RISIKO WUJUD KLUSTER BARU
Aku melakukan rutin yang sama seperti hari-hari sebelumnya iaitu mencari makanan untuk sarapan pagi. Kebiasaan pukul 7.30 pagi, sudah ramai pelanggan yang berada di kawasan pasar yang berdekatan. Menjadi kebiasaan buat warga di sini untuk datang awal bagi membeli keperluan terutama keperluan sayuran atau ikan kerana ketika ini kebanyakan produk tersebut masih segar.
Apabila sampai di gerai yang menjual pelbagai jenis kuih-muih, terlalu jelas di depan mata iaitu tiada pematuhan SOP yang ditekankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Majlis Keselamatan Negara berkaitan dengan Pandemik COVID19.
Ramai pembeli sedang sibuk memilih kuih-muih pilihan masing-masing tanpa menjaga jarak di antara satu sama lain, waktu yang sama tidak memakai facemask.
Keadaan ketika ini jauh berbeza ketika PKP mula-mula diperkenalkan, pada waktu itu, ramai berasa takut apabila berada di kawasan luar rumah. Facemask boleh dikatakan dipakai sepanjang masa termasuk ketika berada di dalam kenderaan.
Bahkan, aku melihat ibubapa mula berani membawa anak-anak ke kawasan terbuka. Walaupun dikatakan, rakyat Malaysia harus hidup dalam norma baru, pemerhatian aku, bukan semua bersikap sedemikian.
Bahkan, ketika aku menemani ma untuk proses ambil darah bagi pesakit kencing manis, boleh dikatakan hanya 70% sahaja pesakit luar yang memakai facemask ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan.
Maka tidak menjadi kehairanan jika satu demi satu kluster baru muncul. Walaupun data menunjukan angka rakyat Malaysia yang dijangkiti pada nilai satu atau dua digit. Ia masih menimbulkan kegusaran bagi pihak Kementerian Kesihatan.
Bahkan ketika ini, aku berani katakan lebih 70% gerai makan kini tidak lagi mengamalkan prinsip penjarakan ketika pelanggan menjamu selera. Bukan salah owner gerai tetapi sikap degil pelanggan itu sendiri.
Adakah Malaysia mampu mengelakkan terjadinya penularan gelombang ke-3?. Sama-sama kita tunggu & lihat.
Comments
Post a Comment