BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?

Aku ingin kongsi pengalaman bekerja sebagai Telemarketing bagi sebuah Institusi Pendidikan di bandar Kota Bharu, seingat aku sekitar tahun 2008.

Walaupun bekerja atas nama status kontrak, ia memberi pengalaman baru kepada aku, secara peribadi.Maklumlah budak pengajian media dari Universiti Malaya tiba-tiba jadi budak marketing.

Apabila aku tamat latihan "on job training" di sebuah GLC yang base di Airports Subang pada tahun 2007. Aku mengambil keputusan balik kampung untuk menjaga ibu yang kini tinggal seorang setelah kematian abah.

Aku mengambil inisiatif menghantar resume ke seluruh institusi atau organisasi yang dirasakan sesuai di sekitar Kota Bharu pada awal tahun 2008.

Salah sebuah organisasi yang aku hantar permohonan terbuka telah menghubungi aku untuk hadir ke sesi temuduga yang aku tidak mengetahui apa jawatannya.

Proses temuduga berjalan lancar, alhamdulillah aku berjaya dalam temuduga tersebut dan aku mula melaporkan diri sebagai Tele-Marketing bagi organisasi tersebut.

Sebagai seorang Tele-Marketing, aku dibekalkan satu set komputer dan kemudahan telefon. Pada awalnya aku agak kekok, namun perlahan-lahan belajar pelbagai SOP yang harus diikuti oleh seorang Tele-Marketing termasuk cara menjawab panggilan dari potensi pelanggan.

Team Tele-Marketing bagi organisasi tersebut seramai 9 orang termasuk seorang penyelia perempuan. Tugas penyelia adalah menyelaras Target of Sales setiap Tele-Marketing.

Setiap dari Tele-marketing ada target of sales (TOS), bulan pertama aku berkerja, TOS aku adalah 3 pelanggan dan aku hanya berjaya mendapat 1 sahaja.

Aku tahu bahawa kemahiran Tele-Marketing aku sangat lemah ketika itu berbanding dengan staff senior yang lain begitu lancar. Seorang graduan dalam bidang media komunikasi kini bekerja sebagai Tele-Marketing.

Demi memajukan diri, aku belajar bagaimana untuk menyakinkan pelanggan yang berpotensi melalui telefon.

Bulan seterusnya aku masih gagal mencapai TOS, hanya mencapai 1 dari 3 TOS, ketika ini aku mula menjadi mangsa politik tempat kerja, walaupun kecewa kerana menjadi mangsa keadaan namun aku redha. Alasan yang diberikan ialah aku tidak fokus pada tugasan hakiki sebagai Tele-Marketing ketika itu.

Namun aku berjaya menutup mulut mereka yang menjadikan aku sebagai korban politik tempat kerja apabila pada bulan terakhir aku berjaya mencapai  TOS pada bulan itu.

Malah hutang TOS pada bulan 1 & ke-2 sebanyak 4 TOS berjaya aku lunasi dengan jayanya, cukup untuk menutup kegagalan aku pada bulan 1 & ke-2.

Sebagai Tele-Marketing, aku harus bekerja 5 hari pada hari biasa, manakala separuh hari pada hari Sabtu. Gaji yang ditawarkan agak ok kerana kos hidup di Kelantan ketika itu masih boleh lagi dikatakan murah berbanding dengan Kuala Lumpur.

Walaupun aku hanya sempat merasa menjadi Tele-Marketing selama 3 bulan sahaja, pelbagai pengalaman aku timba, pelbagai ragam aku jumpa. Pelanggan aku merupakan lepasan sekolah.

Paling penting bagi setiap Tele-Marketing team, harus benar-benar menguasai SOP yang telah ditetapkan oleh company atau organisasi. Pasti keputusan yang diperolehi adalah cemerlang. 

Cuma jangan bersikap selfish, demi mencapai target yang ditetapkan oleh syarikat, maka sanggup merebut future pelanggan rakan sekerja. Team aku memang wujud seorang yang bersikap sedemikian.

Paling penting, kita harus yakin dengan produk yang ingin tawarkan, barulah bakal pelanggan kita yakin dengan produk yang ditawarkan kepada mereka.

Paling penting ialah hubungan kita dengan pelanggan harus sentiasa dijaga kerana pelanggan mampu menjadi ejen marketing bagi kita dan organisasi. Mereka akan membuat promosi secara percuma kepada kawan-kawan atau family berdasarkan khidmat yang kita berikan.

Cuma sangat bersedih jika terjadi seperti aku yang mendapat penyelia team marketing kuat membodek pihak pengurusan sehingga hanya nampak buruk kita sahaja walaupun segalanya kita korbankan demi memajukan organisasi.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,