Laporan Berita Asing

Sebuah Agensi Berita Antarabangsa telah menyiarkan laporan berkenaan cara pengurusan pihak berkuasa Malaysia terhadap tahan PATI ketika pelaksanaan PKP. Sesungguhnya laporan terbabit telah mencalar kredibiliti pihak berkuasa kerajaan Malaysia yang hakikatnya laporan tersebut tidak benar sama sekali.

Aku secara peribadi tertanya-tanya apakah motif sebenar di atas laporan yang disediakan oleh Agensi berita terbabit yang terang lagi bersuluh sangat berat sebelah.

Sesungguhnya ia sangat melanggar etika kewartawanan yang seharusnya mendapatkan respon dari kedua belah pihak yang terkait iaitu merujuk PATI dan Pihak berkuasa kerajaan.

Laporan terbabit muncul ketika Malaysia berada dalam fasa pemulihan yang agak baik dengan jumlah bilangan kes positif pada nilai satu digit berbanding dengan negara-negara jiran yang lain yang masih bertarung dalam menghentikan penularan pandemik COVid19.

Bahkan negara Amerika Syarikat dilaporkan masih lagi berada dalam kelompok penularan yang aktif dengan jumlah rakyatnya yang dijangkiti masih lagi tinggi. Jadi mengapa Malaysia menjadi sasaran laporan yang amat jelas ingin memburukkan negara terutama dalam isu PATI.

Jika benar pihak kerajaan atau rakyat Malaysia tidak melayan kumpulan PATI dengan sebaiknya, mana mungkin kelompok mereka mampu membuka kedai secara haram atau bergerak secara bebas di Malaysia?.

Di Kelantan, selaku negeri yang populasi 90% adalah orang Melayu turut dipenuhi dengan kelompok PATI yang aku melihat, semakin bertambah setiap hari bahkan ada orang berani mengganggu isteri orang.

Oleh itu, tindakan seorang pengacara stesen TV melabelkan agensi berita terbabit dengan panggilan yang mungkin tidak enak didengar di telinga tetapi itu yang selayaknya. 

Maka kerajaan tidak harus mengambil tindakan terhadap pengacara terbabit kerana ia diibarat 'ANAK MENGAMUK SEBAB ORANG LUAR KUTUK KELUARGANYA'. Cukup setakat memberi teguran bertulis agar tidak berlaku di masa hadapan perucapan yang sama.

Aku percaya Malaysia bukan negara pertama mendapat liputan yang berat sebelah dari Agensi Berita terbabit, maka mengapa kita harus berlembut bukan berjaga-jaga kerana tidak mustahil, lebih banyak lagi laporan yang berunsur provokasi pada pandangan aku akan dikeluarkan.

Bahkan ketika ini, aku belum terbaca artikel atau laporan yang disiarkan berkenaan dengan permohonan maaf dari Agensi Berita terbabit. Ingat penulisan merupakan senjata paling berbahaya berbanding peluru, ia bukan membunuh semata-mata tetapi mampu menghancurkan negara.

Disebabkan itu, aku tidak pernah bermimpi menjadi seorang Wartawan kerana etikanya mampu diubah berdasarkan matlamat sesuatu penulisan atau laporan itu dihasilkan, isu benar atau sebaliknya ia mampu diadakan.

Sebagaimana dakwaan yang menyatakan Iraq mempunyai senjata Nuklear atau negara-negara lain yang turut runtuh kerana sebuah penyata yang bohong sama sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?