Pusat Kuarintin
Berdasarkan data-data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, aku melihat wujud pola peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang positif dijangkiti oleh COVid19.
Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia kini berada di dalam fasa Pemulihan terutama dari segi ekonomi negara.
Maka beberapa perkara yang sebelum ini diketatkan, kembali diberi kelonggaran termasuk rakyat atau warga asing yang baru sampai di Malaysia harus menjalani Kuarintin di rumah.
Namun, bagaikan ada yang tidak kena apabila tular beberapa buah gambar yang menunjukkan ketidak patuhan oleh pemakai waistband (setiap rakyat Malaysia yang baru pulang harus memakai waistband).
Salah satu gambar yang tular ialah seorang wanita yang sedang menjamu selera.
Kemudian tular gambar waistband yang dipotong oleh pemakai, dijumpai oleh orang-ramai di kawasan KLIA, kemudian seorang lelaki yang jelas sedang memakai waistband dengan berada di kawasan kedai makan.
Paling membimbangkan ialah wanita yang tular sedang mejamu selera, pada saringan pertama didapati keputusan adalah negatif apabila apabila dilakukan saringan ke-2, didapati positif.
Persoalan yang mula timbul, apakah radius pergerakan wanita terbabit?, siapakah kontak langsung dan tidak langsung wanita terbabit?. Bagaimana risiko jangkitan melalui spora?.
Alhamdulillah, kerajaan terus mengambil langkah drastik apabila bermula 24 Julai 2020, semua rakyat Malaysia & warga asing yang baru sampai ke Malaysia melalui pintu KLIA, harus menjalani KUARINTIN berpusat dengan kos ditanggung oleh rakyat Malaysia itu sendiri.
Cuma aku berharap agar pihak kerajaan memanggil semua pemakai waistband untuk menjalani baki KUARINTIN secara berpusat, harapan ini berlandaskan kepada kawalan terhadap radius pergerakan rakyat Malaysia yang harus KUARINTIN di rumah pada tempoh yang tetapkan.
Jika kita merujuk sifat manusia normal, mematuhi sesuatu arahan itu adalah paling sukar sekali terutama jika tiada yang melihat atau memantau secara dekat.
Aku sendiri, jika harus di KUARINTIN dirumah, tanpa di pantau, semestinya aku cuba-cuba keluar dari kawasan rumah atas alasan ambil angin.
Kelebihan KUARINTIN berpusat selain dapat mengawal radius pergerakan, ia dapat membantu mengenal pasti kontak yang berhubung secara langsung atau sebaliknya dengan rakyat yang Malaysia yang dalam proses KUARINTIN.
Bukan itu sahaja, risiko penularan melalui spora harus dipandang serius, kita lihat sahaja data kajian pakar kesihatan tentang hayat virus COVid19 terutama ketika berada di udara.
Hasil data yang dibentangkan oleh pihak KKM turut menyaksikan bilangan pesakit yang mempunyai simptom lebih sedikit berbanding dengan pesakit yang tiada sebarang simptom dijangkiti.
Oleh itu, kita harus berusaha membendung sebarang risiko yang mampu mengundang perkara yang tidak diingini iaitu penularan pandemik COVid19 dalam new wave.
Comments
Post a Comment