan udara, pasti menjadi kenyataan suatu masa nanti, aku percaya harga untuk mendapatkan air dan udara yang tulen dan segar akan bertambah mahal mengikut tempoh waktunya.

Jika pantai yang luas boleh dicemari bagaimana pula keadaan sungai atau sumber air yang lain?. Sebagaimana yang berlaku di Johor, sungai yang bersih telah dicemari dengan bahan kimia yang berbahaya oleh manusia yang tamak.

Ketika ini, kita mampu bernafas walaupun dikatakan udara semakin dicemari oleh pelbagai benda asing di udara. Kelak mungkin kita harus tidur di dalam kapsul yang disalurkan udara bersih dari tabung.

Aku bagi tempoh 10 tahun mendatang, adakah apa yang aku katakan menjadi kenyataan atau sebaliknya. Kita ini makhluk bernafas atau bernyawa, semestinya amat memerlukan air dan udara setiap hari.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?