VANDALISME

MURAL DI NODAI



Bagi tujuan memberi penghargaan atas kejayaan negara menangani isu pandemik COVid19, beberapa seniman muda telah menghasilkan mural wajah pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, bertempat di Taman Cahaya, Seksyen U12,Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Mural tersebut telah menarik perhatian ramai pihak termasuk para pemimpin untuk melihat sendiri seni Mural terbabit, kalau boleh aku katakan, mural tersebut telah menjadi tempat ikonik pada bandaraya Shah Alam. Media arus perdana sentiasa memberi laporan berkenaan kewujudan Mural tersebut.

Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Ketika rakyat Malaysia tidak putus-putus berkunjung ke lokasi mural tersebut, kita dikejutkan dengan kejadian VANDALISME yang sangat memalukan negara. Contengan tulisan tangan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya terpampang di mural terbabit.

Semua pihak terkejut dengan kejadian yang berlaku, ketika seluruh dunia memuji, rupanya ada yang sakit hati dengan apa yang cuba dipaparkan pada pemerhatian umum.

Kerosakan yang dilakukan pada Mural sangat total sehingga terpaksa dipadam sepenuhnya oleh pihak PBT. Apabila kejadian sebegini terjadi, persoalan yang timbul ialah siapa yang bertanggungjawab?.

Laporan berita memaparkan bahawa suspek yang melakukan VANDALISME terbabit adalah wanita, berdasarkan kepada pemeriksaan rakaman CCTV. Wanita?, wow fakta yang sangat mengejutkan kerana sejarah yang tertulis sekian lama VANDALISME yang sering berlaku, pelakunya adalah lelaki.

Apakah motif wanita terbabit sehingga sanggup melakukan tindakan sedemikian?. Suspek bukan sahaja melakukan jenayah VANDALISME pada pemahaman aku, tetapi turut melakukan penghinaan terhadap pemimpin negara yang terang lagi bersuluh banyak berjasa kepada rakyat terutama dalam soal COVid19.

Adakah keadaan ini memberi gambaran bahawa kita masih berada situasi pemikiran takuk lama?, meluahkan rasa melalui jenayah atau kerosakan yang dilakukan dengan sengaja?. Di manakah akal yang tuhan berikan?.

Kita adalah MALAYSIA, negara yang penuh keistimewaan berbanding negara lain terutama negara-negara maju seperti barat. Maka seharusnya tindakan VANDALISME tidak harus wujud sama sekali kerana ia adalah simbol ketidak peradaban sesebuah bangsa itu.

Diharapkan pihak berkuasa iaitu PDRM dapat melakukan siasatan terperinci sehingga tertangkapnya pelaku terbabit kerana tindakan VANDALISME kali ini sangat memalukan kerana bagi aku, apabila melibatkan pemimpin negara, ia memalukan kita semua dari dunia luar.

Sekiranya ada perancangan untuk menghasilkan mural yang terbaru, diharapkan lokasi baru dipilih, sesungguhnya mural pemimpin negara seperti yang dihasilkan pasti menjadi tumpuan orang-ramai untuk dilawati seperti sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?