Warisan
Warisan Sebuah Perniagaan Kecil Namun Besar Namanya
Warisan mampu merujuk kepada banyak perkara, bergantung kepada definisi warisan itu sendiri. Aku cuba berkongsi kisah warisan dari sudut perniagaan yang cukup sebati dalam masyarakat setempat.
'Nasi Kak Wok' merupakan salah satu jenama perniagaan yang kini menjadi warisan yang aku rasakan semakin berkembang, jenama 'Nasi Kak Wok' sepertinya menjadi ikonik brand bagi negeri Kelantan. Begitu juga warisan yang begitu popular di kawasan kedai Ketereh ini ialah 'Nasi Jenab'.
Bagi anak jati Ketereh atau Pekan Ketereh, semestinya akan mengenali jenama 'Nasi Jenab'. Pok su aku sendiri, jika balik ke Kelantan, harus kena makan 'Nasi Jenab' baru rasa lengkap kepulangannya ke kampung.
Jika tidak salah aku, warisan jenama 'Nasi Jenab' kini memasuki generasi ke-3. Mungkin ada sedikit perbezaan dari segi rasa namun disebabkan jenama warisan itu yang dibawa. Orang akan menikmati tanpa mempersoalkan apa-apa.
Namun ada warisan yang tidak diteruskan sedangkan produknya sentiasa mendapat permintaan seperti 'Nasi Lemak Mok Awo', nasi lemak yang sangat sedap berbanding nasi lemak yang ada di pasaran sekarang. Mok awo semakin uzur, maka tidak mampu lagi untuk memasak nasi lemak dan anak-anaknya pula tidak meneruskan warisan nasi lemaknya.
Sesungguh meneruskan sebuah warisan itu bukan senang bagi aku, terutama bagi warisan jenama produk makanan. Dalam keluarga aku sendiri, produk nasi minyak nenek dan mok long yang sangat famous ketika mereka masih hidup, tidak diteruskan oleh adik-adiknya atau anak saudaranya.
Adakah penting meneruskan warisan ini?, bagi aku sangat penting kerana jika tiada penerus warisan jenis sesuatu makanan itu, ia pasti terkubur atau dilupakan pada satu masa nanti. Usahkan rasa, namanya juga pasti dilupakan orang.
Bagi aku, memasak itu sendiri, hasil masakan itu karya, maka jika tiada generasi yang mewarisi seni dan sesuatu karya itu, maka ia akan lenyap ditelan waktu. Anak-anak akan lebih mengenali jenama makanan barat berbanding timur.
Comments
Post a Comment