AURAT WANITA


Satu isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial, berkaitan seorang artis wanita yang cantik, berdarah kacukan. Sebelum ini, bertrampilan imej bertudung dan secara tiba-tiba berubah sebaliknya, semestinya seorang yang dikenali pasti menimbulkan pelbagai persoalan dalam masyarakat. Itu yang harus dihadapi oleh seorang yang bergelar artis.

Selaku manusia normal, kita akan tertanya sendirian, mengapa langkah sebegitu diambil?. Ketika berada dalam kondisi yang cantik dipandang, elok dari sudut agama dan normal manusia, kemudian beralih kepada sifat terdahulu. Bukankah janggal, cahaya yang kelihatan semakin terang kembali suram.

Pelbagai pihak dilihat, cuba memberi pendapat dan nasihat, namun dia seperti sudah nekad dengan keputusan yang diambil, apapun alasannya, pada aku, kita harus menghormatinya. Iman seseorang itu, menjadi hak individu kerana dia yang bakal berdepan dengan tuhan di padang masyar kelak, bukan kita bahkan jauh sekali ingin menolongnya nanti.


Isu artis wanita yang beragama Islam kembali tidak bertudung, bukanlah isu baru. Ia sentiasa berlaku mengikut keadaan semasa. Pelbagai alasan diberikan bagi menghalalkan tindakan yang diambil, kita selaku peminat atau pemerhati seharusnya berdoa semoga Allah SWT membuka pintu hati sesiapa sahaja bergelar wanita Muslim, menjaga batas & auratnya.

Cuma, kita masih bernasib baik kerana belum ada golongan seni ini yang Murtad dengan alasan berkahwin dengan lelaki pilihan yang bukan Muslim. Suatu keadaan yang saat menyedihkan jika itu berlaku, seperti yang terjadi di negara jiran kita, buang Agama kerana nafsu.

Sejujurnya aku bukan seorang yang layak berbicara soal aurat wanita Muslim, namun apabila seseorang yang bergelar artis, pasti mempunyai penyokong atau pengikut yang akan melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh artis kesayangan mereka.


Kata orang-orang tua, apapun keadaan seorang lelaki, pasti ingin memiliki isteri yang elok & tidak terusik oleh sentuhan atau pandangan.

Belum dihitung, wanita Muslim yang berpakaian penuh tetapi masih berbogel, siap pakai singlet berjalan di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Ini bukan bermakna aku alim, tapi tanyalah mana-mana lelaki, sejahat mana pun pasti ingin wanita yang solehah sebagai Isteri.


Paling aku tidak mengerti bagaimana ibubapa boleh reaksi seperti cara anak-anak berpakaian tidak mendatangkan kemarahan buat mereka. Hakikatnya menjadi tanggungjawab ibubapa atau suami untuk memastikan anak atau isteri menjadi batasan aurat mereka dengan masyarakat sekeliling.


Siapa tidak suka melihat kecantikan seorang wanita tanpa mengira apapun statusnya, hakikat soal aurat sangat besar dan seharusnya ibubapa atau suami sentiasa mendalami hakikat atau hakiki berkenaan dengan aurat.


Bahkan menghiaskan diri ketika pergi ke tempat ke kerja, ada hukumnya bagi seorang wanita, keluar dengan rakan sekerja lelaki tanpa pengetahuan suami, ada hukumnya.


Oleh itu, maka tidak hairan mengapa para ilmuan atau agamawan sering menyampai hadis soal betapa ramainya penghuni neraka jahanam terdiri dari kaum wanita.


Menjaga aurat itu  nampak mudah tetapi hakikatnya ia adalah paling susah bagi kaum wanita Muslim khususnya kerana itu wahai kaum Hawa, jaga maruah dengan menjaga aurat dari pandangan mata lelaki.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?