AIDILADHA

Konsep Ketika PKPP

In sha Allah, hujung bulan ini, seluruh Umat Islam di Malaysia dan dunia akan menyambut perayaan Aidiladha atau Raya Korban. Cuma harus kita semua ingat bahawa perayaan disambut dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Cuma pada perayaan kali ini, pihak kerajaan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri dalam meraikan berbanding ketika sambutan hari raya Aidilfitri yang lepas.

Keadaan ini, dijangkakan akan meningkatkan jumlah traffic menuju ke semua arah, terutama ke kawasan pantai timur, aku menjangkakan bilangan kenderaan menuju ke negeri-negeri pantai timur meningkat dalam kuantiti yang luar jangkaan.

Apabila bilangan kenderaan bertambah maka kesesakan pasti berlaku, maka bagi mereka yang ingin pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha perlu membuat perancangan dengan terperinci kerana dibimbang terjadi sesuatu yang tidak diingin ketika orang tersayang menunggu di kampung.

Jangan lupa untuk mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM bagi memastikan tidak berlaku penularan wabak Pandemik COVid19 secara tiba-tiba. 

Aku faham ketika musim perayaan, walaupun Hari Raya Aidiladha, aktiviti kunjung mengunjung pasti berlaku walaupun ia tidak digalakan oleh pihak kerajaan. Maka jika SOP yang ditetapkan tidak diamalkan maka jangan salahkan sesiapa jika kelak ahli keluarga sendiri melayang kerana COVid19.

Berbalik kepada persiapan rapi dan teliti, ketika pulang ke kampung, berdasarkan pengalaman aku dan saudara-mara, apabila terjadi kesesakan luar dugaan. Beberapa perkara mungkin terjadi sekiranya ia tidak dipersiapkan iaitu enjin kereta akan overheat kerana terlalu lama di atas jalan raya. Sekiranya terjadi keadaan sedemikian, kebiasaan air yang tangki penyejuk sentiasa di tambah bagi mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih serius.

Seterusnya, bekalan makanan, harus benar-benar mencukupi disimpan dalam kereta, ia kerana apabila berlaku kesesakan, semestinya mempengaruhi keadaan ahli keluarga termasuk pemandu dalam kereta. Ia mungkin menyebabkan rasa lapar, maka makanan harus sentiasa ada agar tidak berlaku kelaparan kerana tekanan menghadapi kesesakan.

Cousin aku pernah berkongsi cerita bagaimana penduduk kampung sepanjang laluan lebuh raya Kuala Lipis - Gua Musang, membuat jualan makanan ditepi lebuh raya ketika kesesakan melampau berlaku. Nasi kosong dengan ikan goreng sahaja mampu mencecah RM10 sebungkus.

Penghawa dingin kenderaan harus diservis sebelum berangkat pulang kerana keadaan bertambah panas apabila tempoh berada dalam kenderaan terlalu lama dari kebiasaannya.

Pastikan membawa bekalan minyak petrol, hal ini kerana apabila berada dalam kesesakan jalan raya, enjin kenderaan dan penghawa dingin membuatkan kadar pembakaran minyak petrol meningkat dari biasa.

Sebuah kenderaan mewah pernah tersadai ditepi jalan kerana kekeringan minyak dalam tangki, penduduk setempat menawarkan khidmat dapatkan minyak petrol, Minyak petrol yang di isi dalam botol dijual dengan harga RM50 bagi 2 botol. Mahal bukan?, tetapi terdesak maka terpaksa membayar bagi nilai tidak masuk akal.

Oleh itu, semoga sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha disambut dengan kadar sederhana kerana kita masih ingin menyambut hari raya di masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?