Pasar Mula Beroperasi



Khamis ini, pihak PBT kawasan Parlimen Ketereh telah membenarkan para peniaga setempat iaitu merujuk peniaga pasar tani / malam beroperasi kembali. Setelah lebih 3 bulan, terpaksa dihentikan akibat penularan pandemik COVid19.

Adakah penduduk setempat bersedia atau akan mematuhi SOP yang ditetapkan?. Ketika ini, sejujurnya aku melihat masyarakat setempat mula tidak ambil serius dalam mematuhi SOP sepanjang PKPP dilaksanakan.

Setiap kali aku ke pasar untuk mencari makanan  buat ma & aku breakfast, pasti jelas terlihat ketidak patuhan masyarakat setempat terhadap SOP yang ditetapkan, tiada penjarakan sosial, tiada pemakaian topik muka.

Benar, ketika ini status semasa banyak negeri telah berjaya mengurangkan bilangan pesakit yang positif kepada nilai angka satu digit sahaja, namun itu bukan bererti kita boleh mengambil langkah tidak ambil pusing terhadap keadaan semasa.

Mereka tahu tetapi ingkar, itu gambaran yang jelas apabila setiap petang aku membuat pemerhatian terhadap warga emas yang menjadikan lepak di kedai kopi satu hobi, termasuk aku sendiri.

Walau mempunyai simptom, tetapi tidak berusaha mematuhi SOP, mereka menganggap semua dalam keadaan baik. Paling sedap ayat yang digunakan ialah kalau tuhan ingin kita sakit, buat macam mana pun kita akan sakit.

Sepanjang aku hidup dalam kelompok ketika ini, hampir separuh mempunyai sikap sukar untuk mematuhi arahan atau saranan selagi tiada suadara-mara sendiri yang terkena.

Apabila menyebut Pasar Tani/malam, semestinya kita telah mempunyai gambaran bagaimana situasi ketika itu, adakah mampu dikawal?, perangai manusia sangat berbeza di antara satu sama lain.

Diharapkan tindakan PBT membenarkan pengoperasian Pasar Tani / Malam tidak menjadi faktor kewujudan kluster baru kelak. Sebagaimana keadaan semasa, kluster yang baru telah dikenalpasti kini mencecah lebih dari 10.

Buat para pengunjung, jangan lupa mematuhi SOP sebelum berada di kawasan Pasar Tani / malam, jangan nanti bukan makanan yang dibawa balik tetapi penyakit yang masih belum ada vaksinnya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?