TRANSGENDER
KELIRU PADA HAKIKAT NYATA
Hakikat sebuah kelahiran manusia, hanya wujud 2 keadaan iaitu lahir sebagai seorang lelaki atau perempuan. Masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri serta saling melengkapi di antara satu sama yang lain. Bagaimanapun, timbul pula fitrah ke tiga dalam hakikat yang dinyatakan iaitu transgender merujuk pertukaran jantina dari yang asal.
Kelompok transgender telah lama wujud dari catatan sejarah, sebelum ini kebanyakan mereka tidak terlalu menonjolkan siapa diri mereka yang sebenarnya. Kini segalanya berubah apabila mereka dengan bangga memberitahu masyarakat dan dunia bahawa mereka adalah transgender.
Dari sudut manusia, benar menjadi hak masing-masing untuk jadi apa yang diingini, apabila berbalik kepada Agama, aku amat percaya semua agama tidak pernah menyarankan penganutnya menjadi seorang Transgender, ia sangat jelas cuba melawan apa yang tuhan takdirkan buat mereka.
Kelompok transgender ini wujud diseluruh dunia, malah aku berani mengatakan bahawa kelompok mereka, sehari demi sehari kian bertambah kerana ia boleh diibaratkan seperti wabak yang mampu menular sehingga merosakkan sistem dalam sebuah masyarakat normal.
Bahkan berdasarkan pengalaman, aku berjumpa dengan kelompok ini ketika menuntut di Universiti, mereka begitu berani berpakaian seperti mereka inginkan ketika ke kuliah sehinggakan menimbulkan kekeliruan pada orang seperti aku ketika itu.
Tidak mustahil kelompok bergerak sebagai satu entiti yang memperjuangkan keinginan mereka yang bercanggah dari fitrah kejadian manusia. Dari satu sudut berbeza, kita dapat melihat betapa hebat godaan syaitan dan sekutunya sehingga mampu merosak minda manusia waras sehingga sedemikian rupa.
Paling mendukacitakan apabila ibubapa seperti merestui apa yang dilakukan oleh anak mereka, sedangkan mereka yang melahirkan dan membesarkan. Adakah wajar tindakan sedemikian rupa diambil?,
Lahir sebagai lelaki maka mati pun sebagai lelaki, perkara itu yang pasti walaupun keadaan fizikal seseorang transgender telah berubah 100%, apabila mati sebagai Muslim, walaupun jasad seperti wanita, cara mengkafankan tetap seperti lelaki, cuma siapa yang boleh menguruskannya hanya pakar lebih mengetahui.
Cuma aku pelik, berdasarkan pemerhatian, kelompok transgender ini tetap mempunyai kekasih hati yang sama jantina, mereka tahu hubungan mereka tidak akan ke mana tetapi masih melayan kehendak naluri manusia mereka.
Selaku masyarakat sekeliling, jangan menyokong & jangan membenci, tetapi berdoalah semoga Allah SWT memberi Hidayah bagi kelompok transgender yang beragama Islam kembali kepada fitrah kejadian mereka.
Adakah mereka ingin mengatakan bahawa tuhan salah kerana menjadikan mereka lelaki hakikatnya mereka perempuan?. Hakikatnya rasa itu hadir kerana bisikan syaitan & iblis pada jiwa dan hati kita sehingga terpesong begitu jauh sekali.
Kewujudan kelompok LGBT, singkatan bagi Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender mampu menyebakan kelompok transgender terus hanyut dalam nikmat dunia yang mereka cipta sendiri.
Keadaan ini bertambah kritikal apabila ada negara non-Islam memberi pengiktirafan bagi kumpulan LGBT sehingga mereka merasakan berhak menuntut hak yang tidak pernah wujud dalam Al-Quran di negara-negara Islam seperti Malaysia.
Sekali lagi syaitan & Iblis menunjukan kecekapan mereka menyesatkan ANAK-ANAK Nabi Adam a.s apabila menghilangkan rasa takut golongan transgender ini terhadap tuhan, bahkan bangga dapat melakukan ibadah seperti orang lain tanpa dikenakan Musibah.
Bagi aku, keadaan ini menjadi bukti atau dalil mengapa bilangan penghuni Neraka lebih ramai dari penghuni syurga. Hakikatnya kita tahu tetapi lupa atau leka dengan dunia bahawa satu saat nanti kita pasti kembali kepada kediaman abadi kita iaitu neraka atau syurga.
Sesungguhnya terus berdoa agar Allah SWT memberi hidayah buat para transgender dan kembali ke pangkal jalan, kesianlah pada jemaah yang harus memandikan jenazah transgender nanti. Walaupun hakikat sama jantina tetapi fizikal yang jauh berbeza boleh menyukarkan proses sepatutnya sebelum jasad dikembalikan ke tanah.
Comments
Post a Comment