Jenayah Rogol
Jenayah rogol, pada pendapat aku telah lama diperkatakan kerana ia merupakan salah satu jenayah yang telah lama terjadi diperadaban manusia ketika ini dan boleh di fahami jenayah ini berlaku diseluruh dunia termasuk negara Malaysia. Cuma aku cuba memahami persoalan tentang jenayah ini. Terutama apakah punca menyebabkan seseorang itu berani melakukan jenayah ini?.
ROGOL boleh difahami sebagai serangan seksual yang mana pelaku cuba melakukan hubungan seksual secara paksa terhadap mangsa. Ia dikategorikan sebagai perbuatan jenayah. Wujud pelbagai istilah yang digunakan dalam merujuk jenayah rogol ini di antaranya ialah rogol seksual atau rogol suka sama suka (statutori)
Aku tertarik dengan istilah rogol suka sama suka atau rogol statutori, kebiasaan ia terjadi pada mangsa yang dibawah umur. Disebabkan itu walaupun hubungan seksual yang dilakukan tiada unsur paksaan tetapi disebabkan melibatkan pasangan di bawah umur maka ia dikategorikan sebagai perbuatan jenayah.
Aku cuba memikirkan situasi atau kesan terhadap mangsa dan pelaku jenayah rogol ini. Berdasarkan bacaan ringkas aku berhubung jenayah rogol ini, ia mampu menyebabkan pelaku untuk melakukan jenayah lain setelah melakukan rogol seperti melakukan pembunuhan terhadap mangsa itu sendiri atau berkaitan seperti saksi kejadian.
Aku terfikir tentang apakah yang mendorong pelaku untuk berani melakukan serangan seksual?. Rakyat Malaysia yang peka pasti tahu bahawa wujud banyak kes yang mengejutkan berkaitan dengan serangan seksual ini dan kebanyakannya mangsa serangan mati dibunuh oleh pelaku. Adakah keadaan mangsa yang mendorong pelaku berani melakukan serangan?.
Di daerah aku tinggal, kejadian rogol statutori sentiasa berlaku. Mengapa wujud situasi sedemikian, walaupun suka sama suka tetapi ia berlaku pada mereka di bawah umur. Mungkin disebabkan itu, data menunjukan bilangan pasangan sangat muda berkahwin adalah tinggi. Mungkinkah disebabkan wujud rogol statutori?, ibubapa ingin menutup malu di atas apa yang berlaku maka anak-anak mereka dikahwin dengan pelaku AKA kekasih.
Adakah boleh aku simpulkan tentang di antara penyebab berlakunya jenayah rogol terutama di negara ini adalah pelaku itu sendiri, mangsa dan mungkin dadah. Mampukah kerajaan atau masyarakat memastikan tidak wujud jenayah rogol dalam komuniti di masa hadapan?.
Sememangnya kita boleh melaksanakan pelbagai hukuman terhadap pelaku serangan seksual ini namun adakah ia menyelesaikan sepenuhnya masalah yang timbul?. Kebiasaan kita mendengar pelaku adalah kaum lelaki dan mangsa kaum perempuan, kini ia berbeza walaupun seperti sukar nak dipercaya seperti lelaki rogol lelaki atau perempuan rogol lelaki atau rogol ahli keluarga.
Aku bukan ingin menimbulkan ketakutan, cuma berharap mampu memberi peringatan kepada ibubapa bahawa sentiasa memantau situasi anak-anak setiap waktu. Mana-mana ibubapa pasti tidak ingin berlaku sesuatu tidak diingini pada anak mereka.
Comments
Post a Comment