Secret Food Store


The story this time, relates to a secret location to eat according to public sector working hours. When I started working in Putrajaya in early 2012, I was introduced by co-workers, the location of the hidden eatery and the delicious taste of the food. The name of the eatery itself gives an idea of the secret location of the eatery

The most interesting thing about the stall is the location near the outskirts of Putrajaya, in the village area. Even at first, it seemed like they didn't believe in the existence of stalls in the area.

Ketika itu, land mark untuk ke warung bunian adalah gelanggang futsal, pelanggan harus melalui jalan bersebelahan gelanggang, terus masuk dalam, kawasan kampung, jarak dari gelanggang ke warung dalam anggaran 200 - 300 meter. Kemudian pelanggan akan nampak warung di sebelah kiri.

Mungkin disebabkan lokasi yang agak tersembunyi, maka ia dipanggil warung bunian (sangkaan aku semata-mata). Menu yang menjadi kegemaran adalah nasi lemak telur bungkus iaitu nasi lemak dibungkus dengan telur goreng.

Kebiasaan warung bunian dipenuhi oleh pelanggan dari kawasan sekitar, paling ketara semestinya warga Putrajaya. Mungkin disebabkan harga makanan di warung bunian sangat berpatutan dengan rasa masakan yang kena dengan selera pelanggan.

Warung bunian, bukan hanya dipenuhi pada waktu sarapan, bahkan waktu makan tengahari turut dipenuhi oleh pelanggan yang ingin menjamu selera. Kerap kali harus menunggu meja kosong, baru dapat duduk.

Melihat situasi ini, aku dapat simpulkan bahawa walau bagaimana pun lokasi kedai seseorang itu, jika menawarkan menu yang menyelerakan dengan harga yang berpatutan, pasti pelanggan tetap hadir walau sesukar mana untuk hadir ke tempat tersebut.

Banyak bukti dipaparkan, walaupun menu nampak ringkas tetapi jika kebersihan, rasa masakan di jaga, pasti pelanggan akan datang kembali kerana tidak puas merasai apa yang kita hidangkan kepada pelanggan.

Bahkan warung bunian pernah menjadi lokasi pilihan bagi program jalan-jalan cari makan. Ia cukup menjadi bukti bahawa warung bunia yang aku dan warga Putrajaya kenali bukan warung kaleng-kaleng.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?