PEMIMPIN SEORANG KAWAN
BUKAN KAWAN BAIK LAGI
Setiap dari kita, semestinya mempunyai kenalan atau kawan yang dikenali di peringkat sekolah, bersama hingga mencapai umur dewasa. Namun ada waktunya kawan yang kita sangkakan sangat mengenali mampu berubah sekelip mata apabila mendapat kuasa impian semua.
Arwah pak cik aku, dikatakan merupakan sahabat baik bagi seorang pemimpin iaitu ADUN kawasan Kok Lanas, alhamdulillah, ramai bercerita bahawa YB tersebut sering mengambil kisah ahli keluarga sahabat yang telah lama meninggal dunia.
Bagaimanapula agaknya apabila seseorang yang pernah menjadi kawan baik tiba-tiba berubah laku apabila menjadi seorang pemimpin negara. Aku tidak pasti kebenarannya, namun begitu kisah yang didengari sehingga gembira hati seorang kawan berubah rasa apabila keadaan semakin berubah.
Jika diselusuri kisah pemimpin dunia politik, ia penuh dengan kepuraan bagi aku, sebelum dipilih, bicara akan taat setia tidak berubah hati, kemudian bila terpilih, sanggup menikam orang yang menaikkan martabat diri.
Dunia politik, kawan mampu menjadi lawan dan sebaliknya, jika tidak tak akan wujud Pakatan Harapan atau Muafakat Nasional dalam politik tanahair. Tetapi pemimpin seorang ini, dilihat benar-benar berubah seolah-olah kekal dikayangan sampai bila-bila.
Jika tidak salah pemerhatian aku, sebelum PRU ke-14, apabila sahabat seorang ini di angkat menjadi calon bagai kawasan yang tiada siapa mengenali. Pada kenalan atau kawan-kawan bergantung harap sokongan dan dokongan.
Kini keadaan mula berbeza, untuk menghubunginya kini semakin sukar. Oleh itu, kawan-kawan baik yang mula terasa terpinggir mula hilang dokongan pada tokoh baru politik tanahair ini. Sesungguhnya kuasa mampu merubah seorang kawan kepada insan yang sangat berbeza dan tidak lagi mengenali.
Ilmu politik tidak perlu mempunyai PhD atau MASTER, cukup pandai membaca masa, hanya cukup tahu bagaimana mengambil peluang dan ruang yang tersedia di depan mata. Di sangkakan kawan, rupanya lawan, disangkakan setia rupanya belot sekelip mata. Itu adat dunia politik.
Andai kawan mula menjauh hati, jangan dicari lagi, sedangkan PRU ke-15 tidak lama lagi, masing-masing tengah sibuk inginkan bahagian sendiri. Jangan nanti kawan hilang kuasa melayang kerana sikap diri sendiri terus anggap dewa kayangan.
Comments
Post a Comment