Berjuang atau Kaya?
MENYERTAI PARTI POLITIK, ATAS NAMA BERJUANG ATAU MENGEJAR PANGKAT & KUASA?
Bulan Julai tahun 2020 dibuka dengan Pilihan Raya Kecil Dun Chini, menyaksikan pertandingan beberapa penjuru, cuma yang menariknya ialah 2 calon bebas yang bertanding merupakan ahli Parti Bersatu Malaysia dan seorang lagi merupakan ahli PKR.
Manakala wakil dari Permuafakatan Nasional pula dari parti BN, calon dari kelompok orang muda. Walaupun jika melihat senarai calon yang sah bertanding, kelebihan berpihak pada calon dari BN, namun itu bukan persoalan yang ingin aku perkatakan.
Mengapa menyertai dunia politik?. Persoalan yang dari kecil lagi bermain di minda aku, mengapa?, abah seorang penyokong tegar politik, sanggup berhabis segalanya demi politik, bahkan walaupun dalam keadaan tidak sihat sekali, masih sanggup gagahkan diri demi politik.
Adakah semua orang yang menyertai politik, sama seperti abah aku?, atau menyertai dunia politik hanya untuk mengumpul kekayaan?. Mengapa aku bertafsiran sedemikian?, simple, politik mampu memberi kuasa dan kuasa mampu memberi kekayaan.
Mungkin ramai penjuang politik sama seperti abah, berkorban segalanya apabila tiba masa, tidak dihargai pula, sehinggakan pada hari abah meninggal dunia, tiada seorang wakil parti yang hadir pada awalnya.
Aku tengok ramai yang join politik demi sesuatu, apabila gagal cuba mencari di parti lain, kemudian parti lain lagi sehingga berjaya mendapat apa yang diinginkan.
Aku tiada hak untuk menentukan seseorang itu menyertai politik demi pejuangan atau kekayaan, sebab aku bukan seorang ahli politik walaupun diperingkat akar umbi.
Bahkan, apabila aku cuba bertegur siapa, boleh pula ditanya siapa aku yang datang bersalam dengannya. Seandainya aku pemimpin politik pasti dari jauh disambut dengan penuh senyuman bermakna.
Berpura-pura pasti ke depan, manakala jujur pasti ke belakang, benarkah itu mainan dalam dunia ini?. Abah meniupkan semangat 46 ke dada, kemudian PAS. Bagaimana parti lain?, Allah SWT Maha mengetahui hakikat dan hakiki.
Aku menyaksikan segalanya, ingin berhujah?, boleh sahaja kerana aku tahu hakikat berjuang demi negara melalui politik atau kumpul harta melalui politik.
Comments
Post a Comment