TEMUJANJI KESIHATAN


Setiap 3 bulan, ma ada appointment pemeriksaan kesihatan dengan Doktor di Klinik Kesihatan Kerajaan berhampiran dengan kediaman kami. Ma merupakan pengidap penyakit 'kencing manis', oleh itu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan memantau tahap kesihatan pesakit dari semasa ke semasa.

Aku harus akui bahawa Malaysia merupakan negara yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat rakyat dalam kategori B40. Pesakit hanya perlu membayar RM1 sahaja untuk mendapatkan rawatan atau kaunsetasi dari doktor kesihatan.

Prosedur rawatan yang diguna pakai di Klinik Kesihatan Kerajaan di sini ialah setelah melakukan pendaftaran, pesakit harus menjalani saringan terlebih dahulu dari segi tekanan darah tinggi dan berat badan ketika itu. Kemudian pesakit akan dikategorikan mengikut kawasan kediaman. Ada 2 kategori yang biasa dipraktikan iaitu pesakit dari kawasan A atau kawasan B.

Kebiasaan, hari Ahad hingga Selasa merupakan hari bilangan pesakit lebih tinggi berbanding hari Rabu dan Khamis. Aku tidak pasti mengapa keadaan terjadi sebegitu. Ketika hari yang jumlah pesakitnya sangat tinggi, pihak Klinik Kesihatan Daerah akan sedikit sibuk menguruskan perjalanan proses pada hari itu.

Oleh kerana itu, pada hari temujanji, aku harus datang seawal mungkin bagi mendapatkan nombor giliran awal. Dengan kondisi ma yang harus berkerusi roda bagi mempercepatkan pergerakan.

Kebiasaan ma akan dibawa oleh sepupu aku melalui pintu belakang Klinik, manakala aku melalui pintu hadapan. Jam menunjukkan waktu 7.28 pagi, pintu klinik hanya akan dibuka pada 7.30 pagi tetapi telah ramai pesakit menunggu dihadapan pintu masuk.


Kebiasaan, sebelum pesakit bertemu dengan doktor, jururawat terlebih dahulu melakukan saringan kesihatan yang merujuk kepada Tekanan Darah Tinggi, Berat Badan. Bagi pesakit kencing manis, saringan dilakukan berasingan dengan pesakit lain.

Kebiasaan, ibu mendapat giliran awal untuk sesi perjumpaan dengan doktor, tempoh pertemuan kebiasaan hanya sekitar 10 minit hingga 15 minit. Kemudian dapatkan tarikh baru untuk temujanji akan datang.

Sesi temujanji hanya seketika namun sesi sebelum itu sangat lama terutama waktu menunggu, kalau nasib tidak baik mungkin sehingga 1 jam, jika ada doktor yang bercuti. 

Mungkin pihak KKM harus memikirkan sesuatu bagi meningkatkan kemudahan fasiliti Klinik Kesihatan yang sedia ada. Aku cuba membandingkan sistem di Klinik Kesihatan di Putrajaya. Agak lebih teratur dan besar.


Selesai sesi bersama doktor, seterusnya ambil ubat di farmasi bagi tempoh tertentu, alhamdulillah sakit itu penebus dosa namun kita selaku manusia harus berusaha untuk mengubatinya agar tidak menjejaskan amal ibadah kita.

Ma dahulu mampu seorang diri mendapatkan rawatan, kini keadaan sangat beza, harus menggunakan tongkat atau kerusi roda agar mempercepatkan langkah. Hakikat bahawa kondisi pasti berubah mengikut waktu yang beredar. Aku sendiri semakin mudah penat berbanding ketika bekerja di Putrajaya.

Allah SWT Maha mengetahui segalanya, janji kita berusaha atau matlamat yang kita ingini, selebihnya hanya pada Allah SWT kita berserah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?