KEMBALI MENINGKAT

AKTIVITI JENAYAH SELEPAS PKP


Ketika ini, dikatakan aktiviti jenayah kembali aktif bagi kawasan Pekan Ketereh, Kelantan. Jenayah yang kerap berlaku ketika ini ialah kecurian motorsikal.

Walaupun berada di kawasan tumpuan orang ramai tetap penjenayah  berjaya melarikan motorsikal yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran gelap.

Keadaan ini jauh berbeza ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula-mula diperkenalkan, setiap pergerakan rakyat terkawal termasuk para penjenayah, sekali gus membantu mengurangkan kadar jenayah semasa.

Apabila kita mula memasuki fasa pemulihan ekonomi, walaupun bukan merujuk ekonomi penjenayah namun itu yang berlaku saat ini, kegiatan mencuri semakin aktif, ada sahaja kisah kecurian yang menjadi topik perbualan di kedai kopi selain politik.

Aku tidak pasti bagaimana aktiviti jenayah yang lain, sekiranya mengikut keadaan terkini, maka tidak mustahil, semua aktiviti jenayah yang sebelum ini menunjukan penurunan kembali aktif dan menjadi kudis dalam masyarakat.

Adakah faktor pengangguran yang semakin meningkat menjadi salah satu penyebab yang merancang kegiatan jenayah?. Atas alasan ingin mencari wang untuk membeli beras atau susu untuk anak-anak dirumah.

Sesungguhnya kita tidak tahu bagaimana rupanya penjenayah itu, cuma dari pengalaman lalu, mereka kebiasaan akan melakukan jenayah di luar dari kawasan kediaman mereka.

Kemudian mereka akan meninjau kawasan target mereka, jika merujuk kawasan perumahan, mereka akan berpura-pura mencari rumah kosong untuk disewa.

Pernah terjadi, menyamar untuk servis penapis air, kebetulan rumah yang menjadi sasaran memang ada penapis air yang belum di servis dan akhirnya jenayah berlaku sekelip mata.

Aku pernah terkena dengan penjenayah besi buruk, mereka datang secara berkumpulan, kemudian pada awalnya mereka seperti biasa akan menanyakan adakah aku mempunyai besi yang ingin dijual.

Aku telah maklum pada mereka, awal-awal lagi tiada, namun ada yang pelik dari gerak-geri mereka, tiba-tiba 2 orang dari mereka melulu masuk ke dalam pagar, menuju ke belakang rumah.

Manakala 3 orang lagi, cuba umpan aku dengan berborak, nasib baik mak saudara aku yang duduk rumah sebelah sempat keluar dah melihat, mereka dah kutip segala benda berasaskan besi buruk tanpa mendapat kebenaran.

Bila aku menuju ke belakang, mereka terus bergegas keluar dari kawasan rumah aku, paling penting mereka bukan warga asing tetapi orang tempatan AKA orang melayu. 

Harus ingat, aku tinggal kawasan pinggir bandar, rata-rata penduduk di kawasan kediaman atau Parlimen aku, boleh dikatakan 70 - 80 peratus merupakan kelompok B40.

Maka kegiatan jenayah fizikal seperti mencuri, meragut atau pecah rumah mempunyai peratusan tinggi untuk berlaku. Sebab itu, aku merasakan lebih selamat PKP dilanjutkan kerana tempoh 3 bulan ketika penguatkuasaan PKP atau MCO, aku rasa sangat selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?