SIDANG BERMULA
Hari ini secara rasminya Persidangan Dewan Rakyat bermula, semestinya berlaku sekali lagi perubahan kedudukan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Paling yang menarik perhatian adalah DSAI kini telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang manakala Tun M berada dalam blok bebas.
DSAI merupakan seorang yang bijak dalam pidato, pada pendapat aku ia menjadikan Persidangan kali ini menarik sama sekali terutama ketika pelbagai isu atau usul yang bakal dibentangkan termasuk usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri iaitu TSMY.
Suasana Dewan Rakyat untuk hari ini, dilaporkan suasana awal-awal lagi telah tegang apabila usul yang diutarakan adalah penukaran Speaker Dewan Rakyat yang mana undian belah bahagi dilakukan bagi memastikan adakah usul itu diterima atau ditolak oleh ahli Parlimen.
Hanya beza 2 undi sahaja, maka dengan ini, speaker sedia ada harus mengosongkan kerusi dan di isi dengan speaker baru termasuk timbalan speaker.
Baru hari pertama persidangan, baru usul pertama, bagi aku, keadaan ini memberi gambaran, pelbagai kemungkinan boleh terjadi dengan perbezaan undian yang jelas sangat tipis bagi satu-satu usul.
Adakah, bakal berlaku drama baru dalam politik tanahair?, masih jauh perjalanan persidangan, masih banyak usul yang bakal dibawa, pasti ketegangan bakal berterusan. Pasti banyak santera Dewan Rakyat akan terakam.
Adakah Pilihan Raya Umum ke-15, akan berlaku dalam masa terdekat?, adakah semua jentera benar-benar bersedia untuk menghadapinya?. Proses pembahagian kerusi telah dimuktamatkan?.
Aku ingin melihat aksi ahli parlimen muda Malaysia, semesti YB SS, yang pernah dinobatkan sebagai di antara Pidato terbaik. Adakah akan berlaku pertembungan dua mantan Menteri Belia & Sukan Malaysia pada persidangan kali ini?.
Bagaimanapun, jika ditanya pada aku berkenaan Persidangan kali ini, pada awal harapan ialah biarlah PN mentadbir negara ketika ini, fokus bagaimana membantu rakyat yang semakin ramai kehilangan kerja.
Setiap hari atau setiap bulan, pasti berlaku pembuangan pekerja dalam skala yang besar sebagaimana yang terjadi pada syarikat kolomegrat media, beratus kakitangan terpaksa diberhentikan pada akhir bulan ini. awani
Jom seluruh rakyat Malaysia, sama-sama menilai jiwa atau hati nurani pemimpin kalian, adakah memikirkan tentang kalian atau hanya diri mereka sendiri. Manusia sentiasa dahaga termasuk dahaga kuasa kerana ia sangat mengasyikan.
Berbaki 24 hari, masih banyak belum terungkap atau dibahaskan pada Persidangan Dewan Rakyat pada kali ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat bersama.
Comments
Post a Comment