Persidangan Belia Digital

Satu lagi platform yang dikatakan ingin membawa suara belia ke peringkat tertinggi negara diwujudkan. 

Berkonsepkan Sidang Parlimen tetapi persidangan melalui alam maya 100%. Paling menarik perhatian aku ialah tulang belakang pelaksanaan platform baru ini, boleh dikatakan hampir sepenuhnya dilaksanakan oleh NGO tanpa sokong dari pihak kerajaan.

Seramai 222 ahli Parlimen Maya telah dipilih berdasarkan had umur tertentu, bagi kawasan Parlimen Ketereh, diwakili oleh Ahli Parlimen Maya lelaki yang tidak begitu dikenali atau aku pernah terjumpa di kawasan Pekan Ketereh.

Hanya beberapa persoalan bermain difikiran aku tentang platform baru ini terutama dari segi sistem yang digunakan bermula dari pendaftaran sehingga kepada persidangan pertama kerana hakikat bukan mudah untuk melaksanakan suatu sistem yang terperinci.

Apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah sebagai contoh sebelum Parlimen Belia Bersidang, pelbagai urusan teknikal harus dikemaskini, terutama dari segi auditor sistem. Hal ini perlu bagi memastikan sistem yang dirangka tidak mudah ditembusi oleh orang luar atau bahasa mudah di hack.

Adakah sistem Parlimen Maya benar-benar selamat?, proses yang dijalankan benar-benar mengikut SOP yang ditetapkan, adakah calon atau ahli Parlimen yang terpilih bersih dalam rekod Polis?.

Paling menghairankan aku, mengapa pihak Parlimen Alam Maya (PAM) berpendapat wajar untuk memilih jumlah ahli PAM sama seperti ahli Parlimen Malaysia iaitu seramai 222 orang?.

Berapa ramai pengundi yang telah berdaftar dalam sistem Parlimen Maya?, bagaimana kiraan pengundian, perkara-perkara ini aku timbulkan kerana persoalan yang sama aku hadapi ketika melaksanakan Parlimen Belia Malaysia.

Aku kini hanya an outsider namun itu bukan bererti, aku harus tidak ambil kisah soal belia negara terutama apabila diwujudkan satu lagi platform untuk belia. 

Adakah belia Malaysia benar-benar mengetahui kewujudan Platform baru ini?, atau tidak ambil pusing langsung kewujudannya. Adakah benar-benar mewakili suara belia? atau hanya segelintir sahaja?. Aku tidak pernah sentuh mendalam, setakat melihat warga belia dalam Parlimen Ketereh.

Parlimen Belia yang diwujudkan oleh pihak Kerajaan, masih ramai yang belum sedar peranan atau kewujudannya bagaimana pula platform Parlimen Maya?.

Bagi aku, walaupun apapun platform digunakan, kumpulan fokus platform tersebut harus diambil perhatian, we make something for something not just for nothing.

Aku difahamkan platform baru ini telah bersidang kali pertama, diharapkan ia berjaya dalam matlamat atau visi & misi mewujudkan platform ini kerana fokus utama adalam Belia. New voter for next General Election bagi Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?