Kluster Chengal

Ketika ini, kawasan Pekan Ketereh dikategorikan sebagai Zon Merah kerana termasuk dalam jajahan Kota Bharu. Pada waktu yang sama, wujudnya Kluster Chengal menyebabkan risiko ledakan penularan semakin tinggi dan membimbangkan. 

Sejak kluster chengal diumumkan secara rasmi oleh KKM. Pelbagai kisah tersebar di kalangan komuniti di sini. Namun kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana berita yang disampaikan hanya dari mulut ke mulut.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh MOH, setakat 26 November 2020, seramai 15 orang disahkan positif hasil dari saringan yang dilakukan oleh pihak KKM. 

Aku percaya bahawa bilangan pesakit dibawah Kluster Chengal akan terus meningkat berdasarkan lokaliti dan sikap komuniti setempat yang sehingga sekarang masih tidak mematuhi peraturan SOP sepenuhnya terutama apabila berada di premis.

Menjadi persoalan aku ialah radius penularan yang terhasil oleh Kluster Chengal. Komuniti di sini sedia maklum bahawa Kluster Chengal wujud dari Majlis Kenduri yang diadakan di salah sebuah rumah penduduk kampung Chengal. 

Apabila ia melibatkan Kenduri, semestinya kontak yang hadir bukan hanya dari kawasan setempat, bahkan dari kawasan atau daerah lain juga.

Kita jangan lupa tentang Kluster Sivagangga. Bagaimana terjadi penularan di bawah Kluster terbabit?. Apa persamaan di antara Kluster Sivagangga dengan Kluster Chengal?. 

Lokasi berkumpul dari pelbagai kawasan. Maka aku bimbang secara peribadi, bakal wujud ledakan penularan dari Kluster Chengal seperti mana yang terjadi di Kluster Sivagangga.

Ketika ini, aku difahamkan sesiapa sahaja yang hadir di Kenduri yang diperkatakan. Harus menjalani saringan serta kuarintin, di sini wujud kebimbangan sekali lagi iaitu adakah mereka yang terlibat akan patuh pada arahan kuarintin?.

Kita sedia maklum, berdasarkan laporan sebelum ini tentang keingkaran individu yang dalam kuarintin. Ia amat menimbulkan keresahan bagi sesebuah komuniti yang didiami oleh individu dalam kuarintin. 

Di Pekan Ketereh sahaja, ada beberapa khabar angin bertiup dari mulut ke mulut tentang ada individu yang dicurigai merupakan pemakai gelang pink, berada di kawasan yang tidak sepatutnya.

Malah ada khabar angin bertiup bahawa semakin ramai yang didapati positif dalam kluster chengal tetapi tidak diketahui identiti dan dibimbangi jika individu yang seharus dikuarintin tersebut berada di kawasan Pasar Ketereh.

Pada waktu yang sama, masih wujud kelompok yang tidak mematuhi SOP yang merujuk penjarakan sosial antara satu sama lain ketika berada di Premis terutama premis makanan. Sikap degil masih menebal terutama kelompok warga emas di sini.

Aku secara peribadi bimbang jika pada waktu terdekat PKPD terpaksa dilaksanakan di kawasan Kota Bharu ini. Terutama Kluster Chengal. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Sekiranya semua pihak mematuhi apa yang disarankan terutama berada di rumah sekiranya tidak ada keperluan mendesak untuk berada di luar rumah. In sha Allah rantaian penularan pasti terputus.

Virus ini in sha Allah dapat diubati namun jika dapat dikesan lebih awal. Oleh itu, jaga diri, keluarga dan sesama kita dalam komuniti.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?